Movie: Frontliner

Ahad, Oktober 03, 2021


 

Tajuk: Frontliner 

Genre: Emosi / Kehidupan / 

Durasi: 1 jam 29 minit 

Pelakon: Azhan Rani, Emma Maembong, Beto Kushairy, Farah Ahmad, Shamsul Danish, Achey, Wan Maimunah , dll

Sinopsis: Dari barisan pekerja kesihatan sehingga la penghantar makanan, masyarakat di Malaysia berhadapan dengan virus Covid-19 yang melanda dunia. Kisah diambil  berdasarkan kisah benar. 


MY REVIEW

Berada di tempat kedua TOP 10 movies dan drama tontonan rakyat Malaysia, Frontliner mengisahkan tentang barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga negara dalam membendung virus Covid-19. Cerita ini diambil ketika Malaysia mula melancarkan Perintah Kawalan Pergerakan 1 pada MARCH 2020 tahun lalu yang banyak mendatangkan kesan buruk pada masyarakat. 

- Dr.Azhan dan Nora pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata pertama. Dr.Azhan seorang doktor pakar dia sebuah hospital kerajaan. Sejak pandemik covid-19 melanda Malaysia, Dr.Azhan menyewa rumah di hadapan rumah mereka semata-mata untuk membendung wabak dari terkena pada isteri yang sedang sarat mengandung. 

- Nasir / Achey seorang anggota polis yang telah lama tidak pulang ke kampung. Ibunya sering menelefon bertanya bila dia hendak pulang. Ibunya juga tidak percaya dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini boleh membendung penyakit. Bahkan dia beranggapan Achey terlalu mementingkan kerjaa daripada dirinya. 

- Zulkifli dan Nadia serta Shamsul tiga beranak yang tersepit akibat covid-19. Zulkifli seorang anggota polis yang bertugas membuat sekatan jalan raya sepanjang Perintah Kawalan Pergerak dilancarkan. Nadia seorang cikgu tuisyen yang terjejas pendapatan. 

Aien tengok ni nahan hati nak nangis sebab tengok dengan laki. Kalau tak dia asyik nak cakap Aien ni hati tisu betul. Sedih kot! Mesti la nak nangis. Dorang barisan hadapan dah bertungkus lumus melakukan tugas mereka tanpa fikir cuti. Padahal mereka juga punya keluarga jugak. 

Bila tengok part Nadia merayu kat mak student dia minta bayar yuran, tapi ya lah kan masa tu semua pendapatan kurang. Lepas dah stress dengan tu, Shamsul anaknya pulak sibuk nak minta keluar padahal belakang rumah je. Tapi, sebab risau sesiapa boleh jadi carrier, Nadia marah anaknya. Akhirnya anxiety dia datang kembali. Bila laki dia balik, Zulkifli tu, berkhemah kat luat rumah. Haha part ni lawak. Sebab dia bagi laki dia makan ikut pagar. lepas bagi tu  baru dia bukak pagar. Terbahak-bahak kami dua laki bini ketawa. 

Bila scene ni buatkan Aien terfikir, macamana la orang yang ada anak teenager tu kan.. Lagi la terkongkong. Dengan budak-budak dah pandai expresi diri dorang kan. Aien ni dengan anak-anak kecik pun stress. Heee~ 

Kesinambungan penyebaran covid-19 di kalangan mereka semua ni bermula dengan Nora pergi keluar rumah tolong ada delivery guy exciden depan rumah dia. Adui, siap terkeluar tulang bak hang. Nora pegang dan terkena darah delivery guy tu. walaupun dia dah mandi selepas tolong tu, bersihkan badan apa semua. Tetap juga terkena sebab dia golongan berisiko tinggi. Buatnya dia masak untuk laki dan dan masa dia diserang sesak nafas, Dr.Azhan bawak dia pergi hospital. Masa nak ke hospital tu pulak, hujan lebat. Dr.Azhan pergi tolong Zukifli dan Nasir betulkan dorang punya payung di sekatan jalan tu. 

Pergi hospital, Nora disahkan positif. Dr.Azhan kena kuarantin sebab kontak rapat. 

Nasir pulak, disebabkan dia sedih mak dia asyik guna ayat tak sayang mak ke, tapi betul juga penyakit covid-19 ni ujian Allah je. Ajal maut di tanganNya. Kalau Allah kata nak mati sebelum covid pun boleh jadi. Tapi, tak salah kita ikut saranan kerajaan. Baik dibendung terlebih dahulu sebelum dah terkena. And dia balik kampung jugak untuk jumpa mak dia. Berpeluk dan bersalaman. 

Selepas Nora dan Azhan dikuarantin, mak Nasir pulak terus meninggalkan akibat wabak. Melalak si Nasir. Dia juga kena kuarantin sebab kontak rapat dengan mak dia. 

Masa ni Dr.Azhan tak faham, dia cuba untuk tidak duduk serumah dengan bini dia demi mengelak daripada terjangkit. Alih-alih positif jugak. Dia ingat bini dia ada curi-curi keluar ke apa kan. Tapi, Nora tak bagitau sehingga dia sesak nafas dan kemudiannya meninggal dunia bersama bayi yang dikandungnya. Allah~ sedihnya. 

Begitu jugak dengan Zukifli sekeluarga. Mereka juga harus kuarantin sebab kontak rapat dengan Nasir. Sambung-sambung gitu je la. Sedar tak sedar kan. Sesiapa boleh jadi carrier. 

Sehingga 2021, kes masih tinggi walaupun ramai sudah divaksin. Alhamdulillah juga, kebanyakan kes itu adalah mereka yang tidak bergejala dan kuarantin di rumah sendiri. 

Sehingga dunia bebas daripada pandemik ni, jaga diri semua stay safe. Dan duduk rumah sekiranya tiada keperluan. Walaupun banyak sektor dah dibuka, bukan bermaksud kita sudah selamat. Tapi, semua itu demi ekonomi negara. Jaga diri semua ya! 



5 ulasan

  1. tunggu free2 nk layan jgk cite frontliner ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia bagus mood tengah emo tengok. haha berjurai air mata.

      Padam
  2. Ammi nangis je depan suami masa tgk tu.. Nak2 part Wan Maimunah. Awal PKP 1.0 ramai parents yg tak faham, merajuk anak2 tak balik bawak cucu, anak2 tersepit nak explain.

    Mujur ammi masa PKP1.0 terkandas kat rumah arwah mama. Jadi takdelah isu tka balik ke apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. Sian achey masa tu. punya dia nak elak, last terkena jugak. Nasib Aien masa PKP 1.0 tu mak mentua faham la jugak sebab tak nak anak dia kena saman. terbang duit

      Padam
  3. Layan dgn husband haritu...Hihihi..ada la part yang mcm cringe, tapi takpe, layan je la.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤