Allah Allah.. Lama nya kau amek mood, orang pun dah tak ada mood nak ui baca kisah kau tu. Hee~ maap ler.. Anak-anak Ibu tak sehat. Dengan Ibu sekali tumbang, mana maunya. Bah la, kamek nak bercerita tok? Ada nak baca nisik? Eh, lalek nya sia. Ku nak nulis. Kawu baca nisik.. Tandah nya sia.
Lekak pulang dari Amansari Desaru riya, mun tak orang nak baca kisah dak tiga tek bercuti nak.. klik jak dibah tok:
Triple N First Staycation at Amansari Hotel Desaru
Bah, ko mok baca ngan aku tek kelaka sarawak kah? Ndak penin palak ko kelak? Haha Tersaruk dengan dak Ngektsai bah. Bah bah.. Ehem ehem..
Aieee....nak ilang bunyi tok eh. Bak kata Nayla, "Apa Ibu cakap tu?"
Haa, gitu... Ibu ni haa, nak bercerita pasal kita cuti kat Melaka. Sibuk petang tadi tak ada buat apa masa teman anak tido, mata sendiri tak nak tido. So, Ibu edit video cuti kita ke Melaka ritu. Sudahnya, Ibu ngekek ketawa. Pasal pergi 2 Hari 2 malam, sudahnya kami anak beranak pergi lebih kurang je aktiviti tu. Aiguu.. Nyesal? Tak la, sebab dapat spend time dengan family akak sepupu yang selalu cuti bersama tu. Beza kali ni, kami bercuti nak jalan-jalan. Dorang, hmm.. hampeh tamau jalan. Ses geram aje tau.
Lepas pulang dari Desaru ritu, kami terus la pulang ke Pekan Nenas. Sebelum esok pagi baru bertolak ke Melaka. Tanya husband, kita nak ke mana? Ye la kan, ikut ikut juga. I was really excited nak sharing. Susun tentatif ke pahtu plan or survey apa di nak dibuat kan kat tempat kita nak pergi tu. Even Melaka la sekali pun. Kau pergi sejuta kali pun belum tentu dapat pergi tempat yang sama. Haa, gitu. Yang penting pesan dengan husband, nak singgah rumah Malong Dijah dorang ni. Tapi risau pulak dia sibuk kan.
Kami bertolak pagi Ahad tu, memandangkan dorang survey homestay kat Melaka semua macam kira Jumaat Sabtu jugak. Ahad orang dah keluar. So, alang-alang kan, kita pergi la hari orang kerja. Ingatkan la tak ramai. Haha Orang Malaysia ui. Semua amek peluang la dah dapat keluar. Risau sambung lagi PKP tahun depan. Haha
Turun Muar, ingat nak singgah Dinasour Park tu, Husband kata.. Dinasournya cuma satu je. Ada apa... Eh Eh. Haa ye laaa... Ikut je mana dorang nak pergi. Pusing-pusing. Rupanya dorang lead the way tu salah bawak keluar exit highway. Patut keluar Muar, tapi termasuk Bukit Gambir. Nak pusing ke kedai makan yang dorang nak makan tu jauh lagi. So, diteruskan la perjalanan ke Melaka saja.
Tak sempat nak capture sempadan Negeri Melaka. Haha Sibuk layan anak-anak. Dengan husband sekali kata alaa...
Pusing pusing lagi tak tau mana hala tuju. Masuk Melaka dah waktu tengahari. Orang berpusu keluar cari makan. Pahtu first car tu tak tau pulak nak makan kat mana. Adoo doo doo.. Haa, ayoh la kita ke homestay terus, mak ada bawak bekal jugak ni. Kata mak mentua. Sememangnya dia rajin kalau nak jalan ke mana, masak dulu. Risau lapar dalam kereta ke kan. Menantu ni pun turun terjebak. tapi kalau dari rumah sendiri la. Kalau dari kampung, sorry to say. 😁
Pusing la terus ke Bukit Katil, mencari Damai Holiday Homestay. Nasib tuan rumah dah pandai masukkan address dia notch-pin kat google maps. Jadi bila orang cari senang. Terus jumpa. Tak yah dah nak taip alamat dia bagai.
Sampai kat rumah. Fuyoo besar kolam dia. puas mandi. Rumah pun bagus untuk 2 hari dapat harga RM250/semalam. ke untuk dua malam tak ingat. Tapi jauh sikit dari Banda Hilir. Tapi, don't worry, Bukit Katil banyak makanan viral. Cuma kami silap pusing. Tu je la.
Sebelum terlupa, korang kalau berminat nak sewa Damai Holiday Homestay ni page Facebook dia:
Memang syiok, puas la bila pergi kami masa tu, dalam 3 keluarga. 9 dewasa dan 5 kanak-kanak. Toto bantal dan selimut extra semua ada. Cuma tak berapa nak puas hati tandas dia tak ada tempat sangkut. Haha Terkial-kial koi nak sangkut baju tang mana entah. Over all memang puas hati rumah dia, tuan rumah pun sebelah rumah je.
Sesudah tiba di homestay, hujan lebat turun. Haa, semua bantai habiskan karipap a.k.a epok-epok plus megi goreng plus roti telur yang mak mertua bawak. Ha ha kebulur semua. Petang sikit, adik ipar dari Rawang pun turun sama. Dia bawak lagi makanan. Memang tak jadi la keluar. Hujan + orang tua + budak kecik = tunggu je la.
Lepas maghrib baru keluar dari sarang mencari makan malam. Husband dah kelaparan amat. Ada kedai makan berdekatan semua takat bukak siang. Malam macam kena jalan jauh sikit dari homestay tu. Jumpa kedai siam Restoran Cahaya Tomyam Seafood, bedal je la. Janji jumpa nasi.
Perut dah kenyang tali kecapi, gendang gendut senang hati. Maka yang mak mak ni mula la kata, yok kita balik. 😂 Apa makna jalan-jalan kalau asyik berkurung di homestay? Ado doo doo. Yang jiwa muda pulang lead the way. Ajak ke Taming Sari. Malangnya hari jugak tidak membenarkan. Renyai-renyai membasahi bumi Melaka. Memang dia nak suruh la tu, golongan berisiko jangan berkumpul. Haha
Husband ingat nak ajak anak-anak pusing ke Pantai Klebang, dorang pulak dah ketiduran. Siang tadi sampai homestay dorang bedal mandi kolam si ayahnya ajak. Sudah, dia bising tak dapat tido. 😬 Anak-anak lepas mandi, makan dan main terusan tak ingat nak rehat. Ye la, pertama kali berjalan Nenek, Mangah dan Ucu dia ngikut. Suka la dia.
Bila anak-anak dah tidur, yok la kita mampir. Pulang aja deh. Rehat, esok kita mula misi mengukur bandar Melaka ni.
-Baru hari pertama, tak buat apa pun panjang juga menaip. Lenguh dah tangan ni. 😂
Day 2 di Melaka
Lepas subuh terus plan nak makan kat mana. Bilik mandi cuma dua. Usai-usai la siapa dulu nak mandi. Amek nombor. Malangnya, seawal pagi yang dah balik awal semalam je dah bangun
Jiwa muda bagi peluang dahuluan mandi. Anak-anak kecil, seawal jam 8 dorang dah dimandikan. Umpan jalan. Laju la memasing. Pakai baju lawa.
Okay, jam 10 pagj keluar rumah, mencari Asam Pedas Pak Man. Tak sampai 10 minit dari Homestay. Amboi, dekat bebeno.
Betul-betul kedia dia di tepi jalan dan lampu trafik. Senang nau la nak cari. Masa kami pergi tu, dalam jam 11 pagi, orang belom ramai. Menu pun ada menu sarapan dan juga menu tengahari. Sorry, tak sempat nak capture, Nadhira dah rengek. Adeh, Ibu pulak tersalah pakai baju. Memang sabar je la nak.
Jangan ingat di kedai asam pedas tiada menu selain asam pedas. Ada, Nasi Ayam dia terbaik! Sedap. Anak-anak pun suka. Ibu kongsi dengan dorang la, tu pasal menu ni. Kalau tak kongsi pun Ibu tak berani nak makan asam pedas Melaka. Pedas.. Bukan geng Ibu. Ayah pulak nak makan Asam Pedas Sembilang, ikan belom jumpa lagik. Haha Order telur dadar pun belom sampai katanya telur tu. Apa aje la. Bila dah jam 12 tengahari, orang ramai mula berpusu masuk ke situ. Kami sudah selesai, mula menuju ke destinasi seterusnya.
Ingatkan nak pergi Taman Rama-rama, Nak tengok habitat rerama ni macamana kan. Bila tengok tiket RM25/orang dewasa. Kami fikir-fikir lagi. Mungkin mampu bagi orang lain. Tapi, ada berkata yok la kita pergi zoo. Sekurang-kurangnya RM38/orang puas hati nak berjalan tengok binatang.
Maka beratur la kami. Masa pandemik ni, pastikan korang semua dah lengkap vaksinasi dan jika pergi berkelompok, pastikan seorang sahaja yang beratur di kaunter tiket. Sebelum tu, kumpulkan kad pengenalan semua ahli terlebih dahulu.
Harga tiket masuk seperti yang tertera::
RM38 dewasa
RM31 kanak-kanak atas 3 tahun.
Itu untuk warganegara Malaysia. Warga asing adalah harga dia lain lagi. Agak ramai juga masa kami pergi walaupun sudah jam 1 petang. Huhu, Peringatan lembut, pastikan ada kipas kecil untuk anak kecil. Stroller boleh tolak masuk. Payung dan topi boleh beli di pintu hadapan zoo. Bawa sendiri lagi lebih baik. Sebelum nak masuk kawasan zoo juga, ada sanitizer area untuk seluruh badan. Kagum sekejap. Bagus inisiatif pihak pengurusan dorang ni.
Dah masuk, korang di sapa oleh burung nuri dan kakak tua di sebelah kiri dan kanan. Kalau dengar, dorang ni ucap selamat datang pada pelanggan. Ha ha Kiut kan? Maka amek la kesempatan dahulu bergambar di bawah payung ni.
Berpecah juga kami masa masuk sebab akak sepupu tu dia dah pernah pergi. Mak mentua dengan adik ipar semua, dorang pergi masa arwah ayah mentua masih hidup lagi. Masa tu pun adik ipar yang bongsu belom ada. Lama betul dah. Banyak dah berubah. Jadi terpinga sekejap masuk sini. Dengan Aien sekali yang baru pertama kali jejak kaki ke sini walaupun belajar di Melaka 3 tahun.
Jalan hadapan sedikit, ada peta keseluruhan Zoo Melaka ni. Fuh, memang sesuai untuk kurus ni. Bakar kalori lepas makan asam pedas. 😂
Kami jalan kaki separuh zoo, separuh lagi adik ipar dah siap sedia tempah buggy masa masing-masing yang berusia dok fikir nak jalan ke tidak tengah panas gitu.
Sementara tunggu yang berkenaan cari kenderaan di mana dan bagaimana, kami sempat posing jap di hadapan Tram Station. Dalam sini ada dua pilihan kenderaan. Jika korang memilih Tram dengan bayaran RM8/dewasa dan RM6/kanak-kanak. Perjalanannya cuma bergerak perlahan di satu cek point. Tiada berhenti. Pelan-pelan la tengok binatang. Kalau bawak stroller pun kena tinggal di stesen.
Manakala dengan pilhan buggy, lebih privasi untuk satu keluarga. Terpulang kepada berapa besar buggy tersebut jika tak silap Aien la kan. Ke memang mana-mana buggy harga tetap dengan bayaran RM150/ dua jam dan ada tiga check point. Untuk pilihan buggy, pelanggan harus tinggalkan nombor telefon terlebih dahulu untuk tempahan. Dia macam bukan terus dapat tau. Kena tunggu 2 jam. Sementara tu ko pusing la ke Dinsaour Area tu. Ada 4 ekar. Pusing la puas-puas. Kalau dalam dua jam tu korang nak batalkan, boleh je telefon kaunter tu balik. Sebab bila dah habis pusing baru bayar secara tunai gitu.
Maka kami berjalan ke dinasour area. Tarikan terbaru di Zoo Melaka ni. Fuh, menangis jugak tengok peta dia. Besar. Kami pusing separuh je. Sebab Nadhira meragam, ngantuk plus panas. Pengalaman la jugak, sebab kami memang tak ada sedia kipas kecik. Hahaha tu yang pesan kat korang supaya anak korang tak meragam dan korang tak hadapi masalah sama seperti kami. Dulu masa Nayla kecik ye, semua benda disediakan demi keselesaan dia. Dah anak dua tiga ni. Dia macam... Serabut la nak fikir itu ini. Haha Kami dua laki bini ketawa ja. Jangan tak merasa berjalan bawak anak kecil. Dengan panasnye. Menarik juga sebenarnya. Sebab dorang penat, dorang tido. Nasib baik sekiranta mereka ni tak ngarok/meragam.
Pergi waktu tengahari, panas pulak tu. Memang masa berehat dorang la. Lagi-lagi dah kenyang makan nasi ayam tadi. Nayla tak kisah sangat sebab dia memang suka stay up. Najmi dan Nadhira ni. Tengahari je wajib tido. Kalau tak, fuh... drama pun bermula terutamanya Najmi.
Pintu masuk dinasour Area. Sebenarnya dalam bangunan tu jual merchandise dinasour kot. Tak masuk walaupun nak curi kesejukan. Sebab too much people. Aah~ no no. Kalau korang tengok di Instagram Aien, Ada video kami pusing-pusing dalam kawasan ni. Masa tu tengah rajin nak rekod semua. Haa, bila sendiri dah penat. Malas la. Hati la geram ngan mader-mader berusia ni tak nak jalan. Pakat duduk di kawasan rehat tunggu kami habis pusing. Penat dorang kata. Aiguu.. mahal-mahal bayo nak duduk je. Tapi tu la. Nasib anak-anak prihatin tempag buggy. Boleh jalan sesama. Dah sampai kawasan harimau Malaya kami berjalan, baru pihak pengurusan telefon kata buggy dah ada.
Sorang ja la pergi patah balik tunggu buggy kat depan. Tunjuk diri yang mana satu tempah kenderaan tu. Pahtu kutip la mereka mereka yang di kawasan rehat, dan kami di kawasan harimau Malaya. Yang bagusnya kalau tempah buggy ni kan bersama dengan pemandu arah pihak zoo, dia terangkan setiap binatang yang ada dalam zoo tu. Nama mereka siapa. Datang dari mana. Siapa jenis Aien yang lebih kepada hearing method learning, Mesti lagi suka naik buggy dan akan ingat setiap bait kata penunjuk zoo tu.
Macam ni kuda padi. Saiz yang ada ni adalah paling besar saiz untuk kuda padi. Ada anak dia juga tu, tapi cameraman dah penat. Tak leh fokus. Gula kurang dalam badan. So out of energy.
Dua ekor gajah betina daripada Pahang, seorang lagi berasal dari Johor. Yang tengah tu dari Johor. Namanya.. Ah lupa dah. Tu la .. Balik tak terus tulis. Memori pun tak leh nak absorb lama. Huhu
Satu-satunya burung Enggang dalam Zoo Melaka. Hensem betul la. Pemandu zoo yang bernama Atikah ni siap panggil nama dia. Menyahut tau korang. Adooo, orang Sarawak kata rindok ati. Macam terharu gituu. Dah la suara si Atikah serak serak serupa Ella. Boleh bayangkan la sekeliling boleh dengar suara dia. Orangnya kecil molek je.
Bila dah naik buggy, perjalanan dalam zoo ni terasa singkat benar. Kejap je dah habis. Aien tak jumpa gambar orang hutan. Masa kami pergi tu kan hari panas. Jadi kebanyakan haiwan-haiwan berehat la kan. Pahtu bila di kawasan monyet, orang utan dan seangkatan dengan nya, meriah. Dengan orang utan tu, tegak mengayakan dirinya untuk diambil gambar persis model. Ada Aien capture. Jap jap cari lagik.
Tak ada la. Iolls capture dengan mata ja sebab dah penat. haha Yang comelnya oRang Utan yang betina tu nama dia Mardhiah. Hobi suka kumpul sampah-sampah daun kering untuk menutupi badannya. Ini yang paling Aien ingat. Sebab terngiang suara Atikah panggil. Lebih dari 10 kali jugak nak mujuk si Mardhiah tu. Dia pemalu sikit, kata Atikah.
Tamat perjalanan di dalam Zoo Melaka tu, lebih kurang jam 3 lebih. Masing-masing kepenatan. Lapar. Maka jom cari makan. Bincang-bincang kata nak pergi makan Rojak Sotong. Tapi tutup pada hari Isnin. Haa, dah tak tau nak makan apa. Pahtu dah gerak, bawak ke Banda Hilir. Sebab angannya nak masuk Rumah 3D. Malangnya, bila dah sampai situ, Aien suggest Wong Solo, tapi mahukan goreng-goreng. Ibu menyusu nak makan nasi. Haha Bercanggah lak. Sudahnya makan mee kolok percuma dengan perasmian Haiyana Kitchen berdekatan dengan Pahlawan Walk tu.
Di sediakan dalam mangkuk pakai buang. Dan agak grumpy sikit Aien dengan servis dia yang eh... Air aku nape tak sampai lagi dowh? Haha Hungry man is angry man. Nak dapatkan mee kolok percuma pun kena isi borang kaji selidik. Pahtu bagi cadangan suruh improve ke apa sebelum korang dapat makanan. Aha~ bila dah makan. Nak isi lagi borang tu, dah ghaib. Haha Nasib aku dah lama tak makan mee kolok. Sedap la jugak. Allah.. rindunya.
Tak lama tengah makan, hujan selebat tidak. Habis kerusi meja yang dorang letak kat luar berterbangan. Sudahnya berteduh sampai jam 6 lebih. Nak pergi Rumah 3D memang tak sempat la sebab dorang tutup jam 7 petang. Maka, apa lagi Bukit Katil la dituju. Kami mengambil kesempatan untuk ziarah Malong Dijah di Kuala Sungai Baru. Fuh, jauhnya sejam lebih. Najmi dan sedap tidur dalam kereta. Langsung tak sedar diangkat masuk ke dalam rumah. Siap ngigau salah Ibu. Haha Kakak Naylaa dengan adik Nadhira sempat mandi. Ibu sembang dengan Malong. Bagi husband rehat dulu. Tak sempat pulak capture the moment. Lama dah Nayla asyik tanya, 'Ibu, malong mana bu.. ' bila dah dibawakkan dia shy shy cat pulak.
Rindu dengan kawasan Kuala Sungai Baru. Lalu di kawasan asrama lama, dah jadi Mr.DiY . Haha Sebab kolej Universiti Islam Melaka a.k.a KUIM tu dah dinaiktaraf jadi universiti. Makin maju la sistem dorang. Ada rzeki lagi kita pusing situ lagi. Dengan je dengan pengkalan balak. Cakap ngan husband, alang-alang dah hujung dekat ngan PD, boleh tak nak ziarah BFF pulak di sana? Haha
Nak tau dapat ke tidak? Nanti kita sambung lagi. Maka itu la cerita kami di Melaka. Diari percutian #noonefamily edisi Melaka tamat di sini.
Apa tempat di Melaka yang korang mesti singgah kalau ke sana? Cer share sikit. mana tau lain kali boleh singgah sama. 😃
aienienka
21 ulasan
letihkan kalau gi makan servis lambat gila
BalasPadamBetul. Memang stress lagi2 kita pergi dalam keadaan lapar dan orang serve mcm...
Padamalaaa xde gmbr homestay ke? hehehe.. saja nk tgk mana tau tetiba nak terjah melaka ke kan hehehe...
BalasPadamtgk ikut link fb dia Kak Ret Best. Selesa jugak. berbaloi la bagi aien murah.
PadamBestnya pergi zoo! Akak tak ingat bila kali terakhir jejak kaki ke sana.
BalasPadambeak anak-anak ye masuk. sendiri nak masuk.. eleh.. malas ler.
Padambestnya zoo melaka dh ada dino area...
BalasPadammun kelakar bahasa swak alu bunyi ngerepak alu koh.. hahaha.. dolok kmk salu gia mun nk ngerepak ngan urang di blog alu naik makei bhs serawak
Ya laaa.. Haha rindok ati ngan bumi kenyalang. sambil eksen nak ngajar anak tek. lalu tersaruk..
Padameh samalah, kita pun pergi makan kat kedai asam pedas pak man.Not bad kan harga dia.
BalasPadambetul. Tapi ada kata ada yang lagi sedap dari asam pedas pak man tu. Haha
PadamNasi ayam dia sedap.
Bestnya g zoo, om pun baru balik dari zoo taiping minggu lepas.
BalasPadamAda anak2 memang zoo jadi tumpuan. Tempat kenalkan binatang sekaligus bg dorang penat. Haha
PadamLama tak ke Melaka, last pergi bulan Januari haritu, sebab ada majlis kawan...Nona pun belajar kat Melaka dulu...UniKL Melaka ...Huhu..Kalau bercuti dengan parents, mesti singgah area yang ada kapal tu, kalau gi sendiri atau ngn kawan..suka gi taman botanikal..boleh sewa basikal...boleh round dalam tu...huhu... Err..Zoo Melaka dah ada macam macam ek....Pernah g sebelum covid dulu, dorang ada jadual show untuk show burung, show haiwan ikut time time tertentu
BalasPadamMasa Aien pergi, show tu macam tak ada. Dah ada tempat Dinasour tu tarikan baru dia.
Padam.
Tempat kapal tu mungkin Banda Hilir. Taman Botanikal pergi camp kat situ.. Uish.. xleh tido teman. Haha
Dah lama sangat tak masuk zoo Melaka ni.
BalasPadamHarus pergi.. Best!
PadamJarang jumpa tempat susah cari kedai waktu malam. Selalunya siang yang susah. Bestnya homestay kolam besar. Budak-budak dapat tu tak keluar pun takpe. Tak sampai lagi zoo melaka. Nak nengok dinosaur
BalasPadamTak susah nak jumpa, tapi kalo perut dah lapo.. Bedal je la mana yang nampak. Haha
PadamPergi jangan tak pergi. Tengok Mardhiah sembunyi disebalik daun. Hahah
Bestnya pergi zoo.Teringin nak pergi. Tapi bila tengok map. Okey!!Sekian Terima kasih!!Ha3
BalasPadamAduh!! Rindu pula nak ke Melaka..
BalasPadamMacam-macam makanan best kat Melaka tapi tu lah.. sesak nya tak boleh bincnag..
memang, 3 tahun dok melaka pun tak sanggup nak redah jammed. ramai giler
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤