Drama Series: Miss Culinary (2019)

Sabtu, Januari 29, 2022

 


Tajuk: Miss Culinary

Genre: Food,Comedy, Romance

Bilangan Episod: 13

Channel: GMM 25 / Netflix

Cast: Gybzy Wanida Thermtanaporn, Jason Young, Louis Thanawin Teeraphosukarn, Peem Jaiye Thanabordee, Meiko Choonnikan Netjui, Boom Panadda Wongphudee

Sinopsis: 'Miss Culinary' mengisahkan seorang lelaki bijak ingin kembali memikat hati kekasih hatinya dengan menceritakan kisah percintaan ibunya dahulu ketika tahun 70-an yang mana ketika itu, ibunya melarikan diri dari kampung dan hidup di Bangkok dengan impian ingin menjadi chef di hotel 5 bintang. Bersama dia mengejar impiannya, cinta juga hadir bersama. 


MY REVIEW 

Nah, begitu bila kau mengejar impian, pasti ada bermacam-macam dugaan yang ikut sama. Begitu la lumrah alam. Shane, si tukang cerita ingin memikat hati kekasihnya Kelly yang mula menunjukkan protes seolah Shane ini kaki perempuan padahal hati Shane milik Kelly seorang. 

Ceritanya terjumpa kisah ni, ada di group Kami Suri Rumah tu suggest cerita ni while kita kan lipat-lipat baju kan. But, Aien nonton drama ni bila rasa free nak makan, atau sambil-sambil la.  Tak ada jugak fokus. Curi-curi semuanya. 

Bila tengok drama ni, remind me. Sejauh mana perginya kamu, ingat tujuan utama kamu. Eh, tertiba. 

Okay, berbalik pada drama Miss Culinary ni. Syiok sangat tengok Taew belajar masak dari majikannya. Kemudian, majikannya, Mrs. Paed suruh dia mencari kerja sebagai tukang masak di luar sana sehingga dapat menjadi chef di hotel 5 bintang. Puas la belajar cara Taew masak, tips-tips untuk masak dengan lebih sedap. 

Bukan mudah nak jadi tukang masak bila kamu sendiri tiada resume. Bahkan bila Taew cuba nasib di Dapur Samran, dia dikatakan tak layak bekerja di situ. Dicabar oleh ketua chef situ, Pol. Tapi hakikat sebenarnya Pol dah nampak bakat sebenar Taew. Jadi saja nak push Taew la kan. Pada masa tu jugak jawatan sebagai pembantu dapur tiada kekosongan. Jom, lelaki pertama yang Taew jumpa ketika misi mencari kerja sebagai chef di Bangkok ni tetiba ada kat situ juga sebagai pembantu dapur. Demi cintanya, Jom rela berhenti supaya ada kekosongan untuk Taew. 

Memang Jom ni banyak la buat pengorbanan untuk Taew. Bila Taew tahu sebenarnya Jom juga bekerja di Dapur Samran. Untuk satu task menciptak sos baru, Pol meletakkan syarat pqda En.Samran agar membenarkan Jom kembali ke Dapur Samran. Yes! diluluskan. Dan misi Pol dan Taew mencipta sos cicah makanan laut berjaya dan disukai oleh kerabat diraja. 

Tak lama kemudiam, kerabat diraja itu menawarkan kerja di hotel 5 bintang yang bakal dibuka olehnya. Namun, Taew menolak atas alasan dia sayangkan Dapur Samran. Tapi tak lama kemudian, En. Samran pun meninggal dunia akibat buah pinggangnya gagal berfungsi. Dengan satu malam sahaja, Taew dan krew Dapur Samran menjadi penganggur. 

Berjalan Jom bersama Taew meneruskan misi mencari kerja di tempat lain. Semuanya hampir ditolak kerana kebanyakan tukang masak di tempat Taew mohon kerja tak mengemari akan hakikatnya, Taew masak lagi sedap. Sampai di satu warung yang bernama Warung Kita Order. Haa, begitu la lebih kurang bunyinya. Sebab dia masak memang ikut orang order. Macamana lecehnya orang order pun, contohnya nak telur dadar empuk tak nak banyak minyak. Kena ikut betul-betul. 

Nasib majikannya di warung itu memang memerlukan orang lebih-lebih lagi pada masa itu, Kak Kew (tak tau betul ke tak nama dia ni) didatangi oleh Ah long yang mencarinya atas hutang adiknya. Eh, orang lain hutang, orang lain kena bayo. Masa tu, memang Taew dan Jom cuma bekerja atas ehsan  untuk membantu Kak Kew je. 


Lama jugak dorang bekerja di situ, sampai Mak Taew (nenek si tukang cerita ni) datang ke Bangkok sebab nak kawenkan Taew. Masa ni la hubungan Taew dan Jom hadapi krisis penolakkan orang tua la. Sebab tak serasi dah sebagainya. Bagusnya Jom ni, memang bagus la. Memang redha wa pasrah je. Dalam masa yang sama dia sentiasa ada di samping Taew. 

Sampai Taew ketahuan yang mak dia sebenarnya kanser perut. Dah kritikal. Baru nak balik kampung, maknya meninggal dunia. Dan masa tu tetiba muncul si Pol ni balik. 


Macam dah cerita panjang nau je eh.. kesudahan drama ni, Taew akhirnya membuat pilihan yang memang sudah dijangka oleh teman wanita Shane, iaitu Kelly tadi. Dan beliau dahulu yang menerbitkan buku sebelum Shane baru berangan nak terbitkan buku maknya. 

Drama ni memang best! sebab boleh ikut sama dengan Taew masak gaya Thailand. Beberapa menu di-highlight-kan sebagai signature dish daripada Taew. Best! Korang boleh tengok di Netflix tau. Happy Sunday! 





"

3 ulasan

  1. hensem pula tgk hero dia. bolehlah tgk santai2..haha

    BalasPadam
  2. wah drama masak2 syok gak tengok ni

    BalasPadam
  3. cita thai...x layan sgt. but cita bab chef2 ni selalunya best..emmm

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤