Sebelum memulakan kembali jurnal cuti-cuti kami, mari kita sedekahkan al-fatihah buat mereka yang sedang menghadapi musibah banjir. Al-fatihah. *dibaca ya*
Bismillahirrahmannirrahim.
Jurnal ini adalah sambungan kepada jurnal cuti-cuti Sarawak kami anak beranak awal bulan December hari tu. Kali ni Aien nak sambung bahagian tiga. Iaitu half way di Kuching sebelum kami pulang ke Miri.
Terima kasih yang sudi baca dan komen di bawah. Walaupun sekadar menulis untuk simpanan sendiri, kalau ada orang komen pun best jugak. Haha #gilafemes
Hari kedua: Jalan-jalan di Bandaraya
Pusing dalam kereta je memandangkan adik yang bawakkan. Actually niat di hati teringin nak sarapan pagi di luar. Tapi apakan daya kalau tuan rumah asyik cakap, jauh bahh..
Tengahari baru keluar dari sarang. Pusing-pusing cari makan tengahari, rupa-rupanya singgah di KFC saja. 😂😂
.
Kata adikku sorang, aik~ jauh-jauh datang makan KFC jurrr? Eh, diam la kau. Orang dah bawak makan pun syukur. 👀
Selepas makan kami berjalan kaki keluar dari Sarawak Plaza barangkali, ke Waterfront Kuching. Alaa, yang ada Jambatan Darul Hana tu. Best di situ ada orang berniaga, dan jalan-jalan lepak-lepak dan ambil gambar memang best.
Dalam plaza, ada pameran atau hiasa pokok krismas walaupun baru awal bulan. Macam kita, baru hari pertama puasa dah pasang lagu raya. 😬
Kekalutan nak dapatkan gambar mereka berempat ni memang payah. Sorang tu almost everywhere dia dengan dunia dia. ghisau ghisau ghisau ngangah ni.
Mereka teruja pertama kali dapat main buih. Macam la kat Johor teda. 😅 Ada, cuma malas la nak belikan. Haha Masa kami pergi ni, jam 3 petang. Orang niaga pun baru nak bukak kiosk dan lori mereka. Panas terik, orang mana la nak ramai kan. Selepas kami usai untuk pulang, baru ramai berduyun manusia memenuhi kawasan.
Ayah pun nak usha kawasan, update story jugak. Alhamdulillah sepanjang berada di Sarawak, langit semua cantik. Nanti kita buat kompilasi langit Sarawak. 😂
Aiyoo~ yang belakang tu, makanan memang nombor satu. Tapi malangnya, Ummi dia tak bagi makan manis-manis ni. Makanya kami berhuhu je la. Ngangah capture the moment, sak besar ko tangga.
Sarawak Cruise. Harga tiket RM69 / person. Dia akan bawak pusing sungai ni la kot.
Yang ni versi bajet. RM16/person. Ada banyak pilihan bot. 3 jenis kalau tak silap. Ras amacam ada ambil gambar ketiga-tiga bot. Dibelek semula, teda pulak. Maaf la.
Nayla dan bunganya. Sakan mengutip sebab yang di rumah ni tak lebat macam tu.
Interframe belakang tu. Bila nak properly amek dia lari. Haa, biar je la. Lawa bistro ni. Depan waterfront.
Hailo~ itu je ke gambar. Disebabkan iolls risau baju kat rumah, kami cuma jalan-jalan di sini je la. Sebab ada orang tu, husband dia sibuk dok telefon bila bini dia jalan. Tapi, suruh jalan sama dia tamau. Heran benar. bukan suami saya.
Dah la, pulang jak la kita. Lain kali, buat plan bagus-bagus kita ke Kuching lagik aok. Lagipun rumah adik di Kota Samarahan ke bandar Kuching ni jauh. Lepas ni ada Mak Teh dah kat Kuching. Kita serang rumah Mak Teh je la. hew hew hew..
Patung Kuching pun tak sempat nak capture. Tapi, perjalanan balik ke Miri best. Sebab kami singgah di Bintulu . Moh ler kita.
Day 5: Balik Miri, singgah di Bintulu dan Mukah
Untuk perjalanan balik, kami memilih jalan lama daripada hari tu. Apa yang lain dia sebab masih menggunakan feri sebagai penghubung antara daerah sini dan sana.
Mula-mula free Muara Batang Lupar. Sejauh >> nanti la tanya ayah balik. aiguuu << perjalanan antara dua free ni kita dapat jimat masa sejam lebih daripada jalan yang hari tu. Dan di sekitar kawasan Feri Muara Batang Lupar tu la, ayah tunjuk selekoh mereka kemalangan tahun lalu.
Baca sini: Khabar duka di petang selasa
Masa tu Allah je tahu perasaan Aien. Nasib semuanya selamat. Kereta telah kembali ke rahmatullah. Bersemadi QMS 125 dengan aman. Mak dan adik sorang cuma lebam kesan dari tali pinggang keledar. Begitu juga dengan ayah. Sorang lagi patah kaki. Lebih kurang setahun jugak dia recover dari patah tu.
Sepanjang perjalanan ni, Ayah Aien tak habis-habis mengingatkan , 'Nur ambik gambar Nur.." 😂😅 Sempat capai telefon sempat la caputre. Tapi, biasa la kalau ada anak menyusu ni , mana la nak sempat. So moment tu cuma disimpan dalam memori saja.
Nak suruh aku capture signboard la, capture langit yang lawa la, aduhai ayah. Seakan dia semangat tengok aku snap sana dan sini. Buat kenangan.
Hampir 10 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Mukah. Ni la langit maghrib Mukah. Subhanaallah lawa kan? Kami bercadang untuk rehat semalam di Mukah dan sewa homestay kawan Ayah aku. Lupa nak capture homestay tu, But it's nice untuk semalam.
Sebelum ke homestay, kami singgah makan dulu di medan selera tepi jalan. Entah la, otak pun tak leh fikir masa tu. Yang penting aku lapar. Haa, gituu. Order la nasi goreng Pattaya, dan pertama kali aku rasa jumpa yang siap letak mayonis dan sambal ikan bilis. Dan halfway makan baru nak snap. Halal je la kan.
Alhamdulillah sedap. Umi dan suami order Nasi Lelapan Ayam. Ayah dan kawan order Nasi putih dan Sup Gearbox. Anak-anak makan dengan ayahnya. Sebab Ibu dah pegang Nadhira yang lena dibuai mimpi.
Ni nama kedai tu la. Jadi kalau korang singgah ke Mukah, boleh la cuba makan kat sini.
R Man Corner
Alamat:
Market Baru MDDM,
Setia Raja Boulevard
Bandar Baru Mukah.
Boleh juga cari di carian google untuk GPS dia. Aien nak bagi kang di bawak 400++ KM kang, naya korang nak ngikut.
Keesokan paginya kami awal pagi lagi bebudak dah bangun, mandi dan bersiap. Terus check out dari homestay, dan berjaan sekitar bandar Mukah yang agak lenggang dengan kereta.
Bersarapan di Fatma Cafe & Catering untuk makan secara Ala Carte. Sarapan untuk dewasa RM6 dan kanak-kanak RM4. Rupanya Ala Carte ni makan tak boleh bertambah. Haha Ibu menyusu ni pergi tambah lagi. Nampak sana lama dah tak dine in. Jakun jadinya.
Fatma Cafe & Catering
Bandar baru Mukah
Selesai makan, kami pusing-pusing mencari pasar kering Mukah untuk dapatkan stok makanan kering sebagai ole-ole pada keluarga sini.
Ada mural Sarawak di sini, kita ambik la gambar buat kenangan. Untuk pengetahuan korang, seumur hidup Aien ni la kali pertama Aien jejakkan kaki ke Bandar Mukah. Lain kali kita dapat rezeki pulang sana lagi, ronda habis Sarawak. Hehe #angansaja
Nayla dok pandang belakang sebab risau macam betul je mural belakang tu. Selesai mencari apa yang dicari, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya untuk pulang ke Miri.
Perjalanan dari Mukah ke Bintulu memakan masa lebih kurang 2 jam setengah jugak dengan jalan berbatu-batu hari tu.
Sampai Bintulu kami di Sri Kandi Kafe pujaan adinda bungso kami. Tempat wajib untuk makan tengahari dengan Nasi Lalapan Ayam mereka. Tapi, biasa la jika kedai tu sedap walaupun tak viral macam di sini. Menjadi perhatian ramai. Kena la pandai berebut tempat duduk.
Sri Kandi Cafe ni ada dua tempat tahu. Si ikut gambar di atas untuk cari yang kenang dengan review ni. Macam biasa lupa ambil gambar la menunya. Senget laaaaa.. Dah makan, singgah solat di Petronas dan kami terus ke Pantai Tg. Kidurong. Sambil-sambil throwback zaman remaja belia Aien di bandar Bintulu ni. Hari tu kan tak sempat singgah Bila? Nih haa,
Baca juga: Cuti-cuti Sarawak bahagian 2
Singgah sini, semestinya kena ambil gambar. Tapi panas lit lit dan memasing tamau pergi ke padang I♥Bintulu tu.
Dapat satu gambar Atok Opah dan cucu dua ketul. Target nak ambil gambar dengan kesemua mereka. Tapi, ntah apa disibukkan oleh mak dorang ni pun tak tahu la.
Jangan main-main pantai Sarawak ni bahaya. Risau berenang dengan buaya ja. Padahal tadi singgah di Pasar Kering Mukah katanya nak singgah Pasar Bintulu nak beli ikan bilis bawak balik sana. Sekali terlupa. Anak-anak pun dah penat bermain di taman. Minum air Kelapa kejap di di kawasan tu. Tapi, alahai. Sejam tunggu pesanan. 100 plus dalam tin pun payah-payah nak sampai ke meja. Al-maklum la orang ramai. Makin petang, makin ramai la orang.
Nasib lighting sini lawa. Ibu pakat la snap-snap snap sakan sampai habis bateri. Haha
Muka orang dah boring tunggu air jauh import. Dok tanya, bila air nak sampai.
Kenyang menunggu , kami pun bergerak pulang ke Miri dalam jam 4.30 petang. Bagi selesakan anak-anak dulu baru jalan. Sampai Bekenu, Ayah kata singgah solat di Masjid Bekenu.
Sampai Miri dalam jam 8.30 malam Alhamdulillah selamat sampai bandar Miri. Singgah makan terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Dah sampai rumah, nak rehat je.
Tinggal dua hari je di Sarawak. Nak kena cari ole-ole dan pesanan rakan suami sebelum pulang nanti. Esok-esok kita sambung lagi bahagian terakhir cuti-cuti Sarawak ni.
Ibu simpan buat kenangan. Mana tau Ibu dah tak ada nanti anak-anak boleh baca kat sini. Kenangan mereka masa kecil kan. Dah la Ibu menaip ni bengang je dengan loading namati line ni nak sambung kelajuan taiping Ibu. Ah~ lantak la taipo. Malas nak edit. Malas-malas pun Ibu edit jugak menunggu huruf keluar satu persatu. Eh~
Terima kasih korang sudi baca diari Ibu ni. ♡
Ps: mudahan mangsa banjir di Selangor, Pahang, Kelantan sentiasa diberikan kelapangan hati dalam menghadapi ujian ini. Amin ya rabbal alamin.
5 ulasan
seronok tgk travelog aien. puas ati jenjalan sarakan mcm2 tempat aien sampai
BalasPadamHehehe Kenangan esok hari. Haha
PadamUisjh br pasan sambungan ni... Best baca hahaha.. Eh da lagi x smbgan nya haaah
BalasPadamAda ada ada. dah habis tulis travelog sebelum tahun baru semalam. hehe
PadamPengalaman dan kenangan yang tak akan dilupakan kan Aien.. Teruja ayah Aien suruh ambil gambar ye..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤