PENDAPAT SELEPAS MENONTON
Lama betul Aien peram drama ni. Baru dapat tengok. Bila dah tengok, adik ipar cakap drama ni tengah ditayangkan di 8TV. Tapi, tak pasti jam berapa. Biasa jam 9 malam la kan?
Mula tengok, aish~ kind of boring dan slow jugak momentum drama ni. Lagi-lagi kita dok tunggu apa kaitan dorang ni dengan kayangan tu. Jauh nuuuu dah 40 episod baru reveal. Dia bagi kita layan dulu kisah cinta antara Xuan Ji yang tidak berperasaan itu dengan Si Feng yang sangat berdedikasi, namun dilarang untuk bercinta.
Hampir seminggu juga pulun tengok drama ni. Bila dah part best sikit, sayang pulang nak skip. Kejap tengok kat TV, sebab dah ada kat Netflix. Sekejap tengok kat fon. Sampai Nayla pun cakap, Ibu nak tengok drama Ibu ke? 😂 Dan mereka pun bermain saja.
Okay, berbalik pada kisah Xuan Ji dan Si Feng. Aien rasa macam nak skip je sampai part yang mereka perlahan-lahan tahu kisah silam mereka melalui cermin lampau. Cermin Lampau itu merupakan barangan kayangan yang telah dipecahkan dan Xuan Ji harus mengumpul semua cebisan cermin itu untuk mendapatkan derianya kembali.
Xuan Ji yang selama ni polos dan naif, mula menunjukkan rasa hatinya bila si ayah, Ketua Shaoyang melarang beliau untuk mendekati tapak rahsia simpanan Shaoyang. Dia dapat masuk tu pun sebab secara tak sengaja bersama dengan Si Feng. Secara tidak sengaja juga, Xuan Ji menanggalkan topeng muka Si Feng, sebagai tanda pengikut Istana Lize.
Nasib juga jalan cerita senang nak faham. Macam predictable, tapi unpredictable. Haa gitu la~ Tapi, slow namati. Setiap cebisan cermin Lampau yang diperolehi Xuan Ji secara tak langsung mendedahkan kisah silamnya sekaligus mengembalikan satu per satu derianya.
Hao Chen, senior Xuan Ji agak terkejut apabila mendengar Xuan Ji tahu akan cermin itu. Aien dah mula saspek dengan Hao Chen ni. Dia macam baik, tapi jahat. Gitu la..
Dalam pengembaraan Si Feng dan Xuan Ji mencari cermin tu, bermacam perkara yang mereka lalui. Berhadapan dengan masalah orang kampung yang sentiasa memandang tinggi pada pertapa. Bila selesai satu masalah, Si Feng dan Xuan Ji terpisah dengan kawan-kawan yang lain. Masa ni, Xuan Ji dapat kembali pedang Dingkun, iaitu pedang semasa dia menjadi Dewi Perang. Si Feng mula menyelesai teka teki diri Xuan Ji. Apatah la Xuan Ji dapat membuka topeng muka Sumpahan Cintanya. Namun, disebabkan Xuan Ji tiada perasan, Si Feng masih juga terkena sumpahan itu walaupun topeng ditanggalkan.
Bila ketahuan dengan penolong ketua Istana Lize Yuan Lang, Si Feng tak faham kenapa penolong ketuanya itu terlalu busuk hati dengannya. Rupa-rupanya Yuan Lang ni la iblis bertopengkan syaitan. Haa, gitu busuk hati. Tamak semua kat dia la. Yuan Lang nak khianat semua sekta untuk dapatkan khazanah kayangan yang menjadi jagaan kelima sekta yang ada demi melepaskan Raja Syaitan. Iaitu bintang Mosha, Rahu Cetu.
Dipendekkan cerita, rupa-rupanya Chu Xuan Ji itu adalah Dewi Perang dan sebahagian daripada Bintang Mosha. Dia diciptakan untuk kayanagn oleh Raja Bailin yang obses konon nak hancurkan kejahatan. Tapi, peluang yang boleh diambil ketika Alam Syaitan menawarkan kedamaian tidak digunakan olehnya. Bahkan dia membunuh kawan baiknya sendiri.
Sedih bila tahu Si Feng 9 kali hayat dia bersama dengan Xuan Ji tetap mati ditangan wanita itu tanpa sebarang ihsan, untuk hayat ke 10 ini dia tetap menunggu Xuan Ji untuk setia dan cinta padanya kembali. Bertambah sedih apabila sebenarnya deria rasa milik Xuan Ji itu ditutup oleh Raja Bailin demi terus memiliki Dewi Perang di sisinya.
Geram aje nengokkan Hao Chen a.k.a Raja Bailin ni. Konon kata tak suka dengan Dewi Perang. Buat semua itu untuk kesejahteraan Alam Kayangan. Hakikatnya dia tamak untuk menguasai ketiga alam. Sudahnya dia mati bersama Rahu Cetu sebagai balasan atas perbuatannya.
Mesti la kesudahan Xuan Ji dan Si Feng dapat bersama. Dan mereka memilih untuk hidup sebagai manusia berbanding di alam kayangan. Rupanya Si Feng itu jelmaan Burung Phoenix merah a.k.a anak raja di kayangan juga. Apa ntah nama dia lupa dah. Bila di dunia, dia anak separuh syaitan. Tapi, itu tidak menjadi dia berhati busuk.
After all, ending 59 episod ni boleh la sebab happy ending kan. Sia-sia tengok? Bagi Aien okay je, sebab tu la kena amek mood setahun kemudian baru boleh tengok. Kalau tengah tayang, alahai... Jika korang malas nak tengok, baca je la review pendek ni. Dah tau kan point utama cerita ni. Selebihnya cuma rencah tambahan je.
3 ulasan
lamanya xlayan drama cina.. hihi
BalasPadamdapat bayangkan cerita ni dgn background dia macam mana. lama tak layan
BalasPadamAduh.. Panjang gila.. Part kayang pun ujung sangat baru dia letak ye..
BalasPadamKalau Sha nie memang tak sabar.. hahaha
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤