Lamberrrttt~ During jalan sana jalan sini sepanjang beberapa aplikasi tak terfikir ui nak update. Dah nak start jalan ke rumah a.k.a blog orang lain baru terasa, why not you write something today Nur? Abadikan tarikh cantik ini?
Here we are before it's change to 23rd. I just rant something la about these days yang I as usual feeling like loser after all the chores that I've done. And after awhile, I realised that ehh ehhh kejap? Ko dah kenapa speaking mek?
Excuse mee .. ehemm..
Ya la tek, dah biasa nak ngerepak alu speaking tek nak. Biasa la madah nak rant, alu speaking juak la ..
Nak madah, aku tok just mok nulis untuk abadikan tarikh nok acak tok tek. Nak cerita kit dalam seminggu duak tok, macam biasa la. Aku tok rasa macam loser lalu, biasa suri rumah tok nang bermain ngan perasaan. Nama kita tok ompuan nak, nang emosi ajak la.
Eh eh.. Kawu tokkk? tedah juak orang lain paham ka nisik nok di kelaka kawu tok? Paham kah?
Ha ha haha Betapa rindu kampung bak hang. Bah, izinkan la saya ni membebel okay gais. Mak mak be like.
Apa yang digaduhkan dalam kepala Ibu ni adalah bila mana sendiri nak berjaya, tapi nak duduk rumah. Pahtu dok fikir, siapa yang aku nak follow jadi idola? Eh. tetiba rasa diri ni BIMBO. Tapi, aku ni cantik ke? bwahaha Dasar tin kosong. Jadi untuk kebanyakan minggu ni aku randomly berjalan di channel self healing yang yang banyak follow di telegram, tapi tak pernah baca pun apa tulisan mereka. Tentang parenting, self healing dan back to basic.
Pahtu, tetiba ada penulisan sorang teman dia tulis mungkin lebih kurang berbunyi begini,
"Jika hidup, haiwan di hutan juga hidup."
Ringkas tapi padan. Make me realise, betapa jauhnya tersimpang dan leka dengan dunia. Astaghfirullah al adzhim. Eh, cuba kau tanya pada siapa saja. Mana yang tak mau syurga Allah? Kataku pada diriku? Kau mau usaha dong. Balas yang kanan lagik. Lantas si kanan jugak ingatkan...
Nah, buat kamu duhai diri. Sudah la di dunia tiada apa-apa. Masakan di sana juga kau tak mau bawa bekalan?
Dada semakin perit. Entah tak tau penangan booster ataupun pengambilan pil perancang. Sejak Januari lalu, dada ni sakit sangat bila overthinking, stress dan mula datang insomnia. Kadang self diagnosis konon anxiety. Bila ditanya pada misi, ditanyanya kembali. "Awak ada ambil kaffein?" jawabku. ada tapi tak banyak dalam sehari. "Habis tu awak nak teruskan ke tak pil ni?" Huwaaa.. tak tau nak ambil perancang yang mana dah. Jadi kita go on dengan Oralcon, dan disebabkan berat menurun dengan pengambilannya. Maka harus katanya tidak disebabkan sakit dada? Hurm.. Macam makin teruk, next appointment harus dikhabarkan lagi ni.
Jadi bila tiap kali sakit dada, selalu kabarkan pada diri. Nah, kalau kau mati dulu gimana? Apa aja bekalan mu? Eh eh eh...
Astagfirullah al adzhim. Ya sudah.. biarkan nukilan habis di sini. Biarkan sendiri masih terus berfikir. Mahu miskin di kedua alam atau pilih kaya di salah satunya. Jika baik, aku mau kaya di keduanya. mudahan kematianku seperti arwah Siti Sarah. Biar hatiku ikhlas dalam melakukan pekerjaanku sebagai pengurus kediaman.
Apapun, semoga kalian baik-baik saja di musim kes boleh cecah 30k sehari ni. Jaga diri, jaga iman moga bertemu lagi.
aienienka
2 ulasan
Kannn sejaran hari semalam.. baca depan sama baca belakang pun sama juga datenya...
BalasPadamKan? orang kata special sangat
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤