Sweet Revenge by Fara Hana

Sabtu, September 11, 2021


Tajuk: Sweet Revenge 

Penulis: Fara Hana

Terbitan: Fajar Paker

Sinopsis:





MY REVIEW


Mengisahkan tentang perjalanan cinta Tengku Kayden dan juga Zandra Nur Tatiana. Bermula dengan sebuah dendam dan berakhir dengan bahagia. -semestinya .. 😂


First of all Aien ucapkan tahniah la pada penulis yang akhirnya berjaya mengarang sebuah novel yang boleh lawan tebalnya karya Siti Rosmizah. Jalan ceritanya kemas walaupun agak meleret jugak rentetan dia. Over all okay je, dan Aien pun berjaya habiskan dalam masa dua hari setelah sekian lama tak baca novel kan. 


Al-kisah dah taip panjang-panjang tau tadi, tapi entah mana pulak hilangnya, maka idea review pun dah terbang jugak. But, I tried to write at my best. 



Tengku Kayden, seorang lelaki yang terlalu mencintai Dahlia Aisya yang pergi meninggalkannya kerana terpaksa mengahwini lelaki pilihan keluarganya atas dasar terhutang budi. Kerana kecewa, Tengku Kayden membawa diri ke resort milik Tengku Kamal di Sabah. 


Zandra, satu-satu anak perempuan Datuk Borhan baru saja tamat pelajarannya di alam kolej, ditaja oleh bapanya untuk bercuti ke Sabah. Bertemu dengan Tengku Kayden, lelaki yang asyik 'makan' anak tebuan. Pantang diajak bergurau, ada saja marahnya. 


Ketenangan Tengku Kayden terganggu oleh kehadiran Zandra malahan tergugat dengan hadirnya keluarga Datuk Borhan sekaligus membawa semula kenangan pahitnya apabila Dahlia Aisya hadir sekali sebagai kakak ipar Zandra. Kerana rasa dendamnya Tengku Kayden terhadap Zameer, abang kedua Zandra yang telah 'merampas' kekasih hatinya, Tengku Kayden nekad menghancurkan keluarga Datok Borhan bermula dengan Zandra. 


Kehormatannya diragut, namun Zandra tidak kisah asalkan Angah dan keluarganya yang lain selamat dari dendam Tengku Kayden. Pulangnya ke Kuala Lumpur, Zandra berharap agar tidak bertemu lagi dengan Tengku Kayden. Malang tidak berbau, ibu bapanya terjumpa akan urine pregnancy test milik Zandra. Datuk Borhan membuangnya tak ubah seperti kucing kurap. Datangnya Tengku Kayden ibarat knight 'menyelamatkan' Zandra. Ibarat keluar dari mulut harimau, masuk mulut buaya, hidup Zandra tiada lagi ketenangan. 


Dirinya dibenci bapanya, dimaki hamun ibu mertuanya, Tengku Marina. Zandra diam tanpa melawan. Kadang geram jugak dengan watak Zandra. Dia terlalu baik, terlalu optimistic terhadap semua perkara demi orang lain terutama keluarganya. Biar la dirinya derita asalkan keluarganya tidak diusik Tengku Kayden. Jangan membenci sangat, silap-silap boleh jadi kecintaan. Begitu la pepatah sesuai untuk Tengku Kayden dan Zandra. 


Kerana hatinya mula sayang pada Zandra, Tengku Kayden membatalkan semua hasratnya untuk membalas dendam pada keluarga Datuk Borhan. Apatah lagi Dahlia Aisya seperti terhegeh-hegeh dengan dirinya semula. Cintanya cuma milik Zandra, isteri tercinta. 


Ketidakpuashati Dahlia terhadap Zandra membuatkan dia melakukan kesilapan satu demi satu untuk menghancurkan keluarga mertua sendiri. Bermula dengan kejadian Zafril mati dilanggar treler, yang pada hakikatnya dibunuh oleh Dahlia. Kemudian syarikat Datuk Borhan muflis kerana projek yang diuruskan syarikat itu runtuh dek kerana bahan binaan yang tidak selamat, juga daripada Dahlia. Tapi, yang sampai ke telinga Zandra hanya nama Tengku Kayden. Bermula episod I hate you, goodbye. 


Dahlia Aisya berpuas hati dengan perpisahan mereka. Apatah lagi dia kaut keuntungan daripada semua hasil jualan rumah milik Datuk Borhan yang dijual Zameer atas alasan tidak cukup untuk semua hutang yang ada. Namun, itu semua dusta belaka, kerana hutang milik Datuk Borhan semua sudah diselesaikan oleh Tengku Kayden. 


Pengakhiran novel yang agak kemas apabila naluri seorang ibu tak pernah salah. Datin Saerah merasakan bahawa anaknya Zameer seperti ada sesuatu yang berlaku padanya. Diajak anak menantu untuk menziarah Zameer dan isterinya. Rahsia Dahlia Aisya yang bertopengkan nafsu itu terbongkar akhirnya. Dia la dalang disebalik kehancuran keluarga Datuk Borhan. Kematian Zafril dan juga kematian Datuk Borhan sendiri. Zameer yang ditemui hampir separuh nyawa dibelasah oleh kekasih Dahlia Aisya. Dia ditangkap polis, namun tak sampai beberapa hari, pihak polis menghubungi Zameer mengatakan Dahlia Aisya mati akibat gantung diri. 


Tengku Kayden menarik nafas lega kerana dia tidak berterus terang dengan Dahlia Aisya yang sebenarnya dia anak orang kaya. Jika tidak, dia takkan bertemu dengan penghuni hatinya, Zandra Nur Tatiana. 


Pihak Zandra pulak, penulis garapkan dia sangat menyesal atas semua tohmahan dan sikap kasarnya terhadap Tengku Kayden. Bahkan mengugut mahu membunuh zuriat mereka. Alhamdulillah mereka dapat hidup bahagia atas takdir dan jodoh yang Allah tentukan untuk mereka. -THE END 




ini kali rasa macam lama pulak habiskan seketul novel. haha


12 ulasan

  1. Aaaa lamanya tak baca novel. macam berminat pulak hehe

    BalasPadam
  2. Wah tak dapat bayangkan macam mana tebalnya kalau kalah novel Siti Rosmizah 😂 baca dua hari je pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu perumpamaan saja. Haha sebab rasa macam setebal novel Siti Rosmizah.. tapi lagi tebal. Gtiuu

      Padam
  3. serius kak 900+ muka surat dalam masa 2hari. kalau Cida, mau seminggu. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. HEh, banyak tu pages dia? tak tahu laa. tapi dua hari habis. anak tido baca. haha

      Padam
  4. fuh, novel tebal. nasib baik happy ending

    BalasPadam
  5. Dasyat muka surat dia 🤣🤣🤣 boleh habiskan bacaan dgn pantas. Skrg nk baca, tgk blog kena tunggu anak tidur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitu la kita dah jadi mak2. Haha Nak update blog masa anak tido. Apapun anak tido. Haha

      Padam
  6. senang je dia bunuh diri lepas dah buat jahat ea

    BalasPadam
  7. Aduh tebalnya.. tapi kalau jalan cerita best memang boleh layanlah..

    BalasPadam
  8. Perghh first time tengok novel buatt kerja jahat gini. Selalu novel pasal cinta, second man tak dapat dia pergi mencari hidupnya sendiri ini lain macma betul

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤