Fuh, baru ada kesempatan nak menaip ni malam hari ni. Yeay! Nadhira Imaani dah 2 month. Kelmarin temu janji dia ke klinik. Aiguu~ lawa betul la kalau pergi klinik ni kisahnya. Tiap anak mesti ada kekeliruan begini. Pasai pa, pasai kami ni kat Taman U ni, memang selalu p Klinik Kesihatan ja terus. Tak ada sangkut kat Klinik Desa sebab dekat kan. Jadi, untuk Nadhira ni Ibu punya la ingatkan dia punya temu janji ni kena p Klinik Kesihatan Pekan Nenas nuuu rupa-rupanya p klinik depan rumah nenek tu jaa. Aiguu~ Nasib husband WFH / BDR tak ada la bising sangat dia buang cuti dia. Haha Masa najmi dulu pun begitu. Aduh, anak baru tiga. Nyanyuknya Ibu ni kemain tahu tak. Ini pun sokmo barang tertinggal la apa laa.. Hish...
Haa, seronok membebel. Orang pun tutup terus. Ada yang baca lagi ke tu?
Orait, lepas dah sampai Klinik Kesihatan tu, tengok orang ramai naa. Kereta penuh. Rupa-rupanya dorang swab test ui. Aduh, bahaya betul la. Moga Allah pelihara kita. Dah masuk ke dalam, letak buku tunggu nama di panggil. Sekali, misi Klinik Desa yang jaga bahagian tu. Terus la dia kata,
Misi: Awat datang KK? P KD jaaa.
Ibu: Haa, alamak! Kami konfius misi.
Misi: Sekarang ni awak nak cek sini ke balik sana? Sini ramai ni. Kena tunggu lagi.
Ibu: balik sana je laa. *ketawa bodoh* eh!
HAHA Pahty kol Husband kata dah balik Jom ke KD pulak. Lagu haru betul la.
Di KD, cek timbang. Amboi! Almost kejar abang masa dia 2 bulan nampak. 5.2 kg! Tinggi: 56-57cm . Alhamdulillah serata di garisan putih.
Belek la graf berat tiga anak-anak ni. Amboi, kakak la paling ringan masa umur ni. 4.9kg je. Abang paling tambun. Ikutkan hari ni (semalam) Ibu nak amek gambar, busy pulak balik dari top up barang dapur, dan duduk di dapur je. Kesian nadhira terpaksa tido dengan Ayah.
Di usia 2 bulan ni, Nadhira disuntik vaksin Hexa- apatah nama panjang dia. Yang mengandungi ubat untuk 6 jenis penyakit yang berlainan termasuk Polio. Apatah lagi, panjang misi sebut. Nak amek gambar tak boleh. Jadi itu je la yang Ibu ingat. Suntikan di usia ini dicucuk di kawasan peha. Sekiranya tempat suntik bengkak, boleh demah. Jika demam pula, harus ke klinik segera. Alhamdulillah Nadhira baik-baik saja. Dah la baru cucuk, balik pulak rumah yang lama ditinggalkan. Alhamdulillah juga dia tak meragam.
-malam-malam ni bunyi ambulans. 0:24 ni. Ibu terganggu jap nak menaip. Okay dah tak ada.
Progress Nadhira untuk 2 bulan ni seem like she knows her own name tau. Asal orang panggil Nadhira je menyahut je suara dia. Haha Terbaring tengok abang kakak main, dia ngekek ketawa. Maaf la Ibu lagi sibuk cleaning sejak balik rumah ni. Bisa-bisa badan. Dah la pantang tak ada urut. Memang merasa laa. Siapa la kata dia kuat tanpa urut lepas bersalin memang, power laa. I tabik U.
Nah, lanje sikit video nadhira. Korang kalau follow IG, Aien rajin la up story bebudak ni. Hehe
aienienka
22 ulasan
Semoga Nadhira membesar dengan sihat.
BalasPadamAamin. Terima kasih atas doanya. :)
PadamSemoa Nadhira sihat dan tak demam lepas vaksin. Hehe, pasni Ibu make sure betul-betul ye appointment kat mana
BalasPadamAlhamdulillah tak demam. Hahaah Dah balik rumah sendiri, in shaa Allah tak konpius.
Padamhai cutie.. cepatnya membesar dia.. Sofia dulu-dulu sampai misi marah berat xnak naik, smpai umur 1thn. sekarang kemain debab dia.. hihi
BalasPadamTerbalik anak kita ni kak.. Haha Anak Aien semua masa seblom jalan bambam.. lepas dah dapat kaki, diet semua. Haha
Padamcomelnya nadhira :)
BalasPadamAlhamdulillah .:)
PadamAda aihh baca awat pulak nak tutup hahahah.
BalasPadamAlamak boleh pula salah klinik. Nadhira kata ibu bawah jalan2 p mana ni hahaha
Ntah la ibu ni nyanyuk dah. Haha
PadamSemoga Nadhira membesar dengan sihat dan cergas..
BalasPadamterima kasih atas doanyaaa.. ^^
Padamalhamdulillah.. membesar dgn sihat.. =)
BalasPadamteringat plak ms check up ank dlu..
skrg ank dh 4tahun.. rindu jgk nk melangut kat KK smbil tgu misi pgl check ank.. haha
Hahaha betul.. benda ni nanti jadi kenangan semua. :)
Padamalhamdulillah, selesai semuanya..moga dipermudahkan agik urusan di masa akan datang kelak..sihat2 selalu ok baby nadhira!
BalasPadamNanti kalau ada peluang, Aien berurut lah juga.. Cuma tulah musim pendemik ini macam payah je kan Aien.. Tak pun try mandi air rebusan akar kayu.. Buat legakan badan..
BalasPadamAlhamdulillah.. bagus perkembangan baby Nadhira..
Hari tu masa pantang ada buat, tapi tu laaa.. Hahaha
PadamAlhamdulillah Nadhira sehat² saja
Alhamdulillah, Comey Nadirah hihihi
BalasPadamAlhamdulillah terima kasih cik Ash. :)
PadamAlhamdulillah.. Semoga Nadirah sentiasa sihat dan dilindungi.. Comelnya dia..
BalasPadamdia tahu nama dia sebab bila orang sebut nama nadhira takde yang menyahut kot hahaha
BalasPadamDengar cerita Kak anies, terbayangg suasana ibu sendiri lepas bersaling kalut kalut jaga kita kannnn.
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤