Berhujung minggu bersama Yok Chillax di Educity Sport Complex

Rabu, Mac 02, 2022

Sabtu lalu, Aien dapat peluang untuk bersantai bersama keluarga di satu program yang menarik anjuran Educity Iskandar yang berlangsung dari pagi sampai ke malam tau. Walaupun cuma sehari saja, bermacam juga aktiviti yang ada antaranya Kids Push Bike Clinic dan Tournament. Budak-budak ni kalau dah bermain, memang suka sangat. Lagi-lagi bila dapat keluar rumah. Di sebelah petang pulak, ada pertandingan karaoke yang penuh dengan alunan suara merdu para peserta.

Selain daripada itu, ada juga Chillax Market yang memberi peluang kepada peniaga kecil mempromosikan jualan mereka. Paling best bia dah keluar macam ni, penat² mesti wajib cari makanan atau minuman kan. Nah, kata saja Sport Complex tapi di situ juga ada beberapa food truck yang menjual variasi makanan dari western ke makanan panas, air sejuk sejuk yang boleh menghilangkan dahaga selepas penat bersukan. 

Ikutkan dulu, food truck ni daripada luar kawasan sport complex ni, tak jauh dari Mc Donald's tu, tapi atas sebab-sebab tertentu kini food truck ni dipindahkan ke kawasan yang kurang sesak. So, hari biasa pun mereka ada berjualan di situ. Dari jam 4 petang sehingga 12 tengah malam. Korang kalau craving makanan negeri seperti ikan patin masak lemak tempoyak pun boleh usha ke mari. 



Sambil-sambil tu tengok kawasan Sport Complex yang serba serbi boleh digunapakai untuk acara kesukanan tadika ke, program Hari Sukan syarikat ke. Eh, memang cukup la kelengkapan mereka. Berkonsepkan Bandar Pendidikan Antarabangsa yang mengamalkan hidup sihat, semua fasiliti dibuka untuk orang awam dengan tempahan awal. 

Memandangkan waktu petang dan Nadhira pun ngantok, Ibu malas nak pusing menolak stroller dia. Al-maklum la seketul Aien ni malas nak bersenam. Makan dia suka. HAHA

Cerita bab makan, sana sini dia amek gambar. Eh Eh... 


Food truck 1 ni memang sedap asam pedas Ikan Pari dia. Ngam tekak Aien yang tak berapa tahan pedas ni. Selain menu Asam Pedas, lori ni jugak jual Ikan Patin masak lemak Tempoyak. But, to me kureng sikit. Korang boleh cuba. Mana tau kena dengan tekak korang. 


Bila digaul dengan nasi, uish naa lemak yang cuba kau buang tadi, datang kembali. HAHA bahaya. 


Lama sudah mengidam makan Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak ni. Panas² makan terangkat jugak. Tapi mungkin sebab lama tak makan, jadi macam hurm...  aku ni dah tak leh makan ikan patin ke? 


Foodtruck 2 ni menu western plus Korean sikit. Tukang buat pun chinese look sampai konfius boleh ke nak makan. But, no worries sebab sijil halal dia ada di bawah kod QR e-wallet ni. 


Chicken fillet with fries and sweet corn. Wah, sedap sangat ni bila tengok lambakkan mayonis dia begini. 


Spagetti Aglio e Olio with Shrimp memikat hati. Tambah dengan sedikit cili padi, pheww western yang dimelayukan begini. 

Malangnya sebab dah terlalu kenyang, Aien bungkus bawak balik. Panaskan bila nak makan. Kenyang sampai bisok pagi. 



Satu-satu lori yang menjual air yang ada di situ. Petang-petang pekena Coconut Shake memang sedap. 


Mango Blended with Ice cream. Sejuk dan manis memang tak jadi nak bersenam ni  


Taraa, Coconut Shake dia. Secawan ni RM7 kalau tak silap Aien. Dah minum tak fikir harga dia dah. Memang berbaloi.



Lori yang terbaik masakan panas dia. Harga pun kasih sayang sangat. 


Char Kuey Teow dengan Kambing Bakar. Terbaik! 



Food Truck 4 menjual Yong Tau Hu, ke Yong Tau Fu. Ntah, Yong Yong gitu ler. Aien tak pernah pekena Yong Tau Fu ( haa, ) Ramai sangat pengemar dia berderet juga beratur. 


Last but not least, Ayam Gunting Cheese Leleh. Yang ni pergi mana pun orang memang suka. Buat kudapan. Alas perut pun kenyang. 


Power la cheese dia. Padu~ Anak-anak gemar benar mereka dengan menu begini. Habis kentang putar tu mereka berdua saja makan. Si Kecik sibuk je nyendeng abang kakak tak dapat. 


Hai, lepas jogging bantai makan je. Acaner nak kurus ni duhai diri? Anak-anak pakat main di taman.  Makin lewat petang hingga malam  makin ramai orang bersukan.  Lagi-lagi kalau esok hari cuti. Memang bertambah meriah la. 

Dah kenyang, mari la kita pulang. Anak-anak pun dah penat bermain. Ayuh, warga Johor yang suka beriadah, yok chillax di Educity Sport Complex




7 ulasan

  1. Food truck ni sama tak dengan yg sebelah Assalam The Kedai Mamak tu? Kadang makanan FT ni mengecewakan, tapi nampak asam pedas tu macam sedap sangat. Patin tempoyak nampak pelik warna dna potongan ikannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. Sama. dorang dah dipindahkan ke Sport Complex tu

      Padam
  2. Musykil lah baca entri ni. Pergi kompleks sukan untuk bersukan ke untuk foodhunting? Hahaha dah lah banyak makanan sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. niat asal nak bersenam. sekali nampak food truck. Eh, eh..

      Padam
  3. First time tengok food truck jual makanan masakan asam pedas dan tempoyak tu. Kelakar pula lepas jogging banyak juga tu bedal haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Weh, tak sempat bersenam bila nampak makanan. Hahaha

      Padam
  4. Nampak asam pedas je.. hahaha.. merah menyala..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤