Pengalaman hantar parcel ke luar negara: Singapura

Sabtu, Mac 19, 2022

 

pengalaman hantar parcel ke luar negara: Singapura

Hi, hambar kan untuk bulan ni? So, let us cerita sedikit pengalaman minggu lalu hantar parcel tie back mask kepada customer di Singapura. 


Ceritanya bermula customer also known as kawan Aien berminat nak beli Tie Back Face Mask dari Jimmyscarves ni. FYI, kalau uolls reader baru, Aien ni reseller (dropship) Jimmyscarves. Jadi, customer ni nak beli hot selling face mask yang memang tinggal last stock lagi daripada HQ. 


Ikutkan leader yang masa tu tengah tunggu hari nak bersalin, dia biasa guna servis POSLAJU untuk penghantaran ke luar negara. Jadi, cuatomer Aien yang juga small business owner dia suggest guna easy parcel. Masalah Aien ni, tiada la akaun easy parcel tu, sebab bisnes iolls ni kebanyakan memang leader uruskan. Jadi customer yang atur perjalanan parcel dia. Haha 

.

As long barang sampai kat dia, it's okay. Dia okay je tanggung semua kos. Best dapat customer macam ni. Moga Allah murahkan rezeki dia sebab senangkan peniaga kecil macam Aien ni. Berbalik cerita kita tadi, si C suggest dari HQ ▶ Leader ▶ Aien ▶ Singapura. Begitu. Kalau dari leader memang rate postage biasa la kan. RM7-9 berdasarkan berat. 


Aien pun bila dah tak ada easy parcel tu, cuba la cari mana yang ada penghantaran dekat dengan rumah. Sekitar Taman Universiti ni ada pelbagai pilihan, but Aien ni suka dengan J&T dan memang dah biasa dengan servis dorang yang mudah tu. 

.

Korang tahu tak sekarang, bahawa J&T ada sediakan aplikasi untuk memudahkan seller dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka berkomunikasi tanpa sentuhan? Best sangat dan relevan aplikasi J&T sepanjang Aien guna. Mula memang macam leceh sebab kena ada apps bagai kan. Ada saja cara lain, iaitu scan QR code yang mereka sediakan di pintu dan isi maklumat barang yang kita nak hantar. But, you know me. I choose harder way to use it. Haha 


Done cerita pasal J&T yang menyediakan pakej penghantaran ke Singapura bergantung pada berat barang serendah RM39/kg. For me, murah la kan nak dibandingkan dengan yang lain lebih kurang RM10 beza dengan J&T ni. Mungkin sebab Aien daripada Johor ke, tak pasti juga. Boleh usha rate international shipping by J&T di bawah ni. 

rate international shipping J&T

Masa drop the parcel, tanya CS berapa lama dia akan sampai, mereka kata dalam seminggu. Dua hari lepas Aien tengok dia sangkut di Klang lagi. Sekali hari ni (semalam 18.3) customer cakap parcel telah selamat diterima. Alhamdulillah. Aien drop parcel pada 12hb Mac, dan kira normal aje tempoh penghantaran dia. 


Over all, I am a satisfied seller yang dapat customer dari luar negara. Ha Ha Ha Korang nak cuci mata koleksi Pre Raya 2022 Jimmyscarves boleh tengok di IG FISAH_JIMMYSCARVES


ps: sakit ati ada scammer lagi dari link whatsapp bisnes ni. Heee~ 



6 ulasan

  1. wah makin kencang bisnes.. dah nak raya ni semoga makin murah rezeki aien :)

    BalasPadam
  2. Bab parcel ke SG ni, kadang Sis serah kat adik, sebab Suami dia kan kat sana.. nak urus sendiri takut salah hehehe

    BalasPadam
  3. alhamdulillah selamat sampainya.. mama tak penah lagi pos ke singapore. singapore post ke mama ada la hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah risau jugak tak sampai. Dua hari tengok sangkut kat Klang.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤