BELI VACUUM KALI KETIGA DI SHOPEE

Sabtu, Oktober 23, 2021

 



Heee~ banyak je benda nak story. Tapi tu laaa. Entah kenapa la dua tiga minggu ni, telefon asyik sesat je tak tau kat mana. Okay, kali ni nak story pasal ritu, Aien beli vacuum baru. Kali ni beli tak ada jenama sangat la janji murah. Haha 


Target Pery Smith yang siap ada Dust Mite tu, tapi tabung dia asyik kena kokak je, susah la. Dah dapat ni pun Aien syukur sangat, janji dah tak payah menyapu lagi. 


Menyapu secara tradisional siap guna penyapu lidi 

Allah Allah, heee rasa stress sebab kena jaga habuk dia dari berterbangan. Lagi-lagi sekarang musim cuaca tak menentu. Kejap panas, kejap berangin kejap.... Eh! Apa kaitan semua ni? Sebab rumah burung tingkat 3 ni, dia masalahnya itu la. Walaupun dah tutup kipas, kau menyapu sekalian ayunya menggunakan penyapu jerami mahupun penyapu lidi terasa sampah masa berterbangan lagi. Dengan ada karpetnya, jenuh nak angkat sidai kat luar. Tenaga tulang pat kerat Aien ni dah serupa orang  tak makan aje. Setiap kali menyapu stress sejak vacuum patah. Setahun lebih jugak pakainya. 




Gamaknya begitu la setiap tahun beli vacuum baru. Harap yang ni tahan la jugaknya. Ikutkan vacuum DEERMA ni okay je range penggunaan dia, tapi bila jumpa yang ni lagi syiok. 


Sebab apa dia syiok? 

Kuasa penyedutan dia sehingga 19500PA untuk harga serupa dia ni. Memang sangat berbaloi. Dah cuba sedut di bahagian karpet, I was terpesona~ aku memandangnya.. Eh! Gitu la cerita dia. wow sangat. Boleh nampak karpet yang nampak bersih je dari jauh, tapi banyak sampah dan habuk yang tersembunyi di antara bulu-bulu karpet tu. Sekarang dah boleh konfiden la nak golek-golek kat karpet tu. Hehe 



Boleh baca description dan review semua pengguna rata-rata berpuas hati macam Aien ni. Walaupun setelah 10-15 minit dia akan rasa panas pada pemegang dia. Jadi, no worries. Tutup kejap rehat dulu. Kita sambung balik membersih. 



Dalam kotak pembelian, mengandungi motor vacuum, nozzle, warranty, stick dan holder dia. Masa ni budak-budak pun excited sama siap nak tolong vacuum lagi si kakak Nayla nih. paling best sekali, bunyi vacuum ni tak lah terlalu kuat. Nadhira siap boleh tido lagi setiap kali Ibu vacuum.  Dia macam white noise sound untuk dia fast sleep. 

Tapi, Aien belom cuba lagi la nak vacuum bila anak-anak dah tido malam. Selalu kan ada orang kemas malam-malam sebelum tido. Supaya esok pagi tak kelam kabut. Untuk Aien, so far Aien akan vacuum waktu petang dan waktu bila mana mata rasa semak dengan habuk atau sampah hasil karya Kakak Nayla dan Abang Najmi tu. 

Sekarang dah no worries. tarik je vacuum tu. And taraaaa~ siap pun kerja ibu. Mudah je. 

Hari tu Aien beli bawah RM100. Kalau korang berminat nak cuba vacuum mampu milik tapi sedutan yang ohsem, Sakura Vacuum Cleaner ada penyelesaianya. 


20 ulasan

  1. Selalu juga nampak iklan vacuum cleaner brand Sakura ni. Bagus ye, thanks for sharing

    BalasPadam
  2. kalau ada karpet kat rumah memang kena guna vakum, kalau tidak banyak kerja..
    boleh tahan juga vakum dia, dapat bawah rm100 memang berbaloi guna :)

    BalasPadam
  3. Vakum yang besar2 tu orang dah tak gunalah ye
    Sekarang guna vakum yang pakai bateri cas aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu WP. vacuum siap ada badan tu kurang la. Tapi masih ada peminat dia. Aien target yang cordless tp sometimes orang kata pakai battery, xpandai jaga cepat rosak. :)

      Padam
  4. Uiss sampai 3 kali tu.. hehe.. vakum umah ni pun cam nak kene tukar jugak je nampaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang murah, biasa laa. tak leh lasak lebih. Haha

      Padam
  5. lebih yakin dengan vacum.. hehehe.. tak adalah habuk berterbangan kan Aien..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Haha Kalo sapu, asyik tengok je habuk ada lagi ke tak.

      Padam
  6. omaiii bawah 100 je?danggg nak beliiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa orang beli bawah RM100. Tapi semalam tengok dah jadi RM109. Hehe

      Padam
  7. okay , boleh masuk cart dulu nanti hahahha

    BalasPadam
  8. Rumah di bandar ni senang betul masuk habuk. hari hari kena vacuum. Kalau menyapu tu rasa kurang bersih sikit kan. Kena ada jugak vacuumnya. Menarik jugak jenis vacuum ni Aien. Asalkan menyenangkan kerja sudahlah kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. janji rumah bersih dan kita senang buat kerja. gitu.. Yang mudah dan yang senang! hehe

      Padam
  9. alamak. akk masih old school.haha. tak tahu kenapa xbeli. masih on guna penyapu.hehe. sebab tengok harga mantap kot. eh tapi ni ok lah jugak murah je

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤