Pengalaman camping bersama anak kecil 3 Hari 2 Malam di Logok Campsite

Isnin, Februari 07, 2022

 


Raya Cina ritu, sakan semua orang pergi bercuti kan? Jadi  kami juga tidak berkecuali untuk pergi bercuti. Husband memang dah plan nak pergi berkhemah bawa anak-anak walaupun hakikatnya Ibu dorang ni nak ke PD -majlis kawen kawan kolej dulu. But, seperti biasa, Ibu follow aje la tukang driver nak bawak ke mana. Ibu is okay je. 


Plan asal - berkhemah. 

Di mana? - tak menanya sebab konfem penuh. Husband dah buat kajian dia siap-siap, as Ibu, awal pagi la siapkan bekal. Kata nak bangun awal. Tapi entah nervous punya pasal jam 4.30 pagi baru dapat lelap kejap. Habis alarm 6 pagi, melompat katil la siapkan apa yang perlu. Yang penting bekalan makanan untuk rakyat dalam kereta. 


Rupa-rupanya Husband dia nak jelajah sampai ke Pantai Pasir Lanun, Mersing sana. Katanya biar naik sampai ke atas dulu. Nanti tak ada kosong kita turun sampai ke sebelah Desaru sana. Okay. (ibu is semua okay) 

Perjalanan kami dimula jam 9 pagi. Itupun jenuh kejut abang Najmi tu. Pesen dia, over excited malam, (sebelum kejadian) besok dia dah penat mula pasang perangai dia. Haa, tapi tu laa. geram aje ibu nengokkan. Anak kedua  begitu la dia kan. 


Ikut jalan Ulu Tiram, terasa sekejap je sampai. Singgah beli barang makan sikit sebagai stok sebelum teruskan perjalanan. Masya Allah, sampai di Pantai Pasir Lanun, tobat lahum. Masuk ke pusing-pusing kena bayar sampah (khidmat pembersihan) RM3. Memang sedekah la jawabnya kalau sejuta umat dalam tu. 


Maka kami keluar. Turun la sampai ke Tanjung Leman. Masuk ke Pantai Mawar. Husband kata Pantai Mawar pernah viral sekejap sebab ada port bergambar cantik. Sekali  rupa-rupanya pantai persendirian. Kena tutup sebab pembersihan. Jalan la kami lagi, sampai Nayla membebel. 


"Ibu bila nak pasang khemah ni? Bila nak berenti jumpa pantai?" 

Lama sangat pusing-pusing, nampak pantai tapi tetap tak leh turun. Pahtu  disebabkan bekalan Nasi Goreng, sosej dan Ayam Goreng saja tinggal. Kami singgah makan di Kedai Asam Pedas Kak Bedah di Teluk Buih. Boleh la buat isi perut. 


Usai makan, siapkan anak-anak apa semua jam 4 petang jugak kami gerak. Ntah ke mana Husband nak bawak, kami ikut saja. Memang lokasi dia tempat-tempat berkhemah la cerita. Singgah di Dataran Mersing, anak-anak sibuk kata nak main taman. Hairan jugak masa tu, Taman boleb buat kenapa tak tandas awam? Dekat tepi pantai tu. Masa tu air surut jauh nuu ke tengah sana. Memang landai sungguh situ. Orang ramai turut ke sana bermain. Nasib juga Nadhira tidur, kalau tak penat si kakak dan abang bermain situ je. 


Tak jauh perjalanan, Anak-anak dengan Ibu sekali tidur. Husband mencari port sendiri. Haha Sian dia. Ibu ni memang co-pilot tak boleh pakai. Sesekali tersedar, ngajak la dia nyembang. Lalu, Felda Tenggaroh 2. Katanya ada mak cik tinggal di sini. Tapi lama sangat tak jumpa konfius di Tenggaroh 2 ka 3. Akhirnya, Logok Campsite menjadi destinasi terakhir. Alhamdulillah ada rezeki, tempat kosong seorang abang tu baru nak keluar. Cuma kena tunggu sekejap sementara dia siap berkemas. 


Jam 6.30 petang baru Husband dapat pacak khemah. Itu pun berebut dengan angin kencang. Anak-anak usah la cakap, memang teruja amat. Hari pertama kami sampai apa yang merisaukan Ibu ni adalah tandas dia kena beratur. Masya Allah. Bayangkan dengan anak-anak kecik lagi. Memang ada paip kat luar. Tapi macam. Hurm..  Bak kata akak sorang tu, bebel sama-sama masa beratur. Ni dah serupa Kem Survival dah kena beratur tandas. Haha 


Tapi, selepas 2hb orang ramai dah balik, okay je tandas tu. Tiada masalah beratur pun. Pihak Pengurusan pun sedang dalam pembinaan penambahan tandas dan bilik air. 



Masa kami pergi ni, RM20 untuk dewasa RM10 untuk kanak-kanak. Selebihnya sama saja. Memang masa tu ramai orang pacak khemah unta ja. Kami beginner, kecil-kecilan la dulu. Janji boleh tidur. 


Lapangnya kawasan ni bila orang sudah tiada. Hari nak pulang baru dapat amek gambar. Al-maklum la, shy shy cat gituu.. Kawasan perkhemahan ini jika dari jalan besar sejauh 1-2km ke dalam. Lalu jalan tanah merah, agak mencabar bagi kereta bukan 4x4 ni. 

Tiger Base Camp jugak bersebelahan dengan Logok Campsite ni. Husband kata, ada rezeki boleh cuba TBC pulak. Majoriti pakar perkhemahan kata TBC ni kayangan sikit harga dia. 




7 port yang ada pondok disediakan untuk kemudahan kita memasak. Kalau boleh dapat pondok, memang puas hati. Cuma nak gaduh sikit dengan angin kalau nak masak tu. HAHA



Hari pertama sampai, sampai 3 lapis barisan khemah tau. Semua khemah besar-besar. Hobi warga kayangan ni. Tapi  memang puas hati la kalau dapat ke mari. Dengan tiada perkhidmatan telefon. Memang sunyi dari dunia luar buat sementara waktu. Ada yang kata, Celcom kuat kan situ. Wallahu alam. 


Port khemah kami betul-betul depan pejabat pengurusan. Senang kan? Rezeki dapat dekat ngan tandas, pejabat dan juga surau. Nak ke pantai pun tak jauh la. Cuma, tak ada la boleh terjun terus kan? 


Kemudahan ATV juga ada tau. (betul ke nama benda ni ATV?) Boleh sewa RM40/sejam. Korang habis pusing pun tak sampai sejam. Memang best. 


Suasana khemah kami di waktu malam. Cute kan? Doakan ada rezeki lebih boleh beli khemah besar sikit. 


Malam kedua la lagi best, sebab dah sunyi sikit dan kami boleh berjalan tanpa mask. Haha Memang terasa dunia ini kami yang punya. tenang aja. 


Sebelum berjalan, mari makan malam dulu. Hanya maggi dan sambal ikan bilis dalam tin sebagai permulaan. In shaa Allah ada rezeki kita beli box ais tu, boleh bekal barang basah. 


Pantai yang sangat landai. Jalan dari Mersing sampai ke mari, serupa Tanjung Sedili je. Ye laa, nama pun pantai dan air laut yang sama. 


Oh, my. Subhaanallah Maha suci Allah untuk kesempurnaan alam ini. Sepanjang berada di situ, alhamdulillah juga tiada hujan walaupun terpaksa bertarung dengan angin yang kuat. Malam pun begitu. Kuatnya angin sampai risau terbang saja khemah kami. 



Pengalaman pertama Nadhira pergi mandi laut. Yang gegirls masing-masing masih bayi dah bawak ke pantai. Abang Najmi membesar zaman pandemik, dah setahun lebih baru dapat jejak pantai. Alhamdulillah juga ketiga mereka tak takut dengan pantai sampai Ibu pulak seriau tengokkan keterujaan mereka itu. 


Kita kasi tanam mereka. Najmi syiok ditanam oleh ayahnya. Nayla tak dalam sangat, itu pun dah sibuk suruh korek balik. 


Bagi Aien yang cepat berpuas hati, Logok Campsite ni pun dah terbaik buat mereka yang nak bawak keluarga berkhemah yang serba serbi cukup la bagi berkhemah. Jangan la expect ada warung ke apa kan di campsite begini. Dia lengkap dengan kemudahan tandas, surau dan warga pekerja sangat ramah membantu orang ramai. Masa orang beratur nak mandi petang, dok tanya. Ada air ke tak. Sebab sekali tu mandj petang, air sendu amat. Rupa-rupanya ada yang tutup paip utama. Tersalah pusing agaknya. 

Rasa macam gateaway sungguh bila terputus dengan talian luar. Kita hidup dalam dunia kami small family je. Bila dah keluar, berdesup masuk whatsapp dan ada juga video call dari adik beradik. Al-maklum la masa tu kan cuti, jadi ambil kesempatan la nak VC dengan anak-anak buah tiga ketul ni. Maafin kami, berjalan kami wai~ 

Next, Husband kata nak repeat tempat lain pulak. Misi dia memperbaharui setup khemah dia supaya anak-anak lebih selesa. Ini pun budak-budak setiap kali keluar ingat nak pergi berkhemah lagi. Masa kecik la kita kumpul memori bersama. Ibu rakam, simpan dalam media sosial. Supaya bila kami tiada, mereka boleh tatap bersama. Kenangan itu sentiasa hidup dalam ingatan seseorang. 

Kan? 





16 ulasan

  1. Sebelum memilih bercuti ke Tg Sedili tahun lepas, berangannya nak camping di Pasir Logok ni la.. tapi, kira2 balik RM20 sekepala, dengan bilangan kami yang ramai, lebih berbaloi sewa chalet.

    Camping macam ni bagi sy kena bertabah bab toilet tu la.. lagi dgn anak2, memang kena kuat semangat kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. RM10 je, tapi hujung minggu naik RM20. betul kalo dapat yg selesa tubuh ramai, elok homestay je

      Padam
    2. Nama pun camping... Memang untuk latih anak survival...

      Padam
  2. Rajinya awak jalan2, cuti2 Malaysia... blog awak ni sesuai niche travel blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan selalu jalan-jalan tu. Haha tapi bila dah jalan, mesti nak kena update

      Padam
  3. Trend org kinek bercuti di camp site.. kmk blom pernah gik.. tp best mun pegi rami² kompom x tidur mlm ya berloyar.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya benar ya. mun kmk bercamping tok prefer family kecik jak. mun rame² bgus sewa homestay

      Padam
  4. puas hati budak budak dapat camping..

    BalasPadam
  5. Pernah pergi sekali kat logok ni... Pada saya best sebab kawasan dia luas... TBC tu kalau nak pergi jangan time cuti... Sebab confirm ramai sebab dah ramai orang tahu.. logok ni masih baru juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye? Hahaa tak jadi la lain kali ke TBC. Tapi ikut master planner. Dia jalan onz~

      Padam
  6. seronoknya..teringin gak nak camping2 mcm ni..

    BalasPadam
  7. Seronok bercamping macam ni sekali sekala. Glamping dah jadi trend sekarang. Syok kalau ada kelengkapan semua. Tempat pun menarik dan ada kemudahan. Keluar khemah terus boleh nampak laut yang indah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Sana sini camping dan glamping.. Jumpa geng memang menjadi

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤