3 resepi mudah biskut raya berasaskan Kulit Popia

Ahad, April 17, 2022

 

3 resepi mudah biskut raya daripada kulit popia

Dua minggu lebih kurang nak raya ni. Korang ada yang dah siap berapa macam biskut atau kuih raya tu? Pakat tunjuk ke gigih buat? Haha Aien ni masih dok mikir lagi nak buat apa gais. Memandangkan sekarang ni dalam fasa tak sehat, jadi kita berangan aje la buat dalam kepala. Risau sat g buat kang orang yang makan terjangkit sama. Tak ke naya orang tu? 


Okay let's us start dengan resepi paling senang tapi paling senang beli daripada membuatnya. Orang Sarawak kata, sik --- ku nak molahnya. - malas la nak buat dia. ada ayat dia tapi dalam kepala mereng ni dok MOHA aje tau. Betul ke idok sat g kena kecam Sarawak celup. Naya~ 


Ada banyak aje la resepi dari kulit popia ni, tapi Aien kongsi top 3 yang bakal Aien buat la kan. Kita tengok sempat tak sempat. Dah la ketiga dia jenis lambat buat, cepat habis. Haha Kulit popia kat Econsave pun macam dah tak nampak bayang dah tau. Haa, ko rasa? 

Nanti dah nampak bayang, ada la up kat sini tu. Kalau tak ada, halal aje laa. Masuk perut sendiri. 


1. POPIA ROLL SERUNDING UDANG KERING


kredit image: shopee

Aish~ favorite all time setiap kali raya dari kecik sampai la ke besar. Setiap tahun mesti rajin nak buat. 5 tahun kawen pun, baru 3 kali raya je buat. Tahun ni, pasti kena buat sebab udang kering yang Umi Aien bagi ritu banyak gilerss dalam peti es. 


Resepi inti serunding udang kering style umi

Udang kering

Serai 

Bawang putih

Serbuk cili 

Garam & Perasa 


- semua bahan-bahan di atas dimasak seperti biasa dahulu, atau tumiskan terlebih dahulu sebelum dikisar halus dan disangai sehingga kering. Selalunya letak garam dan perasa bila tiba masa sangai. Risau terlebih masin. Macam Aien setakat ni belom pernah lagi berjaya buat ngam rasa dia. Adakala terhangus la sebab leka. Adakala masin. Macam first time buat. Haha Semua kata tak sedap. Tak support langsung usaha lelah aku. Cih~ #jk Tahun ni nak cuba lagi harap okay la kan. 


Dah cukup kering, serunding tu boleh di simpan dalam tempoh 3-4 bulan begitu. Udang kering jangan banyak sangat tau. Aien selalu buat segenggam udang kering, hasilnya satu telap aiskrim Kitkat tu. Belom tentu mampu nak habiskan 10 paket kulit popia. Haa, banyak kan? Jadi. Buat sikit je pun jadi. Agak-agak aje bahan tu. Resepi dari orang tua begitu la. Main agak² je. Kita try and error je la. Official measurement Aien sendiri belom arif. Kah!


-Dah siap inti dia boleh la digulung bersama kulit popia yang telah dibahagi kepada 6 bahagian. Usah besar. Biar haluih muluih.  lagi crunchy. Tapi leceh. Haha itu kata, lambat buat cepat habis. 

- Siap gulung, boleh la dijemur terlebih dahulu untuk dapat keranggupan berganda. tak jemur pun okay je. 

-Goreng dengan minyak yang panas, api yang sederhana sehingga kekuningan. Dah boleh angkat. 


Memori masa kecik kami, duduk satu meja, dok gulung popia ni. Bila raya, siapa rembat masuk poket, kena jeling. Haha Kenangan kan? Menu wajib dalam list biskut raya rumah kami ni. 


Okay, next resepi! 


2. POPIA CHEESE EASY PITSY


kredit image: shopee

haa, ni favorite kegemaran ramai sejak dia famous tahun bila entah. Bersepah jugak kedai yang jual. Ramai suri rumah menjana pendapatan daripada benda yang paling senang ni. 

Macam tahun sebelumnya, Aien malas nak.buat, order dengan kawan. Tahun ni dia diuji dengan alahan, segan pulak nak nyusahkan dia. Hehe Jadi nak buat ke tu? Angannya begitu la. Serbuk cheese pun dah masuk ke dalam bakul di shopee tu. Jadi tak jadi, tak tau laa. 


Resepi popia cheese easy pitsy: 

Kulit popia dipotong kecik. Ikut saiz suka hati korang. Dan pisahkan dalam kadar ketebalan dua lapis setiap kudapan. 

Jemurkan untuk lebih rangup. Kemudian goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. 

Angkat dan toskan minyak. 

Bila dah sejuk sedikit baru la tuangkan serbuk cheese dan sedikit serbuk cili untuk extra pedas. 

Dah siap! 

Ada aje serbuk cheese yang dah siap pedas tu. Well, la ni semua benda di hujung jari. 👆👆 Nak perisa lain pun ada la, dengan NZ Crunchies. 


Next, resepi..  


3. Popia Seaweed 


Ni adalah yang paling favorite dan paling senang dan sedap jugak. Dah beberapa kali buat, anak-anak suka makan.  Cuma kena jarak sikit nak buat. Kalau selalu ada di dapur tu jemu pulak mereka nak makan. 


Resepi Popia Seaweed 

- Mesti ada kulit rumpai laut yang macam orang nak buat sushi tu.

-telur dan bahan perisa seperti garam / serbuk lada hitam. 

-cantumkan kulit popia dan seaweed itu bersama dengan larutan telur. sapu-sapu. Cantum. Senang je. Pahtu gunting la ikut saiz yang korang nak. 

- kemudian, jemur untuk extra ranggup. 

- goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Dah siap! 


Senang kan semua resepi kat atas ni? Korang rasa yang mana paling cepat habis kalau letak kat meja tetamu ni? 


8 ulasan

  1. Memang senang kannn.. tapi kalau malas dia up, yang senang pun jadi susah hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la tu. Kalau susah petik pakai duit aje laa. tu la senang sekali.

      Padam
  2. Kuih raya berasaskan popia memang mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? senang makan, tp payahnya la nak buat. haha

      Padam
  3. senang dibuat sedap makan. nanti nak suruh anak2 dara abe kie buat la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu function anak dara. hahaha #katamakdululaa

      Padam
  4. paling senang nak buat ni.. rajin atau tak aje

    BalasPadam
  5. memang senang nk bt. tp tulah ada anak kecik ni susah. hehehe
    semuanya beli

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤