Triple N first Staycation at Amansari Hotel Desaru plus pakej Adventure Waterpark Desaru Coast

Ahad, November 07, 2021




Hi, Hi! Baru dapat tarik nafas untuk mengemaskini perjalanan percutian pertama kami sebagai berlima. Permulaan staycation kami di Amansari Hotel Desaru, Bandar Penawar. Port paling wajib untuk Encik Laki pilih kalau dapat bercuti bersama. Untuk kali ni, Aien syor pada dia, apa kata kali ni kita tido hotel pulak. Dapat anak-anak pengalaman tidur hotel buat pertama kali. Kena pulak dengan Amansari Hotel ni, memang suka sangat mereka. Pilihan kami Family Suite yang cukup luas untuk  lima beranak. Al-maklum la kali pertama bawa anak-anak tidur hotel, mesti kena cari yang selesa. 


Untuk Family Suite siap ada ruang tamu, ruang makan, dan juga sofa bed lagi tau. Di bahagian pantry tu pulak tersedia pemanas air, air mineral, kopi 3in1 serta ada peti sejuk kecil. Untuk bf mum atau kids yang makan makanan mereka sendiri, sesuai sangat la bilik ni. 


Huru hara masing-masing buat pemeriksaan. Ke sana sini mereka teruja melihat ruangan baru.  Yang seronok buat kami dari bilik bernombor 01 di tingkat 12 ni, dapat sunrise view. Lepas subuh, laki bini dok acah-acah honeymoon bersembang layan view. Phew~ Anak-anak tidur kepenatan mak ayah dapat la couple time. 😃



Ruangan yang sama sudut yang berbeza dan keadaan yang lebih kemas. Maaf laa, dengan anak-anak serupa begini la. Tak sempat nak capture gambar elok-elok, dorang dah terjah dulu. Tinggalkan jejak di sana sini. 


Bila dah datang satu keluarga, satu katil sahaja pasti tak cukup. Kreatif pihak hotel menyediakan sofa bed di ruangan hadapan untuk anak-anak baring dan bermain serta menonton kartun di kala kepenatan. Kalau korang nak bawak toto extra atau bantal serta selimut pun tiada masalah. Hangkut je. Janji tak hangkut yang hotel punya balik ja. 😂



My first reaction, Wow! A Huge bed! Yok yok jakun eh.. lama nau tak tido hotel. Lepas gian Ibu oi.  Najmi puas buat inspection tu. Sana sini dia cek. Dia dulu yang cek view di sebelah tingkap tu. Nayla pulak cek keselesaan katil yang ada. Siap tanya, Ibu kita tidur sini ke? 



Kebimbangan mak-mak dan para wanita bila tidur hotel adalah, adakah mereka menyediakan khidmat sterika. Ah Ah~ di Amansari Hotel ni pakej wak. Semuanya lengkap. Awak nak apa ja semua dah tersedia dalam bilik dia. 



Sterika, papan sterika, laundry bag, sejadah, pengering rambut, peti keselamatan, tuala tu semestinya la kan. Impress la dengan permulaan harga RM260 untuk Family Suite, awak boleh dapat segala kemudahan sekaligus dengan sarapan pagi untuk dua orang. Dalam kita bercuti, terima kasih pihak hotel mengingatkan kami untuk solat. Memang berpuas hati Ibu dapat ke mari. 


Selain daripada itu, jadi mak-mak ni semesti ada barang tertinggal. Itu la, ini la. Korang jangan risau, SKS Mall di seberang hotel saja. Dengan berjalan kaki korang dah boleh dapat apa yang korang cari. Jangan la cari siakap viral, memang tak ada la kan. 😬 Kalau cari sunscreen sebelum nak mandi manda ka, haa SKS Mall ada. 


Belanja sunrise view dari tingkap bilik. Macam naik gunung pulak rupa dia.  Sibuk layan view, tunggu anak-anak bangun nasib sempat turun sarapan pagi. 


Sejenis ibu tak suka turun selenge, mandi siap-siap.. Haa, sekali turun bawah, kena tunggu sekejap sebab meja penuh. Tunggu pun tak lama wak. Dalam 2-3 minit gitu. In shaa Allah ada orang keluar. Jadi kalau jenis tak suka menunggu, boleh je nak turun lepas subuh tu. Haha


Suka Nayla dan Najmi jumpa makanan kegemaran dorang di waktu sarapan pagi. Terus tak pandang dah sarapan nasi lemak ibu. Ada banyak lagi pilihan untuk sarapan pagi. Pilih la ikut tekak korang. Kalau ada penambahan selain daripada kupon sarapan pagi yang diberikan untuk dewasa cuma RM30 manakala kanak-kanak RM20 saja. 

Jika korang juga berminat nak bercuti ke Bandar Penawar, Johor korang harus cuba ke sini. Alang-alang untuk jimat sekaligus dengan penginapan, korang boleh try pakej di Amansari Hotel Desaru termasuk 2 kupon sarapan pagi dan 2 tiket ke Adventure Waterpark Desaru Coast bermula dengan harga serendah RM230. 

Jika ada sebarang pertanyaan korang boleh hubungi pihak hotel di: 

 
Laman web rasmi

Alamat
No. 127, Jalan Kempas 1, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor.

Nombor telefon
+607-828 0200

Nombor Faks:
 +607-828 0210

Email
info.hd@amansarihotels.com



Adventure Waterpark Desaru Coast 

Dah alang-alang ke Bandar Penawar semestinya kena main air di Desaru Coast. Kami amek siap-siap pakej hotel+main air. Jadi tak perlu risau bajet lain. Al-maklum musim air pasang, Encik Laki tak berapa berani nak bawa anak-anak kecil mandi pantai. So, kita tukar plan, mandi di waterpark je. Pun best tau. Kelelahan Nayla dan Najmi main dari satu port ke satu port. Cuma bila guardian hanya la ayah dia sorang, tak boleh lama-lama. Kepenatan si ayah. Dari hotel cuma ambil masa 10 minit perjalanan untuk ke Desaru Coast ni. 





Okay, Nayla dah asyik tengok belakang sebab tak sabar nak mandi. Najmi moody sebab masa untuk dia tido. Bila dah tengok air kat dalam, apa lagi  terus bangun la dia. 



Untuk pengetahuan korang, Adventure Waterpark ni dia tak buka hari-hari tau. Dia cuma buka pada hari Jumaat-Ahad saja. Bermula dari jam 10 pagi dan tutup sehingga jam 6 petang. Jadi  kalau korang nak pergi boleh tempah tiket awal di website Desaru Coast di mana mereka tengah buat promosi RM50 sahaja sehingga 5 December 2021 tau. 



Adventure Waterpark ni cukup besar untuk korang main puas-puas. Aien kalau Nadhira besar sikit memang terjun sama la. Lagi-lagi ada Roller Coaster tu. Ibu ayah mengenangkan anak-anak ja ni. Haha Main la di Tilda Wave Beach je. Kena ombak pun melayang jugak Najmi yang masih mamai tu. Untuk keselamatan, pihak pengurusan ada juga menyediakan safety jacket untuk kanak-kanak mahupun dewasa. Nampak kan, besar ombak di Tilda Beach ni. 


Bersebelahan dengan pantai tu, Roller Coaster. Uish~ memang menggoda. Kumampu pandang sahaja. Next time, kita repeat lagi. Bawak anak-anak naik sama. Have fun sama-sama. 


Pemandangan di Tilda Wave Beach. Nasib baik pergi orang dah tak ramai sangat. Mungkin orang bermula dari tempat yang ekstrem dulu baru santai-santai di pantai. Kami pula bermula di pantai. Baru bawa anak-anak pusing ke bahagian lain. 



Memang cantik langit. Terubat la hati setelah sekian lama PKP bila dapat view macam ni. Dapat hirup udara selain daripada rumah sendiri. Okay, Ibu is puas hati. Mari la kita pulang. Anak-anak pun penat. Kita rehat, in shaa Allah ada rezeki kita datang lagi. Berkenan nak ke Adventure Waterpark Desaru Coast korang boleh buat pembelian tiket awal boleh tengok di website: 

18 ulasan

  1. wow..bestnya... tak pernah lagi bermalam di amansari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harus dicuba kak. Syiok tak terhingga ibu lepas gian. Gitu..

      Padam
  2. aipp tergoda ni nak pegi ni...hikhik siakap viral xdak mujur..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti tergoda! Tanda pujukan Iolls berjaya. Haha Best AD. Dapat la main air.. fuuuuhh~ tak ingat dah katil empuk tadi.

      Padam
  3. syokkan.. bilik luas kat mansari hotel, makan sedap.. lagi2 dapat mandi-manda kat adventure waterpark desaru coast.. anak2 akak tak nak balik hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul2.. sama dengam budak2 ni. mabuk terhuyung hayang jalan pun masih nak main lagi.

      Padam
  4. Nampak happy bebudak tu haaa bercuti, lama tak keluar rumah kan..
    Selesa dan luas juga biliknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan ibu dia sekali jakun. 😂😂 Yep betul. Sungguh tak menyesal ibu kemari. hehe

      Padam
  5. Syoknyaaaaa! Syoknya berrrcutii!
    [ernah pergi sebelumni, Nona suka beach tuhhh..hehee..nanti ada siren bila ombak nak kuor...Mainan kt tempat bebudak tu pun best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan, Ibu mampu tengok je Nona. Hahah Nak join xberani nak bawak nadhira masa tu.

      Padam
  6. Best jugak staycation kat Amansari ni. Bilik luas dan selesa untuk percutian family. Ada waterpark tu yang budak budak lagi seronok datang sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Memang seronok.. Kak pun boleh buat family day je ni ke sana. Hehe

      Padam
  7. Uish memang berkenan sangat. Ok take note manalah tau tiba-tiba sampai ke Desaru

    BalasPadam
  8. berbaloi sungguh siap pakej masuk waterpark..nak cari makan kat area hotel pun senang

    BalasPadam
  9. bestnya. mama tak penah sampai lagi kat sini

    BalasPadam
  10. Best biliknya. Ni kalau akak masuk ni of course berangan macam rumah sendiri!!Ha3.

    BalasPadam
  11. Pergh!! Best betul dapat layan sunrise.. memang percutian yang menyeronokkan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤