Darah nifas keluar semula?

Selasa, Ogos 24, 2021

 



Persoalan yang sering bermain di fikiran Aien sejak dah selesai berpantang. Mungkin ada yang tahu mengikut mazhab Syafie tempoh darah nifas itu adalah selama 60 hari. Akan tetapi, yang menjadi persoalan dan semalam Aien cuba cari di medium pencari google, kebanyakan berkongsi tentang tempoh itu saja. Tapi penjelasan sebenarnya, yang Aien baru tahu la sebagai seorang yang selalu lupa walaupun bersalin dalam tempoh yang agak rapat. 


Dulu rasa macam dah tahu, tapi lupa lagi. Dah jadi mak-mak selalu begitu la. Urat memori asyik putus sana putus sini. Sudahnya tiap kali menghadapi masalah yang sama, mesti nak kena cari di google. 


Macamana kira darah nifas sebenarnya? 


Darah nifas adalah darah yang keluar selepas seorang wanita itu melahirkan anak. Walaupun pun kelahiran si anak itu secara normal mahupun ceaser. 

Seperti Aien kebiasaan darah nifas itu akan keluar sekitar dua minggu dan kadang kala berlanjutan sehingga tiga minggu. Dan kemudiannya, akan bersih. Semestinya kita wanita, apabila sudah bersih dari sebarang kotoran akan mandi wajib. Tetapi yang menjadi persoalan itu, selepas mandi itu kemudian darah akan keluar semula. Adakah itu menjadi darah nifas lagi atau pun tidak? 

Kalau sikit sikit mungkin Aien tak terfikir nak berkongsi. Tapi setelah mengambil pil perancang pada hari ke 42 berpantang, kemudian darah keluar dalam kadar seperti period. Dah dok fikir, aku ni tumpah darah ke? Haha

Mungkin ada bacaan lain, yang mungkin Aien tak jumpa habis, berkongsi hal yang sama. Jadi untuk ingatan Aien sendiri, simpan di sini saja. 


-keluar darah selepas ambil perancang, kemudian hari Aien cerita. Sebab kadang-kadang hormon setiap badan itu tidak sama.


Berbalik dengan kiraan darah tadi. Bila ditanya pada yang lebih arif, mengatakan bahawa darah yang Aien alami pada ketika hari ke-50 ini adalah bukan darah nifas lagi. Kerana darah nifas itu dikira apabila ia keluar dalam tempoh 60 hari tanpa henti. Sekiranya korang mengalami seperti Aien yang kejap keluar lagi mandi lagi keluar lagi. Haa, itu dah di kira darah period. Mula la kita mengira seperti biasa iaitu dalam tempoh 14 hari dari mula darah keluar semula. Sekira berhenti kemudian keluar lagi. Sambung je la. Tapi  kalo sudah melebihi tempoh walaupun darah masih banyak, dikira darah istihadah iaitu darah penyakit. Wajib kita mandi dan solat seperti biasa walaupun masih berdarah.


Faham ke tu? Secara ringkasnya: 

  • Keluar TANPA HENTI sejak bersalin itu adalah darah nifas sehingga 60 hari. 
  • Jika SUDAH BERHENTI dan KELUAR SEMULA tapi masih dalam tempoh 60 hari, dikira DARAH PERIOD. 
  • Namun jika sudah melebihi tempoh period iaitu 14 hari dari tarikh keluar semula darah tersebut, dikira darah istihadah iaitu darah penyakit. 

Benda ni kadang kita culas nak amek tahu. Macam Aien . Dah dapat tahu, dan masih ingat lagi kena note down supaya bila kena lagi, tak la musykil lagi. eh, nak ngandung lagi ke tu? 

Adapun begitu, yang Aien baru tahu jugak semalam rupa-rupanya darah yang keluar selepas kita keguguran jika masih seketul darah usia kandungan tidak dikira darah nifas. Adoo, hari tu macam tak tahu. Nasib juga darahnya tak banyak. Haha 

Jadi Aien kongsikan di sini supaya di kemudian hari boleh rujuk semula jika ada rezeki cium bau baby lagi. Eh. 
Sekiranya ada salah sampai, korang boleh je betulkan. Aien okay je. 






10 ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤