Movie Review: Sa Balik Baju

Rabu, Oktober 27, 2021

 


Tajuk: Sa Balik Baju

Genre: Drama, Woman

Durasi: 1 jam 20 minit

Cast: Nadiya Annisa, Mira Filzah, Kaka Azraf, Juliana Evans, Aliff Satar, Sarancak, Joanne Kim, Elena Moujing

Sinopsis: 6 kisah mengenai wanita zaman kini. hak Peribody, Dalam Kain, Bukan Salah Ibu Mengandung dan Angkat Kaki. 


Hak Peribody- 

Mengisahkan tentang Dahlia (Nadiya Annisa) seorang penulis di sebuah syarikat majalah yang ditutup, pesimis dengan media sosial. Kerana pergaduhan satu pasangan, dia kini menjadi penjual pakaian dalam wanita di atas talian. 

Love Clicks

Mengisahkan tentang Hannah (Elena Moujing) yang jatuh cinta dengan pengguna ID 721 dalam aplikasi 'Love Clicks' walaupun tak pernah bertemu. 

Dalam Kain - 

Mengisahkan Sierra seorang perundingan perhubungan menghadapi masalah apabila hubungan rumah tangganya bergolak. 

Bukan Salah Ibu Mengandung - 

Myra seorang blogger kecantikan mengalami alahan kepada cosmetic sepanjang mengandung. Suaminya buntu apabila mereka mengalami masalah dengan pihak penaja. 

Aset- 

Mengisahkan Salina bertemu dengan Sally dan mereka berkongsi cerita yang sama mengenai memiliki payudara saiz DD. Salina yang terasa beban dengan aset yang ada, diubah pemikirannya oleh Sally yang sentiasa positif.

Angkat Kaki - 

Mengisahkan Aira yang lebih memilih kerjaya daripada berkahwin awal. Namun, semuanya ditentang oleh si bapa yang sangat konversatif. 


MY REVIEW

Wah wah, lama tak bukak Netflix ternampak cerita ni, macam best tengok la. Wah, terbaik! I like. Kisah wanita dibawa ke lakonan layar apatah lagi bila bab Aset tu. Fuh, 

Everything is connected! Pasal Hak Peribody, pasal dalam kain, pasal bukan salah ibu mengandung. Semuanya la. Tapi yang paling lawak pasal aset. 

Hee, benda ni memang berlaku dalam masyarakat kita terutamanya. Dan dari movie ini membuka minda kita untuk berfikir dengan lebih positif. Apatah lagi tentang media sosial. Hakikatnya semua bermula dengan satu. 

Bila mana Dahlia berniaga di media sosial, Bila Sierra menjadi perunding hubungan media sosial, bila Hannah jatuh cinta melalui media sosial. Dan bila Myra benci dengan passionnya ketikaa mengandung. 

Manakala perihal Aira dan Salina lebih kepada konfiden level dalam diri seorang wanita. Sebagai wanita harus konfiden. Tiada siapa yang boleh merendahkan kita, melainkan diri kita sendiri. 

Menjadi apapun dan siapapun kamu di media sosial, tak bermaksud semuanya harus dikongsi walaupun nak kongsi je semua. Haha 

Aku kongsi bukan ada orang peduli pun. Gituu~ Haa, over all movie ni best sangat! Suka cinemagrafi dia. Macam indie filem. Macam karya arwah Yasmin Ahmad juga iras iras. But, fresh side. Saya suka saya suka! 
.

Paling best konfiden Sally tentang dirinya. Sedikit pun tak sedih apabila dia berjumpa kembali dengan Salina, ketika 'aset'nya telah tiada. Phew~ berat dugaan tu. Setiap wanita akan merasa rendah diri dengan aset itu. Tak kira apa jua saiz mereka. 

Tetiba teringat, jadi wanita apapun serba salah. Itu ini semua serba tak kena.. Kan? 

Kisah sedih bukan salah Ibu mengandung dengan Angkat Kaki. Macam sedih bagi Aien sebab benda tu memang selalu berlaku dalam komuniti kita. Percaya atau tak? Sedih bila disebabkan kerja, dia cuba untuk ikut cakap lelaki dia untuk teruskan buat kerja dia. Tapi, ergh! Tahu tak perasan bila kau rasa tak boleh betul. Hee~ pahtu mulut netizen..Bagus dia berehat. Betul la dia cakap. Setiap cerita baru mesti akan ada cerita selanjutnya. Takkan habis. 

Ada yang relate dengan diri korang ke daripada filem ni? cuba cerita sikit. 

11 ulasan

  1. Tengok filem ni tak habis. Maybe part Love Clicks tu lama sangat,saya jadi bosan. Ramai review best, so akan cuba gak tengok lagi sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba tengok, love clicks tu suka dengan pelakon dia cakap Sabah. Haha Kalau dilihat randomly, mesti kita eh pasal apa semua ni. Tak faham

      Padam
  2. Best kan ceritanya. Memang relate dengan kehidupan wanita zaman sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Nak kena tengok dengan minda terbuka. Kadang hal ni tiada siapa nak bincangkan.

      Padam
  3. Alah...macam best jer. Mana nak tengok ni Aien?

    BalasPadam
  4. Ramai cakap best, tu nak kena tengok ni...ada jugak kang bayar netflix semata nak tengok movie ni haaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha boleh share ngan kawan or adik beradik netflix ni.. Jadi sebulan murah ja

      Padam
  5. Ramai gtau best tapi kita tak sempat nak tengok lagi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤