E-Book Review: Reunion by Pena Kayu

Sabtu, Februari 26, 2022

 


As you may want to know, Pena Kayu adalah salah satu penulis kegemaran Aien sejak 2016. Novel pertama karya Pena Kayu yang Aien baca adalah Lelaki Idaman milik kakak Aien  Dan seterusnya macam karya dia ngam dengan jiwa. So, Novel pertama yang Aien miliki adalah  Kerinduan


Baru-baru ni Aien jumpa instagram beliau dan mula mengikuti perkembangan beliau dan teruja banyak sangat karya yang telah beliau hasilkan. Heee, excited Aien. Mula dah hobi lama masa dara dulu, kumpul novel  HAHA 


Tapi, zaman dah berubah. Ramai penulis kini menulis dalam bentuk digital disebabkan pandemik dan minat generasi yang lebih kepada bentuk digital. Aien lagi prefer hardcopy. Berbalik pada cerita kita. Hari ini Aien nak review salah satu e-book karya Pena Kayu yang bertajuk "Reunion" . 


Sinopsis/ Blurb:
Menghadiri reunion sekolah tidak pernah masuk dalam perancangan Nina. Nina benci zaman sekolahnya. Lagipun Nina ada konflik keluarga. Menghadiri reunion sekolah bermaksud dia perlu balik ke kampungnya dan mungkin akan bertembung dengan mama. Itu bala besar. 
"Either you go to the reunion or you lose your job. Dua tu saja." 
Kata dua yang menjerat Nina telah pun dilontarkan. Nina mesti ada perancangan yang sempurna mengharungi reunion sekolahnya. Dia bakal bertentang mata dengan si perasan Miss Universe, si pembuat kuih talam dan si pakar penikam dari belakang. Nina pun bakal bertemu semula dengan first crushnya yang tidak pernah tahu pun isi hatinya selama ini. Kalau salah perancangan, Nina yang susah nanti. 
Malangnya, Nina lupa meletakkan takdir di dalam perancangannya. Yang sempurna bertukar gempar. Beberapa jam setelah majlis reunion selesai, dia ditangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan! 
Lebih parah, mama yang tak pernah mengambil tahu halnya selamanya ini, sewenangnya sahaja meminta dia dikahwinkan. Demi menutup malu kata mama. 
Nina bukan gadis pingitan yang akan mengikut telunjuk mama. Mama sendiri memberi contoh tak baik, jadi kenapa Nina nak dengar cakap mama? Tetapi dia luluh setelah isi hatinya diselami. 
"Maafkan diri awak. Let the past go. Takkan ada kebaikan selagi awak simpan rasa bersalah tu."
Nina membeku. Permintaan lelaki itu tidak mampu dia proses dengan baik. Dia masih tunduk melihat sepuluh jarinya. Lama sebelum bibirnya bergerak menyusun ayat. 
"Kenapa awak nak kisah? Kita bukan kawan pun!" Bagaikan letusan gunung berapi suaranya. 
"Because this guilt is hurting you, and because I love you so freaking much." 
Ada konflik yang perlu Nina selesaikan. Ada jiwa lelaki yang perlu Nina kisahkan. Kerana kalau tidak diselesaikan, selamanya Nina takkan sempurna. 
"Awak nampak teruk." 
"Sebab saya nampak teruk, jadi awak sengaja benam perasaan saya supaya saya nampak lebih teruk?"


MY REVIEW: 


Firstly, Aien baca macam dalam intonasi suara klasik tu. Dia macam movie 80-an punya. Karakter Nina yang terlalu pentingkan diri dan sangat bersangka buruk pada orang lain. Serta mersa dirinya saja mangsa keadaan. 

Dan keadaan Kuantan itu dibayangkan dengan keadaan yang sangat klasik juga. Tak tau kenapa begitu. 

Semua orang tak sukakan reunion. Pertemuan kembali setelah 10 tahun berpisah di bangku sekolah. Apa yang dapat selain mengimbau kenangan lama? Begitu juga dengan Nina. Terlalu banyak kenangan pahitnya di Kuantan itu. 

Permintaan bos untuk Nina turut serta dalam Reunion kelasnya di Kuantan, membawa 1001 perasaan pada Nina. Kenangan dia jatuh cinta pertama. Kenangan arwah ayahnya meninggal dan Nina mempersalahkan dirinya atas kejadian itu. Dan Mama, dirasakan tak pernah setia dengan arwah ayah. Banyak rahsia yang Nina tak tau kerana Nina memilih untuk bina tembok setinggi Gunung Jerai. Seutuh, Banjaran Titiwangsa. 

Lah, Aien buat sinopsis baru. Haha At last, I was cried at the end  of pages. How Nina turunkan egonya. Bagaimana PK garapkan cinta pertama berubah menjadi stalker dn akhirnya dia berjaya memiliki hati selfish Haznina Ahmad Rosli itu. In love betul dengan karakter hero. 

Glad team Rumah PK suggest untuk combine pembelian combo e-book ni. Asalnya nak beli e-book lain, aik  yang ni ko baca dulu? Well. 

💖💖💖💖💖 - Aien bagi untuk e-book ni. Syiok baca. Klasik, yet senang nak hadam. Korang boleh la rebut peluang Rumah PK tengah buat combo Sale untuk Februari ni. Jimat berbaloi tau. 

Hehe 

10 ulasan

  1. Betul tu, kalau reunion ada sesetangah orang memang tak suka, sebab ada yang kerna reunion jadi porak peranda.. nampak menarik penceritaan buku ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memng porak peranda sungguh dlm ebook ni. Habis yg masa remaja alim warak, dah tua bangka gatai miang. Bahaya sungguh

      Padam
  2. seram betul pergi reunion je pun terus dapat suami instant

    BalasPadam
    Balasan
    1. crush lama tu. Jadi stalker, jadi knight . fuh, terbaik sungguh

      Padam
  3. aduhaiii bila la akak nak start baca novel balik.

    BalasPadam
  4. buku Pena Kayu ni kadang ada yg best kadang ada yang tak kena dgn jiwa sis. sebab tu jarang beli buku dia. kalau aien cakap best ni kena try cari juga..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang dia macam terlalu klasik? Ke mcm... terlalu bermadah? Setakat ni baru tiga baca karya PK ni. Haha

      Padam
  5. kita suka reunion! tapi itulah selalunya segan nak pi reunion walaupun kawan sendiri hahahaha. tak pernah lagi baca hasil karya PK ni... tapi memang ada few novel dia dalam list nak beli (tapi tak beli walau dah bertahun hehe).. e-book ni pun macam best jugak aduhaii menguji betul

    BalasPadam
  6. terlepas sale ebook nie.. hehehe..
    menarik pula baca review Aien nie..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤