Selasa, Disember 27, 2022
Tahniah adik ipar!
Alhamdulillah, barakallahu fik, selamat semuanya dengan sekali lafaz, seorang lagi adik ipar Aien bergelar isteri orang. Off market dah semua adik ipar perempuan. Tinggal sorang aje lagik. Tu pun nganto pengantin aje la.
23 Disember 2022 - tarikh yang di pilih jatuh pada hari Jumaat kedua terakhir untuk tahun 2022. Semput eh mengelola majlis ni sebenarnya. Yang lagi penat semestinya pengantin. penat senyum, penat tunggu kena mekap, penat kena inai dan berlapar. Tapi tak apa, untuk hari istimewa sendiri juga kan.
Jika 2020 dulu Aien secure wedding adik ipar masa PKP, tak besar jemputannya, kali ni walaupun tak la berapa ramai jemputannya still phewww.
Memang terasa juga perbezaannya kan. Well, semuanya telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah mak mentua lepas ni dah bebas la nak berjalan tanpa risaukan anak dara dia lagi.
Kali ni Aien teruja sebab suami jadi wali dia, terkenang kembali la moment kami dahulu. Anak-anak bila tengok dia bersamping apa semua, bila ditanya "Ayah kawen lagi boleh?" marah anak-anak. Haha Bukan takat anak-anak tau marah dengan Ibu dia sekali ni marah jap g.
Imam ni pun supporting sangat, sebab suruh pengantin mengadap ke tetamu. katanya senang nak amek gambar. Sempoi teruk! Sedangkan masa Aien dulu, imam dah la -- malas la nak cakap. Selamat dah tiga ketui kami ni ha.
Masing-masing berdebar. Pengantin lelaki jelas di wajahnya gugup. Tetiba rasa macam seronoknya kali majlis aku ada orang amek gambar macam aku amek ni. Haha Ada fotografi, tapi ya la.. Mahu yang versi video juga. Kali ni, adik ipar sempoi je tanpa hantaran sebab masing-masing memilih untuk sekali je hantaran masa tunang hari tu. Jadi masa nikah dah tak kalut 5-7 dulang tu lagi.
Rabu, Disember 21, 2022
Upside Down House, Kuching
Image Credit: Facebook Upside Down House, Kuching |
Bayaran masuk Upside Down House, Kuching
⏰ Dibuka setiap hari 9.30 pagi sehingga 6 petang