kredit gambar: wikipedia |
Tajuk: Our Beloved Summer / That Year We
Genre: romance, comedy, life
Bil. Episode : 16
Channel: SBS / Netflix
Cast: Choi Woo Sik, Kim Da Mi, Kim Sung Cheol, Roh Jeong Ui
Sinopsis:o
Choi Ung (Choi Woo-Sik) and Kook Yeon-Su (Kim Da-Mi) broke up 5 years ago. A documentary they filmed during their high school days becomes popular. They don’t want to, but they have to stand in front of the camera
Choi Ung seems naive and a free spirited man, but he wants to have something for the the first time in his life. For that, he shows what he holds in his mind. Kook Yeon-Su aimed to become the top student at her school, but she is now an adult who lives fiercely, adapting to her reality.
As usual, pesimis dengan drama yang pelakonnya tidak la dikenali. (olehku) Jadi lama drama ni lalu, minggu lalu menarik perhatian untuk menontonnya.
BEST!
Seru bangat nontonnya! Ha, gitu.. Seperti disinopsis juga, drama ini mengisahkan tentang Choi Ung dan juga Yeon Su selepas kejadian dokumentari mereka ketika di sekolah tinggi kembali viral. Dan pihak produksi meminta untuk dibuat rakaman kali kedua selepas 10 tahun berlalu. Tapi yang kena rekod itu, adalah kawan mereka yang kini menjadi junior kepada PD nim~ yang merakam dokumentari tu.
Ji Ung, best friend Choi Ung daripada tadika sehingga usia mereka 29 tahun itu, tak nak pada mulanya untuk rekod agi dokumentari rakan dia tu. Tapi, entah kenapa selepas melihat rakaman yang tidak disiarkan tu, dia jadi semangat nak rekod.
"Menjadi penerbit atau cameraman ini, merekod kehidupan orang lain daripada sisi yang lain."
Selepas dokumentari tu, mereka berdua bersama. Ke universiti bersama. Sehingga sampai satu tahap, Yeon Su terpaksa melepaskan Choi Ung demi satu perkara yang dia tak mahu menjadi beban kepada sesiapa.
Drama ini diadaptasi daripada sebuah webtoon dan mendapat perhatian apabila BTS's V menyumbangkan suaranya untuk soundtrack drama ni.
Boleh la dengar sambil baca entry ni. Best OST dia sesuai dengan drama remaja sehingga dewasa yang mana kita selalu impikan kerjaya yang bagus apabila tamat sekolah. Hakikatnya benda itu bukan mudah. Apatah lagi bila kita dah dapat kerja yang kita impikan, akan selalu ada mereka yang menilai hasil usaha gigih kita.
Plot twist drama ni, bila satu demi satu rahsia terbongkar.
Choi Ung - sebenarnya anak angkat kepada pemilik restoran Makan bersama Ung itu.
Ji Ung - suka kepada Yeon Su, teman wanita rakan baiknya.
Yeon Su - kuat dan pentingkan diri demi menyembunyikan kemiskinannya agar tidak dipijak orang lain.
Asal cerita ini bersumber kesunyian daripada pelbagai sudut. Yang sebenarnya alam dewasa ni tak adalah best sangat. Cuma bila kita enjoy je hidup kita dan hidup dalam fullest heart, atau erti kata lain, bersyukur atas segala nikmatNya. in shaa Allah hidup ni akan jadi lebih bermakna.
Best! drama ni best. Selalu lalu di fyp tiktok, lelama terpengaruh jugak. korang boleh cuba tonton lepas layan All of Us Dead ni, lega sikit hati lepas lari-lari tu. haha
5 ulasan
macam besttt.... masuk list yang dh sekian panjng ni duluuu
BalasPadamBest! Recommended! Ung dalam drama ni comel gila, kalau tengok behind the scene pun comel je dedua ni hahaha.
BalasPadamWaaa cepat dia nengok dah... nanti boleh layan lerr...
BalasPadamselalu nampak drama ni muncul dekat timeline tapi belum sempat nak layan lagi. masuk dalam list lah hihi
BalasPadambest ek? ok..leh add to list. he he he..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤