Sedih ke drama Ayahanda?

Ahad, Ogos 01, 2021

 


Berdasarkan dari novel yang lebih kurang kisah benar hakikat sebuah keluarga imam kampung. Semalam telah menamatkan sirinya setelah 13 episod. 


Info drama Ayahanda


Mulanya macam tak faham, drama ni tentang apa. Tapi nak jugak tengok sebab lagu pembukaan nyanyian Dato' Awie telah memanggil hati untuk menonton. Udah ler awok ni tengah rindu sarat dengan kampung, dengan orang tua di Sarawak sana. Memang melayan la lagi-lagi di rumah mak mentua dia rajin melayan. Kita tengok menyambil. Bila tak faham, yang jadi mangsa ditanya balik dia la.


Drama Ayahanda ni ber-genre-kan kekeluargaan dan ia sangat sesuai ditonton dalam keadaan kita pandemik ni. Kadang bila kita rasa kita duduk rumah lama dengan orang tua, kita stress. Orang tua tak faham kita. Sebenarnya mereka juga kesunyian. Siapa sangka, hati tua seorang ayah juga mudah tersentuh. Jangan kan hati mak lagi. Memang touche sokmo. Memang kalau korang lebih lagi jiwa remaja macam Aien (eceeewaahh) yang tak berapa nak sokong drama tempatan yang cliche sungguh Korang wajib tonton drama Ayahanda ni! Huruf beso dah Aien bagi ni tau. Memang korang will remember this feeling. Rindu yang tak ada penghujung pada yang tiada. 


Serba sedikit Aien story la kenapa korang mesti tengok drama Ayahanda ni kerana: 

  • Semesti drama kekeluargaan. Wajib tengok dowh! 
  • Memahami hati tua yang kadang kita minta difahami tanpa memahami
  • Satu keluarga, belom tentu satu kepala
  • Ajak korang faham dan nilai erti sebuah namanya keluarga. 

Sebab kita di akhir zaman, ramai melahirkan tuan pada ibu bapa sendiri. Nauzubillah min zalik. Tapi itu hakikatnya. kebenarannya yang pahit nak ditelan. Aien dah jadi mak, heran kenapa aku masa anak dara tak mau tolong mak aku. Even sekarang pun. Malaih ya amat wei kalo balik. Malas nak tunjuk rajin. Sat g serba serbi tak kena. Nak ngajak sembang sokmo ngajak membawang. CONTOH!! 

haha 

Drama Ayahanda ni mengisahkan Pak Abdullah kot nama dia, seorang imam surau di kampung. Anak dia ada 3 laki-laki iaitu Ahmad, Aziz yang lagi sorang siapa ntah sebab jarang beno tunjuk muka sebab dok layan perangai bini asyik nak balik kampung dia ja. Dan seorang anak perempuan iaitu Halimah. Jadi disebabkan dia ni sorang perempuan, dak adik-adik p letak rumah dia belakang rumah mak pak dia supaya senang nak tengokkan mak pak dia. Tapi, si Halimah ni dok sibuk makan hati dengan laki dia yang suka bebeno habiskan duit dengan burung pahtu berangan ngintai anak dara orang. 

Ahmad, duda mati bini bersalin anak deme. Dan si Aziz dok jauh sikit sebab bini dia acah bando sikit. Selalu rasa dirinya bukan menantu pilihan dan selalu jugak tamau ikut laki balik kampung sebab rasa laki dia pentingkan keluarga dia saja. 


Bila Pak Abdullah ni dah tua-tua masih jadi imam surau yang dah usang di kampung, anak-anak pujuk supaya pak dorang rehat dan solat ja kat rumah. Tak perlu susah-susah demi sebuah surau ke masjid usang tu. Lagi-lagi la bila orang kampung semua dok mengata Pak Abdullah asyik ulang-ulang kitab sama ja setiap kali tazkirah maghrib. Para jemaah pun dah naik jemu. Jadi, bila Ahmad dan yang lagi sorang buntu tak tau nak pujuk pak dorang lagu mana lagi, disuruh Aziz pulak cakap dengan Pak Abdullah ni. Tapi, Aziz kurang hendak sebab bagi dia pak dia ni bukannya nak dengar cakap dia pun. 

Aien tak berapa tengok sangat la bila dorang adik beradik gaduh. Tapi part yang mula fokus bila Pak Abdullah gunakan rantai emas bini dia untuk pasang penghawa dingin di surau tu. Masa ni semua adik beradik dok kecam si Aziz sebab dia yang janji dengan pak dia nak kasi duit, malangnya bila dah cukup tu bini dia pulak minta kata nak buat dana tambah stok bisnes dropship dia. Demi menjaga ait muka si anak, bapaknya sanggup dicemuh anak-anak dan bini dia bela la pak dia kata dia rela. Alih-alih bini si Aziz tu acah baik dengan mak mentua dia kata nak tembus balik rantai tu, sudahnya mak mentua dia ninggal pun tak ditembus agaknya. 

Satu episod yang bikin air mata guwe ni mengalir bila bini Pak Abdullah ni macam dah nampak nyanyuk dia. Sibuk dok tanya laki dia ada pasang perempuan lain ke, padahal Pak Abdullah ni ahli masjid. Siang malam bini dia temankan jugak lakinya ke masjid tu, tapi disebabkan satu kejadian, Aziz bawa mak dia duduk dengan dorang di Kulim. Mungkin juga masa tu petanda arwah dah nak pergi, jadi nampak sangat dia nak perhatian anak-anak dia. Sedih ngat! Pak Abdullah layankan aje perangai bini dia. Sampai Aziz bising dengan pak dia, last dia kena sound balik dengan pak dia.

Kamu baru anak sorang, mana kamu faham erti sebuah perkahwinan. 


Lebih kurang begitu la maksud dia. Masa tu si Aziz ni mula berjinak balik dengan bekas bakal bini tak jadi dia. Masa tu juga bini dia mula nampak buat hal. Masak tidak, konon sibuk kerja. Apa pun tidak. Nauzubillah min zalik. Pelihara la kami dari menjadi isteri begitu. Bila kena sebijik, macam sentap hati Aziz tu agaknya. 


Episod seterusnya yang bikin air mata guwe nangis apabila Aziz temankan pak dia mengail ke sungai. Mak dia di rumah sibuk tanyakan Aziz mana pada sang kakak, Halimah. Kakak pulak sibuk nak p hadir meeting dengan ahli kaariah jualan atas talian. Mak dia ngajak sembang pun dia buat tak layan. Esok-esok saja la. Sudahnya, yang sedar ketiadaan Noriah adalah suaminya Pak Abdullah. Allahu akbar! Masa tu sudah la kaki dia terpijak paku kalau tak silap lepas balik dari mengail. Langsung tak di bagitau pada Aziz. ALLAH! Kasih sayang orang tua. Anak dah besa sorang pun takkan tau apa dalam hati tua mereka. 


Masa arwah ditahlilkan di rumah, Pak Abdullah pergi ke masjid. Tanpa menghantar arwah ke tanah perkuburan. Masa tengok episod ni macam tak faham kenapa Pak Abdullah sampai hati tinggalkan bini dia. Sampai saat terakhir jasad dikebumikan, tiada bayang sang suami melihat arwah. Rupa-rupanya Pak Abdullah menangis di masjid sendiri. Membayangkan arwah isteri sentiasa menemani dirinya di balik tirai. Mendengar tiap tazkirah yang di bacanya. ALLAH! 


Bila mak dorang dah tak ada, kakak seperti menyalahkan adik, Aziz sebab merayau entah ke mana. Padahal orang terakhir arwah jumpa adalah dirinya. Macam.. eh ko ni! Geram jugak dalam air mata meleleh ni. Semua adik-beradik macam suka nak put blame pada Aziz. Al-maklum la Aziz tu adik bongsu. 


Dan bermula episod masing-masing siapa nak jaga pak yang dah tua tu. Halimah dok bising, asyik dia saja kena padahal dia ada adik-adik lagi. Yang lain diam saja la. Mangsanya konfem si Aziz. Masa ni la Pak Abdullah nak tebus kesalahan dia dahulu, melarang Aziz kahwin dengan orang yang dia suka iaitu bekas bakal bini tak jadi yang dah jadi janda, si Ayu penjual pekasam. 


Entah macamana tujuan Aziz nak kawen dengan Ayu tu adalah supaya ada orang yang jaga pak dia kat kampung, dan Ayu juga sebatang kara tak kisah dimadukan demi ayah mertua. Entah macam alasan cliche. Dan entah kenapa bukan Pak Abdullah tu aje kawen dengan si Ayu tu. Lagi senang kan? Mungkin alasannya sebab Aziz masih ada hati pada si Ayu? Masa tu dua adik beradik laki depa ingat Pak gatai nak kawen lain padahal kubo mak masih merah lagi tanahnya, padahal.. 


Sampai hari pernikahan Aziz dan Ayu di Siam, terdetik pulak si Mazni nak balik kampung padahal selama ni susah bebeno lahai. Haha Adoo~ firasat bini oi! Jangan buat main-main. Kata Halimah. Laki dia ngintai betina lain pun dia dapat rasa. Haha Lawak la pulak. 


Akhir episod semalam, berjaya dilerai jua peperangan laki bini Aziz dan Mazni tu yang tidak berakhir dengan perceraian walaupun Mazni ada minta dilepaskan. Tapi, Aziz sayang keduanya. 🙃 

Ayu rela duduk di kampung semata berkhidmat dengan pak mentua. Semuanya selesai dengan sebuah coretan pilu hati si Ayah diberikan kepada anak-anak untuk di baca. 


Mereka baru sedar, rupa-rupanya pak depa terkilan sangat, mak dorang meninggal tanpa sesiapa di sisi. Itu yang paling menguris hati tua sang suami. Sedih nyaaa.. Pahtu di akhir coretan, Pak Abdullah mengharap agar keluarga mereka tidak bercakaran bergaduh kerana dirinya dan masjid. Kerana masjid saja yang tidak pernah menolak kehadirannya. Dalam betul maksud Pak Abdullah tu.  

Penutupnya, mereka semua meraikan ulang tahun kelahiran Pak Abdullah dengan meriah dan hati tua itu tersenyum gembira akhirnya keluarga dan anak-anak bersatu kembali walaupun tanpa isteri di sisi. 

Sedih~ Aien terus teringat mak ayah kat Miri. Banyak betul kesalahan diri pada orang tua. Pepatah lama pernah berkata, 


Mak bapak boleh jaga 10 orang anak, tapi anak-anak belom tentu mampu satu orang tua. 


Lebih kurang  begitu la. Kita sebagai anak-anak insof sekejap. Rindu mengamit memori. Moga pandemik habis, dapat bertemu dengan keduanya serta boleh menatap wajah tua mereka. Mereka ini yang jaga aku dari sebesar lengan sehingga boleh melahirkan generasi seterusnya. Moga aku juga mampu jadi ibu terbaik buat mereka dan mereka takkan jemu untuk berkhidmat pada orang tua ini. 



Jom layan feeling baca entry sambil dengar lagu ni. sampai ke hati dan rindu pada kedua orang tua itu pasti mengamit hati. Al-fatihah buat kedua orang tua kita, (sekiranya masih ada) moga mereka sihat-sihat saja sehingga ketemu. Aamiin. :') 


Pada yang telah tiada, sesungguh tiada apa yang memisahkan kita dengan mereka. Beramal dan berdoa la moga mereka ditempat di bersama golongan orang-orang mukmin. :)


Korang yang nak tengok ulangan drama Ayahanda, boleh tengok di Tonton. Err.. drama melayu ni susah sikit nak cari pirate punya. Haha Kalau tak, tunggu je la ulangan di TV9. Kalo rajin. 

17 ulasan

  1. Belum tengok lagi ceritanya. Ramai kata ending dia sedih. Ramai pelakon hebat tu yang jadi best ceritanya kan. Tambah lagi kisah benar dari novel.

    BalasPadam
  2. Awal2 kita x tgk sgt drama ni.. Dh tgh2 br layan... Mcm2 emosi drama ni ada.. Nasib la hepi ending

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la. tengok menyambil. Nasib Imam Abdullah memilih untuk kekal bahagia bersama anak-anak. :)

      Padam
  3. tengok episod awal2 je lepas tu xtengok..takut banjir. sis emo sikit kalau cerita pasal family ni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emo sangat! Dua tiga episod mengalir air mata tanpa sedar. :'(

      Padam
  4. Sebab jarang tengok TV makanya tak tengok pun cerita ni. Nanti nak try tengok dekat tonton lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun nasib la dok ngan mak mentua. Memang makan dia drama melayu. Haha

      Padam
  5. Yaa.. sedih gak...pengorbanan seorang ayah..Memang betul, dlm sesebuah family tu..tak semua sekepala kekadang.. hmm.. btw, saya suka lagu tu... Moga mak dan ayah kita diberkati Allah selalu.. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sqma la kita suka lagu tu. Boleh simpan sedih dengar lagu tu. Haha Aamin. Moga mak ayah kita semua dipelihara Allah

      Padam
  6. Sis tengok dari awal gakk.. tapi entah laaa, bukan sedih tapi mudahnya memaafkan.. kalau Sis memang susah orangnya nak maafkan huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sebab dia fikir, hidupnya tak lama lagi.. siapa lagi tempat dia bergantung jika bukan pada anak-anak. :')

      Padam
  7. uwaa kalau cerita genre mcm ni sure la nangis huhu

    BalasPadam
  8. Dalame xlayan drama malam2 ni sejak ada ank kecik. So xpenah tgk cite ni 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tengok pun menyambil. Haha Kadang miss jugak. Hehe

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤