Tahu tak korang, bahawa selepas usia sebulan bayi harus diperiksa setiap anggota badan bersama dengan pengawai perubatan?
Walaupun setahun jarak Najmi dan Nadhira, rasa banyak betul perubahan dalam rutin pemeriksaan si kecil ni. Bayi satu bulan tiada suntikan vaksin. Kalau baca di group ibu hamil confirm dok tanya kenapa eh tak ada cucuk lagi? Ehhhhh.. dah misi kata tak ada iye iye la tak da. sibuk nak tanya lagi buat apa. Ini kerana digantikan dengan suntikan vaksin phemucocal pada usia 6 bulan nanti kalau tak silap Aien la. Peraturan ini ditetapkan sejak tahun 2020. Boleh baca di 5 perkara ibu bapa wajib tahu tentang phemucocal.
Berbalik dengan cerita kita, selepas pemeriksaan sebulan, bayi akan diaturkan temujanji bersama pengawai perubatan untuk pemeriksaan tubuh badan. Masa ini bagi Aien untuk memastikan tahap kesihatan bayi sejajar dengan umurnya.
Dan pada 25/8, Nadhira hadir untuk temu janji pemeriksaan ini di Klinik Kesihatan. Selepas memberikan buku rekod kesihatan, harus tunggu sehingga nama dipanggil.
Antara yang diperiksa ketika ini adalah:
- ukur panjang tubuh bayi (ketinggian bayi)
- ukur lilitan kepala bayi
- tahap paras okisgen dalam paru-paru bayi.
Jika najis bayi berwarna kuning pastel bermakna si bayi ada masalah usus atau sistem digestion dia.
Kemudian pengawai perubatan periksa tindak balas Nadhira, tangan dia, jantung dia dan yang berkaitan.
Hasil dari pemeriksaan Nadhira baik-baik saja cuma pengawai perubatan ada meletakkan note di sebahagian anggota tubuh badan lain. Nak baca tak berapa nak faham sangat. Rupa-rupanya dibaca lagi sekali, pegawai perubatan meletakkan catatan yang mengatakan najis bayi baik-baik saja.
Apapun masa kakak Nayla dan Abang Najmi dulu, terlewat sikit pemeriksaannya sebab masa tu dah balik rumah sendiri, jadi set temu janji baru di Klinik Kesihatan sana pulak. Macam ni la rutin bila kita menumpang klinik kan. Next, pemeriksaan dua bulan dan cucuk. Yeay!
ps: Nadhira dah pandai senyum dan respon bila orang cakap dengan dia. ♥
18 ulasan
Saya suka baca content mama mama check up anak ni. semoga anak akak sihat selalu ya :)
BalasPadamHehe Terima kasih nadia atas sokongan dan doanya. :)
PadamIlmu ni, terima kasih perkongsian.
BalasPadamYou are welcome. :)
Padammoga baby nadhira membesar dgn sihat..
BalasPadamterima kasih atas doanya. :)
PadamDapat ilmu baru melalui perkongsian ni :)
BalasPadamSemoga bermanfaat. :)
Padamsmoga bby nadhira dan akak sihat selalu…
BalasPadamterima kasih atas doanya. :)
PadamSihat selalu nadhira dan abangg kakak!
BalasPadamterima kasih atas doanya.. :)
PadamSemoga Nadhira terus membesar dengan sihat. Nanti boleh join abang dengan kakak main sama :)
BalasPadamTerima kasih aunty! :)
Padamteringat check up masa Sofea baby dulu....
BalasPadambegitu laa. rindu kan?
PadamSemoga baby Nadhira sentiasa sihat dan menjadi anak solehah..
BalasPadamTerima kasih Mama. :)
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤