Kit PPC #KeluargaMalaysia baru sampai

Selasa, Mac 22, 2022

 


Yeay! Dah sampai. (hilang sudah syiok saya ni) Berkurun lamanya, setelah melihat di sana dan di sini menerima. Dan bila Aien post di status, wah.. rupanya ramai lagi belom terima including my friend from Sabah dan juga keluarga di Miri. Eh, lambat benar ya proses.


Macamana boleh dapat? Nak kena mohon kah? 

Dari apa yang Aien tahu la kan, benda ni seperti dalan kenyataan akbar oleh Perdana Menteri Dato' Ismail Sabri berkata, 

Golongan B40 akan menerima bantuan Kit PPC ini. Dan ianya telah mula diedarkan sejak November 2021 dan masih lagi diedarkan. 


Sebelum tu, meh kita tengok ada apa dalam kotak kit PPC ini. Ikutkan kenyataan akbar dalamnya ada 4 keperluan utama untuk mengesani Covid-19 iaitu, 4 kotak Rapid Test Kit (RTK) , 4 keping face mask, 1 penyukat suhu badan dan 1 penyukat kandungan oksigen serta 1 risalah penggunaan kit.  Dan nampaknya apa yang kami terima adalah: 



Okay la kan memandangkan benda ni kita dapat percuma. Dua pun sudah memandai. Alhamdulillah penyukat suhu dan oksigen berfungsi dengan baik. 

Apa yang rezekinya adalah jenis RTK yang diterima oleh setiap keluarga. Hari tu, keluarga mentua baru terima sejak mereka dijangkiti virus Covid-19 setelah adik ipar buat aduan ke apa ntah. Tak lama lepas tu sampai kit ni. Mereka beruntung dapat RTK yang jenis swab tu. Selepaas menggunakan swab tu, dengan pantas mereka sah positif dijangkiti covid-19. Sedangkan sebelum tu boleh dikatakan hari-hari buat jenis saliva tu. Mungkin tak kena caranya jugak. 


Selain daripada itu, tiada apa la yang special sangat cuma serba sedikit membantu keluarga B40 untuk siap siaga dengan endemik tak lama lagi. 

Covid -19 just a flu - kata satu akaun Tiktok Aien pernah nampak lalu di fyp. Jujurnya nak kata lebih pun tak boleh sebab sendiri pun belom kena. Bak kata anxiety people, covid pun tak nak aku wei. Haha 


Nauzubillah min zalik, jangan lah wei. Saya ni sudah la ada anak kecil. Bimbang juga kan. Bari semalam ada rakan instagram berkongsi anak dia sama baya Najmi kena Covid stage 4. Allahu akbar. 6 hari kalau tak silap dalam wad. Nyaris-nyaris hendak ditidurkan. 

I was really impressive for those yang dah kena. Tahniah anda fighters yang hebat. Stay safe and healthy. Ada post simptom selepas dijangkiti virus wabak ni. Allahu akbar. Bukan nak apa la kan. Hey, apa kau mengarut ni haa.. Dah la berhenti la menulis. 


Tu je la nak cakap. Bagi sesiapa yang belum menerima lagi, tunggu la kotak ajaib ni sampai. Kami punya suami pergi kutip ke poslaju memandangkan posmen malas a.k.a tak larat nak panjat rumah burung ni. Tak pasti sama ada bila fasa endemik bermula, kit ni masih available atau pun tak. Just follow the berita la. Nak google pun macam tak banyak info why this kit to slow nak sampai kat kita padahal dia dah war war kan sejak November 2021 kot. Sekarang dah bulan 3 nak masuk 4. 11,12,1,2,3,4 hampir 6 bulan jugak. Pahtu sangka baik la kan, ada 8.4 juta keluarga yang nak terima kit ni. Mungkin dah half way untuk capai 100% penerima. Who's knows kan. Semoga kit PPC ni sampai kat korang jugak. 


najmi takut oxymeter tu makan jari dia. Haha


11 ulasan

  1. Wah, kira lengkaplah kit ppc ni untuk kegunaan isi rumah...

    BalasPadam
  2. hmmmm....BSH pun tak layak katanya padahal ammi rasa ammi ni pun B40.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah mengapa begitu? Ammi ada berniaga ka? Ada SSM?

      Padam
  3. tak tau lah akan dapat ke tak sebab facial mask free dulu pun tak pernah dapat haha. Anyway take care Aien sekeluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Facial mask? pun xpernah dpat nampaknya. Haha benda orang bagi free. tunggu je laa. haha

      Padam
  4. not all covid 19 patient experience onlt the flu. apa2 pun kena berjaga2 jgn sampai terkena

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? tu yg mcm kenot brain jugak yg dia ckap begitu.

      Padam
  5. Ramai juga yang baru dapat yaa.. tak kisah laa lambat, janji dapat hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kan. yang penting sampai. Kadang terlupa jugak. haha

      Padam
  6. Uishhh tak dapat pulak...moga kita terus dilindungi....

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤