Tajuk: Please Be At Ease Mr.Ling / I Accidentally Picked Up Mr President
Genre: Romance, Comedy, Drama
Bilangan Episod/Durasi: 24 / 45 minit
Cast: Rosy Zhou, Terry Liu,
Sinopsis: Mengisahkan Gu An Xin, si arnab membawa pulang serigala besar, Ling Yue kerana terlanggar lelaki yang sedia dalam kemalangan secara tidak sengaja. Kemalangan Ling Yue akibat daripada perebutan antara adik beradik akan sebuah kerusi Pengerusi. Ling Yue seperti tidak tahu apa-apa, tapi ternyata merupakan seorang yang genius. Bagaimana dua orang berbeza duduk serumah dan apakah hubungan mereka sebenarnya?
Drama ini adaptasi daripada web novel 'I Accidentally Pickep Up a President' oleh Chun Feng Yi Du. -mydramawiki
MY REVIEW:
Hurm, kenapa drama ni masih duduk dalam draft? Ingatkan dah bawak keluar dah. Betapa la drama tak menarik perhatian walaupun macam seronok je tajuk dia.
Mengisahkan tentang An Xin seorang yang berhati kental menghadapi waktu susah. An Xin bermaksud bertenang, jangan risau dalam mandarin kalau tak silap Aien. Jadi dia perlu cool sentiasa walaupun berduka. Satu hari dia terlanggar orang lepas pulang kerja. Jadi demi menyelamatkan kewangannya dan daripada disaman polis, An Xin membawa Ling Yue pulang ke rumahnya.
Lawak jugak drama ni, adeh. Noob jugak si Ling Yue tu bila microwave pun dia tak pandai pakai. Ye la, orang kaya. Semua benda dah tersedia depan mata. Sampai meletop dapur An Xin dikerjakan dia. Bila disuruh berjalan, sesat. Tak tahu jalan pulang. Adeh. Jenuh tiap masa orang telefon An Xin kata suami la, abang la minta diambil.
Part lawak tu best la tengok. Nak story tak pandai pulak. Banyak circuit dah putus lupa diperam lama dalam memori.
Half way drama, rupa-rupanya Ling Yue lama dah dapat ingatan dia balik, tapi saja tak nak balik sebab An Xin merupakan salah seorang pemegang saham syarikat bapaknya. Jadi dorang saspek An Xin anak luar nikah si bapa tadi. Ling Yue buat siasatan la nyambil. Ternyata bukan. Jadi dia jatuh cinta dengan An Xin. Tapi, kisah cinta dorang penuh dugaan. Aigu~ kisah cinta siapa tak penuh dugaan.
Apabila keluarga Ling dan Gu sering bersaing dalam perniagaan. Manakala Gu Xin Er sukakan Ling Yue. Drama ni macam tak paham pulak. Jap koi lukis kat canva jap.
Nampak kan, nampak kan? Haha Maap ler koi conteng-conteng je. Bila ditengok balik rupa-rupa An Xin anak angkat ke anak sedara keluarga Gu yang tak digemori si En.Gu tu sebab seolah An Xin ni trouble maker.
Setakat yang Aien tengok boleh bawak tu, bila tiga beradik Ling tu masih berebutkan kerusi presiden syarikat sebab ikutkan Ling Yue ni anak tiri je. Ling Fang dan Ling Sheng dua beradik. Gitu laa. Macam-macam. Lagi satu mungkin, chemistry Rosy Zhou dengan Terry Liu ni macam tak berapa sangat. Kureng sikit la berbanding dengan hero yang lain.
Pendapat Aien la kan. Dan jalan cerita pun macam... Aha~ nevermind la. I'll pass. Drama lain Rosy Zhou rasanya ada beberapa je yang Aien boleh tengok. Sesetengah tu, macam... tak apa la. Haha
List drama Rosy Zhou yang lain:
Most Favorite - Dating in the Kitchen
Secons favorite - The Romance of Tiger and the Rose
Love is Better than Immortality
K next drama please. Tengok Legend Fei pun tak habis. Haha
aienienka
2 ulasan
jalan cerita dia biasa je tapi boleh layan sebab hero dan heroin dia..hahaha
BalasPadamI olls tak dapat la. Stay sebab rosy Zhou jee. Terry Liu macam.... Haha
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤