Jauh perjalanan, serupa balik kampung. Pekena pulak menu dari Selera Ibunda, tetiba hati sebak pulak. Rindu umi~ Begitu la moment ketika berbuka puasa dengan anak-anak di Tunamaya Resort, Desaru Jumaat lalu.
Anak-anak teruja dapat makan di luar lagi. Apatah bila melihat kawasan Pawana Restaurant begitu dekat dengan pantai. Dek kerana hari hujan, masing-masing kecewa.
Selera Ibunda mengabungkan menu para ibu, mak, bonda dan umi di seluruh Malaysia
Aien buat pertama kalinya menjejak kaki ke Tunamaya Resort & Spa ni memang teruja dengan sajian yang dihidangkan oleh cef di sini. Lagi-lagi Gulai Daging Kawah yang digabungkan dengan Nasi Special recipe dari nenda Chef dan menu ini sememangnya harus dicuba bila berbuka puasa di sini.
Gulai Daging Kawah |
Nasi Special resepi nenda chef |
Ikutkan nak merasa la menu ni, tak sempat sekejap je dah habis. Al-maklum la sejenis Aien ni berbuka minum air dulu kemudian dengan makanan ringan.
Macam murtabak dan roti canai cicah kari ayam. Memang terlupa la nak makan nasi. Ingatkan diet ke apa, tak. Sejenis tong kecik. Makan sikit-sikit, tapi kerap. Gituu~ |
Bila dah bawak anak-anak perkara pertama Aien cari adalah kids section. Boleh la bagi kudapan mereka sebelum kita juga sibuk mengisi perut.
Menu utama Selera Bonda diilhamkan dari seluruh pelusuk Malaysia
Banyak jugak menu yang ada di malam tu, di antaranya Gulai Ayam, Daging masak Halia, Kari Udang Kapitan. Tak dilupakan Asam Pedas Ikan serta Pucuk Ubi masak Lemak.
Selain dari kudapan untuk santapan anak-anak section buah juga turut disediakan dengan pelbagai pilihan buah. Nayla paling suka anggur sampai dua kali repeat.. Buat muka tak malu sikit. Nadhira pun turut sama boleh makan buah.
Dan Nadhira jugak orang paling kenyang sebab ayah dia bagi dia rasa semua jenis kuih yang ada kat sini. Paling favorite dia Kek Buah. Dua keping kenyang~ ..
Kecur air liur bila tengok hidangan kerabu, ulaman dan sambal. Aish~ section paling digemari adik-adik ni.
Di luat dewan Pawana Restaurant tu, ada live session jugak tau, dorang grill Kambing Bakar Berempah serta Ayam Turki. For the first time merasa ayam turki. in love sangat. Dua kali tambah. Haha
Bagi Aien itu kelainan berbuka puasa di Tunamaya RESORT & SPA ni tau. Ada Ayam Turki. Acah Thanksgiving sikit.
Close up Ayam Turki yang empuk isinya enak dengan rempah yang telah serap masuk ke dalam dagingnya. Lembut je.
Kebiasaan Buffet Ramadan di Johor pasti akan menyediakan Otak-otak dan Pepes sebagai pembuka selera. Ala pembuka selera sendiri la. Orang lain tak tau macamana.
Begini la dilema mak-mak anak kecik berbuka puasa. Nasi tak ada, cuma ada yang kudapan je. Selebihnya air semata. Dah kenyang makan ni, hilang semua kelaparan setelah berpuasa di siang hari.
Pihak Tunamaya juga ada menyediakan tempat solat tak jauh dari tempat makan. Jadi boleh bergilir dengan suami untuk jaga anak. Tandas juga di tingkat yang sama. Senang sangat kan?
Kalau korang rasa rindu masakan menu mak-mak korang ni kan. Boleh cuba berbuka puasa di Tunamaya Resort & Spa. Kalau tak hujan, mesti boleh enjoy view sunset di luar. Sambil dengar deruan ombak.. Tu yang buat anak-anak makin tak duduk diam nak berlari ke pantai. Masing-masing resah dah tak ingat nak makan.
Rasa macam balik kampung pulak. Fefeeling old memories, orang muda kata KLMJ kan? Untuk tempahan boleh rujuk di bawah.
𝐍𝐨𝐫𝐦𝐚𝐥 𝐏𝐫𝐢𝐜𝐞:
Purchase after 2nd April 2022
RM88Nett (Adult) | RM58Nett (Child 6-12 years old)
IN HOUSE GUEST
RM78 per adult
RM48 per child
𝗖𝗮𝗹𝗹/𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗔𝗽𝗽: 016 772 7352 (En Shahrul) or 014 272 6595 (En Iskandar)
Email: shahrul.hgjb@careluxuryhotels.com
Book Here: https://bit.ly/3svtj1Y
2 ulasan
Kalau tak hujan, makan duduk luar tu seronok.. angin sepoi-sepoi bahasa gituuuu
BalasPadamsambil dengar deruan pantai.. Bestnya~~
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤