-Happy Holiday! Ajum la kita bercerita pasal makanan je. Gaji aku pulun beli makanan layan anak tekak dengan anak-anak je. Sakan kami order saban bulan. Bila dah sob sob ni fikir. Baru berangan nak belanja makan sebulan sekali. Aiguu~ Ibu lost kejap.
Haa, nak cerita la kan, sejak 4fingers ni dah samai ke Taman Universiti dan dimasukkan ke dalam GrabFood dan Foodpanda, Aien cuba la nak makan yang orang kata sedap la jugak. Dan semestinya! 5/5 bintang Ibu bagi. Yeay. Kata Nayla, sedap la bu~ Haa memang la. Pastu lepas ni termangu jap ibu cari duit ceruk lain pulak. Ada orang nak bagi job tak? Haha
Pertama kali order guna Grabfood sebab macam lagi murah di situ berbanding dengan panda pink tu, padahal sama je kot. Tapi sejak asyik bertemu dengan rider Panda pink malas nak naik ke atas, tu yang mogok jap.
Masa ni pertama kali juga cuba Zus Coffee tu. Bantai begini la kan, anak tekak nak makan and Ibu kau ada duit. Sampai Nayla pun dah pandai, Ibu kakak nak yang tu, yang ni... Haha
Order Regular Cheesy Combo dengan harga RM23.90 . What I Love about this chicken, dia memang sedap makan terus masa baru sampai dan gabungan rasa seaweed dan cheese dan crispy kentang goreng dia memang sedap.
Dan Nayla pengemar crunchy food mengadap la sekotak tu. saja try mix flavor chicken tu, soy sauce dengan spicy. Mungkin anak-anak terambil yang pedas, terus dorang tak nak makan dah ayam tu.
Makanya buat kali kedua order, Cheesy Rice Box Combo dengan harga RM20.90. Ibu order untuk ber-"me time" la masa tu, sebab lapor giler. Dah penimbang pun takut nak tengok badan. Hahaha
Add ons Mochi dua ketul RM4.90. Perisa kacang merah dan pandan. Air ambil air miranda strawberry. Air lejen kot. haha
Itadakimasu~ Bismillah jom kita tengok bagaimana rupa set Cheesy Rice Combo ni di sebelah dalam.
Nasi yang lembik ditaburi seaweed plus kicap manis, bersama kimchi dan beberapa ketul ayam yang telah ditaburi cheese powder and hirisan keju. Oommmm~ makan makan makan. Dah lama punya gambar kan? Masa tu la kan. Baru dapat gaji. Dok teringat je. Orang tua kata ,kalau asyik teringat kena beli. Takut kempunan. 😅
Tak sampai 10 minit, sekotak ni telah pun habis. Dan Nayla pun bangun. Dia sorang ni memang cepat alert kalau ibu atau ayah dia tak ada. Masa rider grab anto, pesan siap-siap. 'ko jangan nak bagi salam. letak je depan pagar. Anak-anak akak tido. Akak nak me time. Nanti akak amek.'
Begitu la bunyi ayat dia. Tak ada la sebijik gitu, tapi serupa la kan. Sebab memang dah terjegat di balik langsir tu pasal dah lapo. Nasib ler budak rider tu paham. Selamat Ibu anak tiga ni enjoy makan sengsorang. Bwahaha
Jangan ingat koi kejam pulak tak belikan untuk deme. Ada je set ayam tu untuk sekali dengan ayah deme balik nanti. Nayla dan Najmi pakat habiskan kentang dengan air. Ayah dia makan ayam. Tapi masa dia balik dah kejung ayamnya. Haha Tak ada microwave nak panaskan balik. Layan la kejung ayam tu dengan nasi tanak sendiri letak kicap manis Faiza pun layan gak.
16 ulasan
Belum pernah merasa lagi 4fingers ni Aien. Mostly yang review cakap sedap. Tempting tengok ayam goreng dan kentang goreng tu. Lain sikit dari yang lain.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padammemang sedap kak. rasa seaweed + cheese dia buat teringat je
BalasPadamOM mmg suka giler makan 4fingers... hahahhaah 10 Resepi Daging Yang Mudah Dan Sedap Bagi Penggemar Daging
BalasPadamkAn, sedap sangat!
Padami pun malas nak order foodpanda sebab rasa macam mahal sekarang. grab ni ada usha juga tapi belum try lagi. btw nampak macam sedap 4finger ni, kalau ada kat area rumah i boleh cuba..hehe
BalasPadamBetul. Kadang terdesak je baru pakai panda pink tu. haha
PadamSelalu lalu je dpn 4Fingers ni tapi tak pernah cuba. Tengok macam ayam ala korea..
BalasPadammemang ayam ala korea. tp ditaburi seaweed mcm takoyaki punya tu. hahah kita tak tau nama dia apa
Padamwak pun tak penah try ayam 4fingers ni., biasa kepci je., ;p
BalasPadamkepci pun dah lama tak makana. Haha saja cuba yg ni wak.
Padamdap dap..fav Iris gak ni..yg set ada nasi tu. memang layan bila makan time panas2 kan. tapi tu la, kena ke nilai kalu nak makan sbb kat seremban x de
BalasPadambEtul. Yang ada nasi tu sedap makan panas-panas. Uish memang terangkat
PadamMemang sedap makanan 4fingers.
BalasPadamKan?
PadamTak pernah cuba lagi 4fingers ini.. nampak menarik..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤