Hari tu an, kami sekeluarga berpeluang berbuka puasa di luar lagi. Kali ini yang paling dekat dengan rumah tapi tetap jugak kena keluar before jam 5. Haha Jammed manggang diak. (selalu situ) betul ke idak bahasa aku ni?
Sampai di kawasan Angsana jam 5 lebih, singgah jap la cuci mata di B5 Market tu. Pusing-pusing menangis juga cari baju raya yang harga semua macam nak beraya di syurga ja. Aiguu~
Hampir jam 5.30 petang kami keluar masya Allah jammed teruk di lampu isyarat sekitar kawasan tu. Lupa ada bazar Ramadan juga kat situ.
Serius memang tak rugi datang berbuka puasa di Dewan Hassan Abdullah Tampoi ni. Menu yang disediakan bukan kaleng-kaleng bahasa budak sekarang. Walau bagaimana, nak diingatkan.. harus pantas mengambil juadah idaman korang, risau kempunan nanti.
Paling best sekali apabila berbuka puasa di sini adalah, sementara menunggu waktu berbuka tu para tetamu dihidangkan dengan bacaan suci ayat Al-Quran oleh anak tahfiz. Damai aje rasa hati.
Tempat berbuka di letakkan di dalam dewan ibarat majlis perkahwinan gamaknya. Deco yang sangat berseri dan aish~ susah la nak cakap kalau iolls dah berpuas hati. Haha
Barisan pembuka selera tersusun indah. Pelbagai jenis kerabu dihidangkan antaranya:
- Kerabu Mangga
- Kerabu Tauhu
- Kerabu Kacang Botol
- Ulam-ulaman
- Ikan Masin
- Sambal-sambal
Memang terliur aje tengok sebelum waktu berbuka. Dah dapat air, semua ni langsung dah tak dipandang. Begitu la dia.
Menu ketam ni paling rare dalam buffet yang setakat ni Aien pergi. Haha Al-maklum la kita ni jarang makan di luar. Bila nampak macam menu hebat begini, like... Orang kata jakun~ Haha
Selain daripada menu ketam, mereka juga menyediakan menu Telur Tenggiri Asam Pedas .. Kecur air liur Aien ni ui.. Pasai tu asyik kalah ja nak tulis entry ni. Lagi-lagi di siang hari.
Kupang masak Sambal - favorite husband. Suka betul dia jumpa menu ni. Memang tak noleh dah laa.
Asam Pedas Tetel - juga menjadi tarikan orang ramai untuk berbuka puasa di sini selain daripada menu ketam ni.
Ayam Masak Merah - Menu biasa di kenduri kahwin. Wah, memang seronok betul laa. Satu demi satu menu dilihat semuanya rasa nak makan la. Ya Allah, nafsu makan ni.
Daging Masak Hitam berempah - This one is my favorite. Ya Allah, walaupun dia juga salah satu menu wajib di kenduri kahwin dan bila di buffet ni ada sediakan. Aish~ jangan lepaskan peluang merasainya.
Ini baru beberapa sahaja yang ada. Banyak lagi menu lain seperti Dalca, Udang Galah Sambal, Ikan Caru Goreng, dan banyak lagi sampai korang pening nak makan mana satu dulu.
Dan seperti berbuka puasa di Trove JB dan Tunamaya Resort Desaru, menu penting yang perlu dicari adalah kudapan untuk distract anak-anak daripada fokus benda lain. Haha
Alhamdulillah di buffet bersama The Sand Village ni sangat memahami apabila mereka menyediakan pelbagai jenis waffer dan keropok ikan untuk menarik minat anak kecil.
Ikutkan ada section menu budak-budak, tapi bila mak ni sibuk selesaikan anaknya. Dia terlupa nak kecheee~
Tak dilupakan zone dessert dan buah-buahan untuk pemanis mulut sebelum atau pun selepas makanan berat. ada papaya uollss. Papaya~ Barisan kuih lapis, seri muka, talam keladi juga turut menjadi pilihan orang ramai. Pantas habis.
The Highlight menu di Buffet ini adalah Ikan Bakar Hj Adan yang terkenal dengan pes homemade mereka sendiri. Walaupun boss kata banyak kurang dalam pes ni masa tu, bagi Aien it's okay perfect la jugak.
Tambahan pula, dibakar oleh boss sendiri ketika staff sibuk melayani tetamu lain. Eh, special sangat ni. Sudah la ikan segar dari laut. Pilihan diberikan antaranya, ikan kembung, ikan caru dan juga ikan pari. Memang live station la tengok boss bakar ikan. Panas-panas dibawak ke meja. Umpphh~ Memang the taste of Johor sungguh.
Korang jangan lepaskan peluang lagi berbaki berapa hari ni kan. Sebelum terjah ke Dewan Hassan Abdullah, Tampoi tu mesti la kena buat tempahan dahulu.
Boleh hubungi The Sand Village di talian berikut:
Atau di page facebook mereka:
6 ulasan
Kampungku ni..
BalasPadamentah2 orang kampung tak? haha
PadamMeriah menu semua.. sekarang sana sini ada buffet kan...
BalasPadambanyak lagi menu, tak dan nak amek lesap. Haha
Padamberapa ringgit per pax tu aien. ketam mmg rare jumpa di buffet. mahal kot
BalasPadamdekat banner atas sekali ada mama.. RM48 utk dewasa. kanak² RM20 dan warga emas RM30.
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤