Main Mahjung Online, tingkatkan fokus diri

Jumaat, November 12, 2021

 


Mana la pergi si Aien ni. Balik dari cuti terus ghaib tak ada kabo. Ada yang rindu saya ke tuu? Haha Perahsan sungguh la kan. Ramai dah rakan blogger mula fokus dengan life dan spend time dengan family hujung tahun ni. Al-maklum dapat peluang rentas negeri apa semua, gunakan sebaik mungkin. Risau sejarah mungkin berulang lagi ye dak? 


Aien pun la kan  sejak bercuti hilang sebab memasing penat, pahtu kena demam+selsema+batuk anak beranak akibat kelelahan berjalan. Banyak sangat fikir hilang semua list to do untuk November ni. Terabur! Jadi meh kita amek mood dulu la kan. Weh, terjumpa satu web ni. Game lejen lain lagi sejak ritu dah main game ulor. Dah jemu kita cari lain. Haa, gitu. Jumpa pulak laman sesawang  solitaire.org and guess what? I found my another favourite game. 



Dah berkarat tak main ni, asyik gagal dan gagal je. Eh, ko pehal? Susah nau! Setelah diulang sejuta kali. Baru la dapat menang sekali. Haha Sekali pun cukup la kan. Janji puaskan hati sendiri. Ye la. Kita ni nak relax-relax amek mood. Nak mula buat kerja yang banyak dah bertindih ni. Kalau boleh nak selesai sebelum balik Sarawak nanti. Eh, mana yang Aien menang? Jap jap.. Amek carinya dolok k.. Alaaa... anak p delete.. Tak jumpa mana... sesungguh aku ada menang sekali. Serius game ni susah. Eh, challenging gitu. Tapi best. Korang kalau nak main, boleh usha kat https://www.solitaire.org/


Mahjong China, kegemaranku.

Acee, tajuk kau milah.. Serupa macam nak minang anak teruna orang. Haha  Lepas dah frust la tadi menang sekali je dengan permainan kad tu. Moh kita cari permainan lagi senang. Dan kita jumpa game mahjong ni. Antara banyak-banyak permainan yang ada di laman sesawang Solitaire.org ni, jenis permainan macam ni je Aien berkenan. Entah la awak. Saya ni orangnya tenang saja. Tapi gelabah. Haa, bila tak jumpa pasangan dia, mula la gelabah tengok masa. Ko rasa boleh menang ke? Jom.. Tengok macamana Aien main game mahjong ni. 



Game ni kena rotate dulu skrin telefon korang tu. Baru puas main. Acee salam sikit dengan gadis di pintu hadapan ni. Korang tau tak macamana nak main ni? 


Don't worry. Dia ada cerita macamana cara untuk main permainan ni. Senang je. Cari la dua gambar sama. Padankan. Kalau sama dia terus hilang dan kira markah korang. Jika tidak, markah korang akan ditolak. Bila korang terlalu banyak shuffle batu-batu tu pun dia tolak markah. So, beware okay? 


Level 1. 

Uish.. kacang ni. Zap zap zap.. Dalam lebih kurang 10 minit dah selesai. Haa, syiok la nak teruskan ke peringkat seterusnya. Padahal. Malam sudah hari.  Kata nak amek mood nak buat artikel, update blog. Sudahnya terpengaruh dengan permainan suai padan ni. 


Level 2. 

Nampak agak sukar sedikit percaturan dia. Game mahjong online ni agak berbeza kot bagi Aien kalau nak dibandingkan dengan mahjong yang kita selalu tengok mak cik - mak cik Cina selalu main dalam drama atau filem tu. Sebab yang tu kena kocak dulu ke acaner. Yang tu, tak pernah main. Sebab ada unsur taruhan. Yang ni, tak ada. Senang la nak main. 
         


Korang kalau suka game simple lagi suka nak cabar diri boleh tengok di website solitaire.org atau tekan gambar di bawah ni. Terus bawak korang ke dunia permainan Solitaire. 



Dalam dunia permainan tu, semestinya akan ada pelbagai jenis permainan yang korang boleh pilih berdasarkan minat korang tanpa perlu muat turun sebarang aplikasi. Senang kan? Main je kat web. Sebenarnya lagi mudah kalau boring-boring masa lunch hour, sementara tunggu runner grab food hantar lunch korang. Main la kejap. Jangan tak sedar runner sampai sudah la. Leka pulak. Terlepas masa makan. Haha Itu idea saja. 

Dah, Aien pun nak sambung main mahjong ni. Sambil fikir menu apa untuk sarapan besok. Good Night! 




10 ulasan

  1. Wowww! Tak pernha kumain game mahjunggggg..online or offline..HAHAHA..Naisss!
    Boleh try nanti bebila freee..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha boleh cuba main. game simple je ni.

      Padam
    2. assalammualaikum =)

      yaya pun pernah main 2-2 game online ni masa remaja dedulu hehe tp bukan online la..mse tu teruih download kt pc haa xde tenet pun onz ja game gituu =p

      Padam
  2. Game mahjung tu tak pernah main pulak. Pernah main game solitaire tu je Aien.

    BalasPadam
  3. Tak pandai main mahjong. Selalu kalau ke web Solitaire.org tu main game lain

    BalasPadam
  4. game mahjung tu ketagih sangat. haha. dulu main masa offline kat laptop boleh ngadap lama main nya :D

    BalasPadam
  5. main mahjung mama tak pandai. main solitaire panmdai

    BalasPadam
  6. kalau main secara real bagus juga hehehe

    BalasPadam
  7. mahjung ni kalau main live macam cina nun, confirm2 akak kalah.Ha3.
    Kalau main online ada lah terer sikit.

    BalasPadam
  8. suka juga main solitaire dengan mahjung china tu.. hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤