Hello, last month of twenty twenty one

Jumaat, Disember 03, 2021

 


Bila masuk je bulan terakhir setiap tahun mesti perasaan bercampur baur. Kenapa? Pasal hati seronok dah bulan holiday, bulan cuti. Dalam masa yang sama sedih bahawa tahun 2021 bakal meninggalkan kita. 


Setelah  2 tahun hidup dengan pandemik. Virus Covid-19 ibarat satu perkiraan yang wajib bagi semua manusia atas muka bumi. Kadang malas juga nak ambil tahu, penat nak tengok nombor makin tak turun. Buat tambah stress sendiri. Sudahnya pandai-pandai la jaga SOP. 


Tahun hadapan adalah tahun ketiga bersama virus itu, katanya ada varian yang lagj menganas. Belom tambah lagi dengan harga barangan makin mencanak naik. Berhuhu keluarga Malaysia ni.     


Eh.. apa benda yang aku tulis ni. Nak bebel apa wei? Aku cuma nak cakap pasal bulan terakhir tahun ni je. Ko melalut kenapa. Adoooooi.. 


Haa, aku cuma nak dapatkan menaip sampat 500 patah perkataan. Rajin nau kan? Nak recap bulan lalu, kami berjalan sokmo je. Balik dah duduk rumah relax-relax ja lagi. Pahtu ni pun masih pulun jalan di Sarawak pulak. In shaa Allah balik nanti Aien update la. Macam-macam benda nak share. Harap semua boleh buat la kan. Aamiin. 


Korang macamana di hujung tahun ni? Moga semua baik-baik saja okay. Apapun moga Allah permudahkan urusan korang para pembaca dan rakan blogger sekalian. Apapun dugaan yang korang hadapi, dapat diberikan kesabaran dan ketenangan dalam mengharunginya. 


Okay, tu je nak cakap. Haha konon 500 patah perkataan. Ni nak lepas 300 pun payah. Eh.  

Dengar citer varian baru covid makin meliar. Korang stay safe tau. Jaga diri. Jaga mental. Moga kita baik-baik aja. Akhir zaman ni kena redha je semua. Usaha moga jadi hamba yang beriman dan bertaqwa di samping melalui baki-baki kehidupan. 


Itu la tu, nak semua pengakhiran yang baik macam diri ni, tetap alpa dalam godaan dunia. Setiap perkara yang berlaku, firasat mengatakan sudah lagi wahai diri. bertaubat la sebelum pintu taubat tutup. Tapi, masih lagi. Allah Allah 


Jom sama-sama kita baiki diri. Diberikan kesempatan untuk bertaubat moga Allah terima taubat kita semua. Stay safe stay health okay. Nak vitamin eskayvie boleh roger. 😉


      

Ada promo hebat untuk bulan ni tau. #kitaikhtiar semoga dapat hindar diri daripada wabak covid ni. Untuk diri dan juga anak-anak. Satu keluarga sehat, in shaa Allah harmoni. 

5 ulasan

  1. Ooo aien dah kt swk ke skrg ni? Senang x skrg nak msk swak? Tu la aritu igt nak g kuching tp dgr prosedur mcm leceh.. Trus cancel

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah... Hehehe agak jugak la leceh.. tu yg pergi awal

      Padam
  2. masih di sarawak ye. enjoy you holiday. saya mengharapkan penutup tahun yang tenang. samalah, dah malas nak layan kisah corona ni. huhu

    BalasPadam
  3. Kan.. may 2022 be happy year. hehe

    BalasPadam
  4. Harapnya tak ada lah tahun ketiga bersama covid. Cukuplah 2 tahun yang lelah ni. Semoga yang baik baik dihari mendatang. Aaminn...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤