image credit: ASIANWIKI |
Tajuk: Forecasting Love And Weather (literraly original title: Office Romance Cruelty)
Genre: Romantic, Comedy, Info, Family
Bilangan Episod: 16
Channel: JTBC / Netflix
Pelakon: Song Kang, Park Min Young, Yoon Park, Yura
Sinopsis: Berkisarkan kisah cinta dan kehidupan serta pekerjaan warga Korea Metorologist Adminstration. Jin Ha Kyung dan Lee Si Woo serta Ha Ki Jung dan Chae Yoo Jin.
Pada mulanya tak mahu tengok akibat pesimis dengan lakonan Song Kang sejak menonton drama beliau beberapa bulan yang lepas bersama Han So Hee.
Baca sini juga: Nevertheless lakonan Song Kang
Actor yang berwajah kacak ini agak kaku sedikit lakonannya jika dibandingkan dengan beberapa pelakon lain bagi Aien. Ikutkan drama tengah Top 10 di Netflix pun, drama ini agak ke belakang sedikit berbanding yang lain. So, sebabkan minat la juga tengok Park Min Young, kita cuba tengok memandangkan macam boleh belajar ilmu baru tentang kaji cuaca.
Yes. Indeed. Memang dapat belajar ilmu baru. Dalam meramalkan cuaca apa yang akan melanda Korea Selatan esok hari, para pekerjanya khusus Bahagian Am 2 team Jin Ha Kyung turut mempunyai pelbagai masalah namun mereka semua mengendalikan dengan penuh berhemah dan dedikasi. Jin Ha Kyung - pengurus termuda dalam Jabatan Kaji cuaca Korea Selatan itu, sering dipertikaikan kebolehannya apatah Ha Kyung putuskan perkahwinan sebelum sempat ke jinjang pelamin bersama rakan sekerja lain bahagian, Han Ki Jun.
Buatnya bini Han Ki Jun tu pulak kekasih Lee Si Woo, peramal khas cuaca daripada Seoul Centre. Kemudian, tak lama selepas Ki Jun dan Yoo Rin berkahwin, Si Woo pulak ditugaskan ke HQ. Bermula cross pasangan antara Ha Kyung - Si Woo = yang ditinggalkan dengan Ki Jun + Yoo Rin = mereka yang curang.
Buatnya pulak Si Woo yang berkarakter happy go lucky dan easy going dek kerana namanya Si - masa Woo - Hujan . Memasing la jatuh cinta pandang pertama sebab broken heart kena tinggal oleh pasangan memasing ke tak tahu la. Tarikan antara mereka berdua ini undeniable walaupun Ha Kyung berpangkat pengurus manakala Si Woo junior peramal.
Setiap episod didatangkan dengan quotes yang sangat menarik tentang cuaca juga dikaitkan dengan apa yang berlaku pada episod tersebut.
Hati manusia ini sentiasa berubah ibarat cuaca. Sukar diramalkan kerna datanya sering saja berubah-ubah. -quotes reka sendiri. 🤣
Seronoknya drama ni dibandingkan dengan karya lain Song Kang, nampak kurang kaku dia. Sangat happy go lucky mungkin lebih kurang dengan karakter dia yangXas sebenar. Who knows kan. -ke aku je yang tak tahu.
Beberapa kisah kekeluarga, percintaan, tentang perhubungan juga diterapkan dalam drama ini. Antaranya:
- Kisah Ha Kyung dan Si Woo - Bercinta satu department. Antara pengurus dan junior. Ajaibnya mereka berjaya sembunyikan walaupun banyak kali kantoi dengan rakan se-department. Best jugak dengan kawan dorang ni faham yang Ha Kyunh pernah keciwa dengan Ki Jun dan senyapkan aje tengok sejauh mana hubungan Ha Kyunh dengan Si Woo. Sampai la terkantoi itu pun ketika mereka berdua dah decide untuk berpisah. Bahaya betul percintaan dengan rakan sepejabat ni. Gosip liar betul.
- Um Dong Han - Peramal daripada kawasan lain yang dipindahkan ke HQ sejak Ha Kyung naik pangkat. Merupakan senior Ha Kyung. Kembali dia ke HQ bukan untuk merebut kuasa pengurus tapi untuk rapatkan balik hubungan hambar dia dan anak bini yang ditinggalkan sejak ditugaskan ke luar bandar. Sedih sangat dia try hard nak mesra dengan bini dia yang dah tawar hati sebab suaminya dia macam wujud tapi tak sepanjang perkahwinan mereka. Bahkan orang sekeliling pun dah ingatkan bahawa bini dia ni ibu tunggal aje. Struggle jugak hubungan jarak jauh ni. Walaupun tak curang, tapi rasa keberadaan suami tu hilang. Entah macamana nak cakap.
- Ki Jun dan Yoo Rin - Setelah pulang dari bulan madu, bermula episode realiti berhadapan dengan Ha Kyung. Watak Ki Jun ni pada mulanya sangat la berkira dengan Ha Kyung, sampaikan semua barang letrik yang kongsi beli pun dah bahagia dua. Ehh, geram aje tengokkan. Lama kelamaan, hubungan perkahwinan dia dengan Yoo Rin agak goyah saat isterinya disuruh daftar perkahwinan sendiri untuk mendapatkan pinjaman pengantin baru. Setelah kena shock letrik bila Yoo Rin angkat kaki tinggalkan rumah, Ki Jun baru sedar selama ini dia tidak cukup kuat untuk melakukan apa saja demi isteri tercinta. Bak kata mak asian ni kan, cinta aje mana kenyang, ye dok?
- Shin Seok Ho & Jin Tae Kyung - Mulanya nak dikenankan dengan si adik, rupanya sangkut dengan si kakak. Tae Kyung merupakan kakak kepada Ha Kyung jatuh cinta dengan staff adiknya merangkap jiran. Lawak sebab Seok Ho tu dilabelkan seorang yang sangat phobia untuk menghampiri orang. Tae Kyung pulak seorang pelukis ilustrasi buku kanak-kanak yang tak berapa nak maju jualan bukunya.
- Oh Myung Joo - Senior kepada Ha Kyung. Seorang staff yang sangat dedikasi dan isteri yang bertolak ansur. Based on karakter dia dalam drama ni, dia adalah calon isteri idaman ramai lelaki. Sangat lemah lembut, faham dan sanggup bergolak gadai demi impian si suami. Walaupun ditipu banyak kali oleh suami, dia tetap stay dalam perhubungan tu. Nasib suami dia sedar bahawa isteri dia dah cukup baik dengan dia. Walaupun dek kerana cuaca panas, anak-anak meragam dia agak terganggu di tempat kerja. Adanya pengurus seperti Ha Kyung memang terbaik.
image credit: cafehallyu.com |
image credit: cafehallyu.com |
aienienka
4 ulasan
okay yg ni ray x tgk lg.
BalasPadamoh btw
Congratulations.
https://www.raydahalhabsyi.com/2022/04/congratulations-preloved-giveaway-lucky.html
Harus tengok bila free
Padamok abis dah layan drama ni... overall ok cuma ada certain2 k ret fwrd je part2 yg slow sgt tu hehehe.. 2 epsiod yg akhir best
BalasPadamtak sangka dah nak habis bru best.
PadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤