Cuti-cuti 2 hari 2 malam ke mana kah kita?

Selasa, November 23, 2021


 

Tu nah, rangkum sekali la. Sebab yang ni bukan panjang pun langkah kami. Bila baca review orang lain semua lawa-lawa je gambar. Kita ni amatur lagi. Haha Tapi review ikhlas daripada hati Ibu anak tiga. Gituu... 

Dari Melaka 2 hari 2 malam , melihatkan semua macam tak ada plan lagi nak ke mana, kabo dengn husband. Alang-alang kita jalan, ajum la naik ke PD. Nak jumpa kawan main masa kat kolej dulu. Mula-mula bila di kabar tu dia senyap. Esok paginya baru dia ngajak, kata nak g PD? 

Aien apa lagi, orang offer, jangan menolak. Ajum kita jalan puas-puas. Hahaha 

Perjalanan daripada Melaka bermula jam 10 pagi. Ikut highway, sampai PD sekitar jam 11 lebih. Pahtu kami singgah la makan kejap di Warung Salai. Orang kata kalau dah jejak Negeri Sembilan, jangan lupa pekena dorang punya lemak cili api asli daripada Nogori. 



Masa dah sampai tu baru cari la kan apa nak makan. Unplanned vacay, gitu la. Haha Ada banyak makanan harus dicuba di Port Dickson ni, malahan Nasi Ayam juga terkenal la di antara tempat makan paling sedap di PD ni. Cuma saja memilih nak makan sini. 

Kalau macam Aien ritu, google macam konfius kenapa dia tunjuk Langit-langit Hotel, rupanya sebelah je dengan hotel bajet ni. Pin point dia situ la. Don't worry. Follow je maps yang dibagi by carian google tu. 


Musim corona ni, begini la SOP untuk masuk premis. Comel je macam set up nak pergi majlis kawen orang. Dah la pasang lagu kenduri jugak. Fefeeling gitu. Masa kami sampai belom lagi jam 1. Jadi belom ramai lagi orang. Orang ramai mula berpusu-pusu ke sini sekitar waktu makan tengahari. memula tulis belom jam doblas. sekali tengokp snap gambar dah 12.30. Haha 


Dibagi menu, dan list order. Haa, pilih jangan rambang mata. Yang penting semua menu salai dan masak lemok cili padi. Ada anak kecik boleh juga order keropok ataupun sup kosong bersama nasi dan telur dadar. Air kami amek pakej satu jag sebab warung pun suggest amek satu jah jika lebih dari 4 orang. Kami jenis suka minum air, jadi order satu jug. Senang! Order sampai dalam 5 minit kemudian. Laju!


Pardon my messy review. Haha Pakat dan la noo. Husband masa tu dia nak order ikan keli salai. Habis dah walaupun belom lunch time. Musim cuti begini kan. Memang orang akan serang lagi-lagi tempat viral. Warung Salai ni mempunyai cawangan seluruh Negeri Sembilan kalau tak silap Aien. 

Makanan kami 4 beranak tu, tak sampai RM40.  Rate kesedapan. 4/5 . Boleh la kan? 


Lepas makan, kami pusing balik ke pantai di lampu trafik tadi. Omoh! These kids suka sangat dengan pantai. In shaa Allah panjang umur ada rezeki kita camping tepi pantai ya anak-anak. 


Melihat air laut, tenang sekejap dengan perjalanan yang memenatkan. Capture this moment, simpan sini. Moga korang ingat. Ayah ada bawak kita jalan-jalan. Moden mom be like. Orang dulu simpan dalam album. Kita simpan kat google. 😁 

Lepas tu, rehat sekejap di rumah kawan Aien zaman kolej dulu. Kami borak-borak, anak-anak layan kartun. Tok laki nak tido dapat lelap kejap je sebab Nadhira nangis tak mau tido dalam bilik sejuk. Letak luar, beralaskan toto pengantin baru, Hamboi~ sampai nak gerak jalan, disalinkan diapers pun masih nak pejam. 

Sebelum maghrib, kami teruskan perjalanan naik ke Shah Alam. Ziarah adik-adik Aien di sana pulak. Terkejut dorang kami buat suprise. Haha Sudahnya jam 10 baru sampai. Kepenatan memasing. Plan asal nak tido semalam ja, pahtu gerak balik Johor. Tapi digoda oleh Mak Teh bebudak ni suggest ajak bebudak naik train singgah KLCC, ayahnya terpengaruh. Merasa la ibu ayah bawak anak-anak naik train. Padahal naik bas belom lagi. Haha

Journey Padang Jawa - KLCC - Watch Shark Doo Doo @Aquaria Suria KLCC


Kami bertolak dari Padang Jawa jam 10. Adik suggest, keluar jam orang dah tak bersesak nak turun kerja. Balik sebelum orang bersesak balik kerja. Alhamdulillah perjalanan kami penuh adventure. Haha 


Ibu simpan sini ye anak-anak. Muka happy Nayla dapat naik keretapi api. Kalau masa perjalanan ni, Aien banyak update di IG Story je. Nanti kita update reels pulak. Kami parents pun excited sebab lama dah oi tak naik. Nervous dia usah la dikabar. Haha 

Siap-siap tambah nilai di kaunter KTM Padang Jawa. Senang. Tinggalkan kereta di situ, bawak stroller dan carrier siap-siap. Sebab Najmi could be grumpy bila dia dah penat. Guess what? Mother sense tak pernah salah. 😂😂 Memang huru hara la bila dia dah grumpy. Tiba di KLCC. Allah  jakun. Haha Tetiba rasa, I'm not belong here. Padahal, dulu teringin sangat nak hidup di kota. Pusing-pusing cari Aquaria saja dah sekian. Punya ingat Aquaria tu dia di bangunan atas. Rupanya dia kat bawah tanah. 


Sempat dua kali pusing di Taman Suria KLCC ni tau. Basah ketiak. Haha Pengalaman sangat. Masa ni Aien dengan husband gelak sesama kami. Dua-dua pulak first time masuk Aquaria. Memang Haha 

Sebelum masuk, kami makan sekejap. Isi perut . Masing-masing dah penat. Masa ni Najmi grumpy sebab dia sleepy, nak duduk dalam stroller je. tapi ayah dia suruh keluar bagi adik duduk. Apa lagi dia. Pasang lagu la. Ibu lak pilih menu tak tau nak makan apa. Memang tak sempat snap menu, dah dapat makanan terus makan. Tak toleh kiri kanan sebab tempat duduk situ terhad. Usai makan, settle diapers anak-anak baru beratur. Itu pun. Biasa la. no komen. 

 
Tunggu ayahnya beli tiket dulu. Masa beratur di luar tadi, jika sesiapa belom beli tiket secara atas talian kena tunggu dalam 15-30 minit selepas ambil no whatsapp pihak pengurusan. Musim corona, sebab kena ada had dia.  Dah dapat masuk, scan semua, husband beratur di kaunter tiket. Kami duduk di dewan kecil di sebelah tu. Bagi mengelakkan sekampung beratur. Anak-anak dah teruja sangat dapat tengok shark dudu. Nayla la terutama. Najmi ayah dia bagi gred C atas behaviour dia. Haha Paling grumpy. 


Sesudah beli tiket dengan dapat diskaun penjawat awam lebih kurang RM10 untuk tiga orang. Jika tidak harga biasa RM49/orang. Najmi dan Nadhira tak ada bayaran.


Nadhira dah happy duduk diam dalam tu. Tinggal tidur je belum. Najmi grumpy tak mau dipegang tangan dalam orang ramai tu. Geram je hati ibu ni tau. 


Bila dia tengok ikan dia happy. Lost dalam imaginasi dia. Sambil-sambil tu explain la ikan apa ikan apa. So that jadi school trip untuk mereka. 


Masuk terowong ni, Aien tengok ramai je dapat amek gambar lawa. Kenapa gambar aku? Hahaha such an amatur! Geram je hati ni. Kena belajar banyak lagi kalau nak buat review ni. Haha

Tamat sesi Shark Doo Doo kami jam 4 lebih. Dari KLCC naik LRT ke Kl Sentral. Masa ni masing dah mengantuk. Memang pengalaman habis la. Sampai kat KL Sentral, Nayla hampir-hampir dikepit pagar tu. adooo.. Dah penat. Jalan pun separa mamai. Dari KL Sentral jam 5 petang. Nasib orang tak ramai. Sampai Padang Jawa dalam jam 6 dah la. Apa lagi bergegas la balik. Nak baring kejap sementara malam nanti nak keluar lagi. Bawak adik-adik makan. Sudahnya jam 9 keluar. Esok kan nak deepavali. Pergi makan kat mana tak ingat la. Mood nak snap-snap pun aiguu.. I put my phone away. Nak enjoy our siblings time. 


Thanks untuk mereka yang pro dan camera yang lawa ni, amekkan gambar kami satu keluarga. Penat dah muka. Tunggu makanan lambatnya sampai. Haha 

Sesudah makan, ingatkan nak bawak anak-anak pusing-pusing ke Dataran Merdeka untuk elak balik jam 12 tengah malam sebab raya kan. Bebudak lak takut dengan bunyi macam nak g perang tu. Sekali, dorangnya dah ketiduran. Penat! Pahtu sampai Dataran pun, ya rabbi. Sejuta manusia.  Dengan anak-anak dah lentok,ajum la kita fefeling dating sekejap.

Pulang rumah, basuh kaki basuh tangan. Bunyi perang masih berlangsung, akhirnya mereka tidur berpelukan dengan si ayah. Ibu sembang dengan Macik sampai kol 4 lebih pagi. Itu pun macik cakap esok dia nak kerja. Haha Yang sorang lagi dah berlayar jam 2. Maafin akak mu ini. Dia so excited dapat jumpa korang setelah dua tahun kot tak jumpa. 

Esok pagi, kemas-kemas siap terus jalan dan balik Johor. Adik ajak lunch di -- again, lupak! Heh.. 


Makan la di Fish and Chips ni. Nak makan macam dah kenyang dengan appetizer dia. Nayla syiok dapat dibagi peluang pilih menu dia sendiri. Dan kami bungkus fish fillet dia bawak balik Johor, sudahnya. Huwaaa menghampakan laa. Dapat la kucing-kucing mak makan ikan mahal. Bwahaha


Selepas makan, kami singgah ECo Shop dia dulu. Haha Tunaikan janji nak belikan Nayla toys. Sebab masa di Aquaria, dia nak dinosour di sana. Lain kali ye nak, doakan rezeki ayah ibu murah kita beli patung tanpa tengok harga. Syiok la Mateh belanja. Sampai balik menyebut nama Mateh dia. 


Lepas Zohor, kami bergerak pulang ke Johor. Itupun singgah di RNR sebab ngantuk sangat dah husband. Dapat tidur 30 minit, baru kami mulakan kembali perjalanan. Sampai Pekan Nenas jam 6.15 petang.  


Alhamdulillah tamat sudah perjalanan kami di sebelah sini. In shaa Allah akan update lagi untuk pulang kampung Opah. Bebudak dah tak sabar dah nak naik kapal terbang. Sampai jumpa lagi~ 

16 ulasan

  1. berjalan sakan naa..puas kan bila sekali sekala bercuti mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan selalu. Mana tahu tahun depan kena kurung lagi. Haha

      Padam
  2. last month saya ke PD juga, sempat la bergambar kat pantai cahaya negeri . Lawa gile amek gambar kat situ , air pun hijau jernih . lepas tu makan kat tempat viral tu , Port lanun . Nak try kings char kuey tiow , tapi berbaris panjang . parking susah , cancel la .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kami pergi tutup. Haha Benda viral memang begitu.
      .

      Lain kali ada rezeki boleh pergi musim boleh bawak anak-anak main di pantai. :)

      Padam
  3. Betul-betul cuti ni. Saya pun dah lama tak naik KTM. Bab ambil gambra tu biasalah kalau nak handle 3 orang anak memang susah nak dapat angle cun. Cuba lagi ye. Hehe

    BalasPadam
  4. Wah.. jauh perjalanannya tu..
    sha pun tak sampai lagi Aquaria tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada rezeki lebih boleh bawak anak-anak kak Sha. Best. Ada ikan shark doo doo. Haha

      Padam
  5. seronok dapat berjalan sakan dengan anak-anak macam ni kan. Nanti masing-masing dah besar, diorang pakat jalan-jalan dengan kawan-kawan pulak - pinjam ayat mak akak. Ha3!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la tu. Betul. Masa kecik je dorang nak jalan ngan kita. Bila dah besar, kawan la dunia dorang. Hee..

      Padam
  6. Bestnya jalan-jalan main terjah je macam ni. Banyak tempat boleh explore. Tapi lepas tu dia punya penat tak boleh bawak bincang. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la. Haha terkejut je sana sini. Ikut dan je. Tangkap muat kata orang. Baru teruja. Haha

      Padam
  7. bestnye jenjalan PD. Selalunya pd ni full bila nak booking. seronok sesekali bercuti kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤