MAK KIAH HIDDEN CAMPSITE : Port Baru untuk getaway

Sabtu, Mac 26, 2022

 

Mak Kiah Hidden Campsite: Port Baru untuk Getaway

Hi, Hi Hi 


Kembali kita dalam siri bercuti dan berkhemah bersama si Nopal. Eh, bukan. Bersama Nayla, Najmi dan si kecil Nadhira. 


Sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Iskandar kelmarin, memang sudah dirancang oleh Sang suami nak berkhemah lagi semenjak pengalaman pertama kali berkhemah lalu meninggalkan rasa teruja dengan ketenangan alam tu. 


Baca juga: Pengalaman berkhemah dengan anak kecil di Logok Campsite


Makanya, diulang kembali sesi berkhemah dengan tempat baru, suasana baru dan alhamdulillah pengalaman baru jugak apabila sebaik saja suami siap mendirikan khemah dan baru hendak melepas lelah setelah sejam jugak perjalanan daripada Skudai, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Mula seronok, bila hujan lebat makin menderu mula membawa turun kepala air dari gunung. Allahu, punya seronok tengok anak mandi, terlupa dengan sungai tu. Seram, nasib tak terus bungkus la. 


Sepanjang hujan lebat tu, tuan tanah Mak Kiah Campsite ada turun padang memantau keadaan sungai yang semakin tinggi airnya. 


image kredit: Page Mak Kiah Campsite

Dah sampai lupa ambil gambar khemah dah siap pasang, al-maklum la ada anak kecil. serba serbi serabut. Haha 


Alhamdulillah setelah dua jam hujan turun, menunjukkan tanda redanya. Arus sungai mula surut. Dan kami kembali ke khemah yang habis banjir. Luar je la tapi. Dalam selamat selesa tidur 5 beranak sampai esok pagi. Tak sangka pulak kan. Try and error punya style. Haa, pengalaman kan? 


Mak Kiah Campsite

Ianya merupakan satu tempat perkhemahan yang diusahakan oleh suami isteri di dalam ladang kelapa sawit dengan menghadap sungai dengan kemudahan tandas sebanyak 4 pintu. Alhamdulillah bersih dan selesa. 

Harga tapak untuk disewa : RM20/malam (promosi terhad untuk Mac 2022) boleh hubungi Tuan Tanah Mak Kiah Campsite: 

Cikgu Azam - 0179771286

 atau layari page FB: 

Mak Kiah Campsite


Tapak juga terhad untuk 3-8 kumpulan saja. - Demi menjamin keselesaan antara pelanggan. Kebiasaannya Aien tengok dari pelanggan lalu Mak Kiah Campsite ni kebanyakan datang keluarga saudara mara begitu. Tak pun sesama kenalan pejabat yang punya hobi sama seperti suami dan kawannya. 


Tuan Tanah juga sangat ramah dan mengalu-alukan cadangan baik dari kami dan sentiasa datang ronda pagi dan juga malam. Kalau tak silap Aien kedua mereka itu cikgu. Mengusahakan tanah tinggalan mak.  Begitu la. 


Syiok sangat wei. Kalau tak jumpa kepala air tu, eh.. dua malam kami. Seram juga tengok air tinggi wei. Ada anak kecil lagi. Dengan khemah barang semua banyak. Memang idok ler nak suruh suami kemas sorang. 

Ohh, selain daripada itu juga, Mak Kiah Campsite ini tidak mengalu-alukan walk-in ke tempat mereka atas faktor keselamatan agaknya. Tiada piknik -means bakar-bakar. Tahu saja la kan ladang, monyet pun ada. Walaupun begitu, sepanjang kami berada di sana, tiada juga mereka datang sergah khemah kerana tuan tanah sudah menyediakan sensor untuk mengesan binatang-binatang liar. Jadi, kalau mereka ni tersesat alarm akan berbunyi macam siren. Haa, pesanan tuan tanah. Jangan terkejut pulak dengar siren tengah hutan. Bukan maksud berbahaya. 

Macam biasa laa, kalau dah berkhemah mana akan ada letrik ye dak? Jadi tiada letrik untuk kamu di sana.  Haha But no worries, talian telefon maxis paling syiok laju dia. Siap boleh skrol tiktok bagai. Umobile sendu sikit. Ada line, tapi terbatuk-batuk. Tapi, apa guna untuk getaway tapi masih nak fix ngan phone kan?

Jika korang risau la kan, eh letrik tak ada? Habis tu gelap laa.. jangan risau ada 7 lampu solar besar mengeliling kawasan Mak Kiah Campsite ni.  

Paling best apa tau, kalau la buat macam kem survival kan, siap ada campfire tau. Memang fefeeling sangat. Lagi meriah la kalau dapat buat family day kat situ. Atau family getaway kan. 




Dia ada tiga tingkat susun atur khemah dan yang mana ikut keselesaan korang la kan. Kami pilih masa tu, paling dekat dengan jeram. Keluar khemah je terus turun sungai. Mandi. Haha Kan semalamnya dah hujan lebat. Kejap je air dia dah jernih balik, dan takungan air pun puas hati dewasa nak mandi ala-ala puteri bunian. 


Tingkat 1 (dekat dengan jeram) - boleh memuatkan tiga khemah. Dia ada juga sediakan tapak seperti dalam gambar di atas. 

Tingkat 2 - (medium) dekat dengan tempat parking. boleh memuatkan 3-4 buah khemah keluarga. 

Tingkat 3 - dekat dengan bilik air. Paling tinggi. Boleh memuatkan 3-4 buah khemah juga. 

Over all, memang puas hati, again I want to mention it. Not paid review okay,  cuma dari tingkat 1 tu nak naik ke tandas/bilik air rela turun ke sungai. Haha 

Lagipun di tingkat 2, berdepan dengan  tapak campfire ada juga paip air untuk bilas badan. Tapi open space. Tayangan umum gituu.  


Ajum kita treasure gambar Ibu yang amatur ni snap buat kenangan untuk korang dan juga kami. 




Jalan masuk ke tempat perkhemahan. Memang bertutup dengan buluh. Jadi bila korang dah tempah, jangan ragu jangan gusar. bukak dan masuk saja dan jika boleh maklumkan terlebih dahulu dengan Cikgu Azam yang korang akan sampai jam sekian-sekian. 


Masa ni duduk dalam kereta standby. Tinggal bapak-bapak saja jaga barang kat belakang. Mana tahu dia makin lebat memang terus terbang saja la bawak diri dan barang berharga. 


Mak anak tiga tumpang lalu nak mandi. Kalau laut malas juga nak layan sebab melekit. Sungai, was a big YES for me. HAHA peduli laa. 


Tiga ketul bergambar kenangan di banner Mak Kiah Campsite. Elok aje si Nadhira sepanjang 2 hari 1 malam kat sini. Tiada juga meragam. Alhamdulillah dia paling senang la. Dia cuma nangis bila Ibu babap tangan dia sebab sibuk nak main wayar lampu dan kipas yang sambung dengan power bank tu kan.


Last but not least, kenangan kami dua keluarga di sana. Jumpa lagi kawan baru. Tapi, Iolls lupa tanya nama. Haha Sporting habis. Umur pun masing-masing lebih kurang. Suami kami berdua satu pejabat la jugak kiranya. Baru berjumpa di Logok Campsite ritu masa dorang nak balik. Eh Eh, memasing pun baru mula nak set . 


Begitu la pengalaman kami berkhemah dalam ladang kelapa sawit. Baru adventure sikit. Kejung kaki ibu turun naik ke tandas.  Dengan Nadhira jadi anak warek (monyet). Bila letak bawah, buat kerja sungguh dia. 

Nak  info lebih lanjut tentang Mak Kiah Hidden Campsite, korang boleh tengok di page FB 

Tidak la mewah, tapi cukup untuk cipta kenangan indah bersama keluarga

Next location please...  

10 ulasan

  1. syok ek. nak try camping dgn hero2 ni tapi belum buat persediaan hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. best kak... boleh start slow². bawak sebelum deme bawa haluan memasing. haha

      Padam
  2. Bestnyaaa...Lama gila kott tak berkhemahhh...! Sungai memang best, nyamannnn!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? sungai sangat segar. rindu pulak air sejuk dia

      Padam
  3. Nampak menarik, agak lama juga tak camping ni, cuma tu laa cuaca tak menentu ni, susah juga nak piknik gini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laaa. kami tu tak menyangka la hujan petang tu. Ado naik seram eh nak bermalam tinggal kami saja

      Padam
  4. Akak ada kawan yang hobi macam ni. Siap ada dapur dan periuk belanga, khemah lampu2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha dalam kereta tu dah berapa box dah. husband punya collection. kita ikut je.

      Padam
  5. Balasan
    1. sebab tu la bila kawan nak balik kami balik sama. Haha risau kami sekeluarga jaa

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤