MOVIE REVIEW: PENUNGGANG AGAMA 2

Jumaat, Oktober 29, 2021

 


Tajuk: Penunggang Agama 2 

Genre: Mistik, Saspen, Thriller 

Durasi: 1 jam 29 minit

Cast: Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Puteri Nurqaseh, Johan As'ari, Rahim Razali, Anna Jobling, Nasir Bilal Khan

Sinopsis: Kesinambungan daripada kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. 

Amir pulak semakin obses dengan kerja sampingan iaitu merawat penyakit dan gangguan kerana ganjaran yang agak lumayan. Sejak daripada itu, dia selalu meyarung jubah putih dan kopiah dan suka digelar ustaz. 

Kehilangan Hanim, pelajar mengaji Anna menyebabkan kekecohan antara Ustaz Amir dan Father Michael. Kredibiliti Amir tercabar apabila Father Michael juga menawarkan pertolongan kepada kedua ibu bapa Hanim dan mula bersangka buruk pada Father Michael. 


MY REVIEW 

Amat jarang okay, Aien nak tengok cerita yang berada dalam genre ni melainkan ada orang ajak tengok. Macam biasa, siapa lagi la kan? Encik Husband dah pasangkan, kita tengok la sekali. Udah ler time maghrib-maghrib pulak tu. Anak-anak pun ikut sama tengok. Haha sudahnya malam tido semua ngigau. 
.

Daripada sinopsis kita dah boleh agak la jalan cerita, hasil arahan Syafiq Yusof ni. Kalau sesiapa yang dah tengok Penunggang Agama 1 mungkin agak dah kot kesinambungan cerita dia. HAHA 
.

Secara keseluruhan bagi seorang bukan pengemar cerita seram begitu, boleh la tengok. Buang boring. Tapi, banyak jugak kutipan yang filem ni dapat balik. Phew~ Ke itu yang 1 punya? Adehh.. 

Sedihnya bila kita tertipu dengan duit yang banyak. Sedih bila kita gunakan agama untuk mendapat keuntungan. Well, kalau benda mistik ni semua orang boleh tengok, tak guna juga kau nak menipu. Kadang-kadang bila berada di temoat tu, kita akan percaya pada 'ustaz' yang kita sangka dia baik dan berniat untuk bantu kita. BUT, somehow bila kau bayar berapa-berapa tu dalam jumah sedikit, rasa macam penyakit kau tu sampai bila takkan baik. Haha 
.

sedih kan? Motif filem ni bagus. Hasilnya pun bagus. Tapi kenapa Nasir Bilal Khan jadi momok? Dia kan pengali kubur. Sian la jadi momok pulak. 
.

Perihal kasyaf pulak, bukan semua orang mahu, tapi bila sudah terkena. mereka hidup dalam kebiasaan yang luar biasa. Allah tutup hijab kita daripada nampak benda yang tak nampak ni. 

Heee` udah la aku buat review malam-malam. K dah la. tu je la nak cakap. Okay je. Kalau ko tak tengok pun tak da hal la, sebab aku pun lari pergi solat maghrib dari habiskan tengok filem ni. Nak sambung lagi memang idok la. Kalau tak, jadi macam ni la. Insomnia. Terbawak-bawak wak dalam mimpi.... Huwaaa~ ibu is penakut... 

5 ulasan

  1. Berilusi dengan kata-kata dan perbuatan minta dijauhkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Sedih. Sedih lagi pabila jadikan agama sumber kekayaan kita. Eh. mcmana nak cakap. Tu la. macam ustaz amir tu.

      Padam
  2. dah tengok episod 1. x sabar nak tgok sequelnya.. tp malangnya abe kie dah terminate astro. huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah astrok memang layak diterminate. Kalo abe kie ada android box mungkin ada channel yang menayangkannya. :)

      Padam
  3. macam penah tgk tapi maybe yg no 1 punye kot

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤