Cuti-Cuti Sarawak: Bahagian Satu. Johor ke Miri

Khamis, Disember 09, 2021

 


Hi, baru nak ada mood taip ni haaa.. Mood bercuti masih pending leave ni. Korang apa kabar? Mood hujung tahun ni ramai nak take five dari segala media sosial kan? Nak rehatkan minda sebelum mula tahun baru yang dengar-dengar lebih mencabar lagi. semoga baik-baik sahaja kita kan. 

.

Minggu lalu, kami sekeluarga telah direzekikan untuk pulang ke Sarawak setelah hampir 3 tahun tidak dapat pulang ke sana. Alhamdulillah, seronok sangat dapat bawak anak-anak jumpa Atok Miri dengan Opah mereka. Direzekikan pulang dapat jelajah separuh daripada Sarawak atas idea gila atok Miri deme ni. Phewww~ jangan tak merasa kan? 

.

Sabtu 8.30 pagi. Bergerak dari Skudai ke Senai Airport. Naik Grab. RM18 Dapat Toyota Vios. Okay la. Dua luggage je kot. 

.

Bayangkan dah siap turun bawah, Nadhira boleh pulak berak. Haha Timing cun cantik. Selalu kalau duduk rumah jarang amat dia nak poo pepagi gitu. Nasib suruh Ibu senam sikit naik atas lagi. Dah half way ke Senai, baru teringat. Kiriman mak mentua untuk Umi terlupa. Allah. Kecik hati orang tua selamba aku kasi tau aku terlupa. Nanti aku post utk umi. Kesian mak gigih uli untuk bagi umi. Apa punya menantu la aku ni. 

.

Tiba di Senai Airport, kena daftar masuk atas talian juga, untuk contactless punya prosuder. Tapi, ya la lama dah tak fly. Kelam kelibut juga jadi dia. Dengan malam tadi, dah isi E-health DECLARATION FORM tu, rupa-rupanya bertahan untuk 12 jam selepas isi tu. Allah Allah. Sudahnya lepas daftar masuk sebelum daftar bagasi kena isi. Bila dah isi, screenshot siap supaya sampai sana dorang kastam cuma terus scan sahaja QR code tadi. Yang di Senai Airport ni cuma nak tengok semua berada di garisan hijau termasuk anak-anak. 


Prosedur masuk ke Sarawak: Musim Pandemik 2021 (Dari Johor - Bulan 11)

  • Daftar masuk atas talian. (jika dah daftar dari rumah, screenshot siap-siapa QR Code tu, sampai kiosk, boleh terus scan je) 
  • Isi borang Sarawak E-Health Declaration Form. Kalau ada anak-anak bawah umur semua kena isikan. Nanti sebelum masuk ke balai berlepas, dorang perikda sekali lagi. kena screenshot siap semua.
  • Jika pasangan bukan Sarawakian, bawak segala sijil nikah semua sebagai bukti. 
  • Bila daftar bagasi, mereka periksa MySejahtera profil untuk pastikan kita tidak bergejala dan carrier. Kena isi baru la, untuk data terbaru. 
  • Setelah tiba di Miri, kastam akan scan QR code. Salah seorang penjaga. Elok kalau yang Sarawakian tu la serahkan QR code tu. Haha 
  • Cek Kastam macam biasa. Ada anak kecik boleh ikut fast line. Khas untuk warga emas, ibu mengandung, keluarga bersama anak kecil. 
  • Husband dan anak-anak dibagi pas lawatan. Jaga elok-elok pas tu. Sebab balik nanti nak kena bagi dorang balik. Jadi anak-anak elok la tambah "K" bisok hari. Supaya dorang tak susah nak masuk Sarawak. 
  • Balik tak perlu isi borang kesihatan tu lagi. Prosedur biasa saja bila balik. 

Okay la kan? Sementara masih ingat, Aien jot satu-satu gitu. 
.
Penerbangan JHB ke MYY dalam lebih kurang 1 jam 55 minit. Tepu giler.. Anak-anak punya teruja sampai dorang tak tidur sepanjang penerbangan. Bila dah nak mendarat, baru Nayla nak terlelap. Allah Allah. Nasib senang nak bangun. 


Muka excited Nayla bila dah beratur ikut zone. Kena perhatikan pada boarding pass tu mana zone kita. Al-maklum la lama tak terbang, dengan norma baharu. Lain-lain aje prosedur dia. Rasa sebelum pandemik pun macam tu. Masuk ikut zone.


Malas la Ibu kau ni nak edit. Excited dapat tengok kapal terbang. Najmi tak sudah tanya, bila nak naik kapal terbang. .

.

Selalu flight dari JHB ni kalau ke MYY biasa petang, sampai jam 7 lebih gitu. Kali ni dianjak dia awal pulak. Nasib anak-anak excited nak naik kapal terbang, semua laju je bangun. 

.

Dah sampai Miri, Alhamdulillah safely landing   dalam jam 2 petang. Tok laki terus dapatkan kereta sewa dari Abang sepupu yang jaga situ. Avanza untuk 7 hari RM1.1k . Okay tak tu? 

.

Naik kereta Nayla tanya. Kereta siapa ni ayah? Teruja kuasa dua lagi. Ayah dia bawak kereta sendiri. Ingatkan nak singgah beli diapers anak-anak dulu, tapi, hari Sabtu wak, jammed pasaraya E-Mart tu. Nasib Ibu kau ni bawak lebih diapers siap, sebab tahu mesti begini. Haha 

.

Dah jalan jauh ni, malas nak berangkut segala benda yang boleh dibeli tu. Jangan semua la, sikit-sikit je. Kang menjeling aje tok laki . Sampai rumah, Opah sibuk menyapu. Allah Allah. Teruja kami balik. Opah mengemas satu rumah besar sorang-sorang. Kesian Opah. Thank you Opah. 

.

I'm coming home. Alhamdulillah. Setelah 2 tahun lepas. Last balik May 2019. Sampai-sampai lapar, serang dapur terus. Haha Tepon pun campak mana. Langsung tak ada update heh. 

.

Malam nak keluar beli diapers anak-anak. Ayah pulak ngajak ziarah pak cik mak cik di rumah tinggalan arwah Nenek laki. Ha, boleh la. Jangan tak ziarah. Jumpa si channa yang makin tembam ni.  Usai-usai sebab bergegas kejar pasaraya takut tutup awal. Beli la Tok Laki Diapers dan susu anak-anak. Boleh la buat stok seminggu. Tak habis kita bawak balik. 

.

Hujan gerimis melanda Bandar Miri. Kami pun agak kepenatan, ayah ajak suruh pergi Coco Cabana. Ya la, tempat wajib singgah kalau ke Miri. Tapi dah hujan gitu. Mana kan la. 


Boleh la buat kenangan. Tanda kita dah jejak. Hari kami nak balik pun adik ada ajak ke mari siang hari, tapi sama jugak gerimis. Lagipun Tok laki dengan bujang tidur dalam kereta. Eh, Bujang tidur. Tok Laki nemankan. 

Sudahnya, Tok Laki kata jom la bawak ayah Umi makan kat luar. Alang-alang dah keluar kan. Umi suggest tempat makan jiran sebelah rumah berniaga.


I is try ambil gambar molek. tapi, gitu la. Hasil amatur. 


Alamat: 
Muslim Seafood 
Taman Awam Miri
Miri Sarawak.

No telefon: 
013-8343834

Waktu Beroperasi: 
3 petang - 12 tengah malam 

-Halal of course- 


Jangan keliru bila dah ke sana. Keliling dia semua kedai cina. Kedai ni saja satu-satunya kedai makan melayu di Taman Awam tu. Nak buat food review, tapi lupa ambil gambar menu. Allah Allah. 

Kami pilih set makan malam untuk 4-6 orang. Ada je menu makanan panas saja nak ambil set. Selain daripada tu, mereka juga ada sediakan ayam panggang dan juga saty. Hot selling jugak tu. Kami datang jam 10 malam tadi habis dah semua tu.


Lauk Ikan Siakap  Sweet Sour. 


FoC - Kerang Masak Kicap. 

 Sebab jiran dah lama jemput Umi ayah makan situ, tapi ini kali baru berkesempatan nak singgah. 


Midin tumis bawang putih. 


Udang masak butter . 


Comfort soup. 


Ni saiz besar mangkuk dia. 


Sweet corn Soup


Kesayangan hamba. Aien tamak order duak jug air. Padahal berapa kerat orang je. Sudah la orang tua minum air panas, kami berdua eh bertiga dengan Nayla minum satu jug. Satu perisa sarsi, satu lagi air sejuk. 

Memang sedap. Aien bantai hirup comfort soup tu. Rindu betul la. Nak buat sendiri tak pandai-pandai nak buat telur dia hancur begitu. Sulam dengan nasi dan sotong goreng garing. Itu je la lauk Aien. Haa, bersama midin goreng tu. Umpp! Marvelous terangkat. Alhamdulillah kenyang Ibu. Nadhira tidur, Najmi tidur kepenatan dalam stroller. Untung kami bawak stroller tu. Ikutkan Tok laki, katanya tak payah bawak. Bini kata, bawak je la. Nanti senang nak tolak Nadhira. Rupanya Najmi je banyak spend time dalam tu. 

Dah kenyang makan, yang tak habis semua bungkus bawak untuk Pak Usu budak-budak ni. Masa kami nak keluar tadi, dia baru balik dari rider grab. Total semua makan RM110. Okay tak tu? Bagi Aien berbaloi la sebab sedap. Portion pun besar. 

Ajum kita pulang~ Moga lena malam dengan hujan rahmat di Miri, esok harinya jauh  perjalanan kami. Ke mana? Nantikan sambung nya. 

7 ulasan

  1. wahhh sonok baca....
    x sabar nk baca cerita selanjutnya... jalan2 miri..
    kita pun blm sampai miri lagi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita dah second story. Haha Miri tak dan lagi. ^^

      Padam
  2. Seronok pergi bercuti kan 😊

    BalasPadam
  3. bestnyaaaaa sarawak! lama dah nak pergi, tapi tulah takde rezeki

    BalasPadam
  4. welcome to Sarawak..

    untuk dapat kos 13 dalam IC perlu beranak di Sarawak hehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤