Rahsia tong biru - Akhbar menunjukkan kematian kejam beberapa mayat dijumpai. Tragisnya kematian itu apabila orang ramai yang hendak menikmati matahari terbenam di kawasan itu terhidu bau busuk. Polis dan anjing penyelamat mula mencari asal bau tersebut dan menjumpai tong biru ini. Petang yang indah menjadi tragedi. Ada yang mengalirkan air mata sambil merekodkan detik yang sangat memilukan. Siapa yang tergamak melakukan hal begitu? Senang sekali dia menyembunyikan hasil kerjanya. Tidakkah polis keselamatan menemui saspek tersebut?
Aneh. Sejak bila wujudnya isi kandung selain sampah sarap di dalam tong biru itu? Ya. Manakan orang mahu perasan, kerana mereka lebih rela meninggalkan sampah mereka sendiri di tempat asal sebelum pergi dari situ.
Hasil keputusan polis mendapat bahawa saspek merupakan ibu kepada mangsa. Dia disahkan menghadapi anxiety yang tidak dilaporkan kepada pihak klinik kesihatan sejak kelahiran anak ketiganya. Masalah ini dipendam kerana bimbang wujudnya tanggapan buruk masyarakat terhadap dirinya yang masih memandang enteng terhadap masalah emosi seorang suri rumah ini. Bahkan sejak 2 tahun lalu pandemik melanda dunia, masalah mental ini bukan saja bagi kaum wanita terutamanya bahkan kebanyakan orang yang masih cuba untuk teruskan hidup di kala harga barang mula naik, pendapatan tersekat kerana pandemik.
Anxiety - Dada terasa sempit. Malam tidak boleh lena. Badannya bisa-bisa. mungkin masuk angin? Eh, wujudkah istilah itu dalam bidang kedoktoran? Akibat tidak pernah diurut semenjak Julai yang lalu.
Minda fikirkan penyelesaian terburuk apabila dirinya letih menghadapi semua. Namun, cepat-cepat dialihkan dengan melakukan perkara yang lain ataupun senang, tidur. Dengan harapan dia bangkit dengan semangat baru.
Tong biru. Menyedarkan dia, harus mencari rakan bimbingan untuk dirinya terus kuat hadapi dunia yang semakin nazak. Dia sedar juga bahawa kembali kepada Allah rahsia ketenangan yang abadi. Doakan dia terus kuat, agar tidak melakukan yang tidak-tidak.
Dirinya cukup malu dianggap makan duit suami. Cukup malu hendak menyuarakan perihal pulang kampungnya nun jauh di sana dengan kekangan wang ringgit. Dia kan miskin? Kata yang menusuk kalbu sejak 2 tahun lamanya tidak kembali ke sana. Hati mahu berkumpul tapi, aura negatif terlalu kuat sehingga kini masih belom pulih dari baunya.
Maafkan dia jika dia tidak mampu melakukan yang terbaik. Kerna demi dirinya sendiri dan anak-anaknya... terlalu kerdil untuk toxic itu semua. Biar dia bahagia dengan caranya. Menjauh bukan bermakna dia lupa, sepi bukan bermaksud dia mati. Dia cuma mahu hidup di realiti tanpa membandingkan orang sekeliling. Cukup semua itu. Biarkan segala bau busuk itu kekal dalam tong biru tadi.
Yang benar,
Ibu yang hampir hilang kewarasannya. 🎈
aienienka
5 ulasan
jIKA rasa lemah, sebagai umat islam mengadu lah di 2/3 malam. Insha allah, allah maha mengetahui. Allah jua lah maha memakbulkan. Dan jika rasa serabut, pergi lah jalan-jalan keluar rumah bagi ketenangan. Ya, minda juga perlu melihat flora dan fauna bagi ketenangan.
BalasPadamYe, memang wujud. Anxiety ni bahaya kalau tak boleh kawal. Sebagai orang Islam, kena kuatkan iman.
BalasPadamingtkn org buang mayat bayi dlm tong sampah je ., huhuhu
BalasPadamAllahuakbar..takut baca. minta dijauhkan dr kita semua..aamiin
BalasPadamAllah.. Semoga terus kuat semangat.. Bahayanya kerana anxiety, masalah emosi ini pembunuh dalam senyap.. bahaya sangat..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤