First time beli barang kat Tiktok shop

Isnin, April 25, 2022

 


Musim nak raya ni la baru nak bercari barang mekap, tutorial gaya shawl terbaru, tutorial mekap untuk beginner. Aahhh~ ko ingat bebudak je ke yang cari. Ibu anak tiga ni pun masih mencari ui. Haha Al-maklum la tahun ni semua orang beraya sakan. Dengan dapat duit sana sini. Kita yang tak berapa nak ada ni, mengada-adakan sendiri untuk mood sendiri. 


Adakan dari segi mana tu? Semangat gais semangat. SEMANGAT. I need that spirit for little kiddos supaya dorang tahu dan faham meriahnya raya. Macam kita dulu-dulu. Tiap kali raya mesti ada baju baru, tak banyak, sepasang pun jadi la. So, untuk ibu pulak, terjebak la ritu terbeli barang mekap kat tiktok shop. 


Selama ni lalu tak teringin pun sebab pujak hati kata, shopee lagi murah wei..Sekali apa yang merasuk Aien satu hari tu, lalu di fyp sorang tiktoker mekap ni sharing pasal HEAD MUSHROOM FOUNDATION. 


Ya Allah ya tuhan ku.. selama ni lalu kat shopee tu, tak ada pulak teringin nak oi.. hantu apa rasuk ntah, tengok review tu..pap pap pap terus beli. total hangus RM12 sekali dengan postage. Kau rasa? 

Dah beli termenung. Laju nau tangan. Ha HA Ha Mari la kita tunggu barang sampai. 


Macamana beli barang kat tiktok shop? 


Dia macam kau beli barang kat lazada dan shopee jugak. Easy pitsy. Mana nak cari kedai dia? Entah. Terkena kat diri sendiri masa tu, dia lalu kat fyp. Sekali kena sampuk. Terus beli. 



Contoh kedai ni kan. Masa tengah tiktoker's review nanti dia ada keluar tanda kedai tu kan. klik aje la situ. Nanti dia bawak korang ke akaun kedai tiktok tu. Bagi Aien, tiktok shop lagi senang kot dari Instagram shop. Hehe 


Contohnya la kan, korang nak beli foundation kat atas ni. Cuma klik buy with coupon korang akan dapat murah lagi daripada harga yang tertera. 


Pahtu, macam biasa, bawak la keluar untuk CHECKOUT. Ni antara contoh bayaran yang disediakan di kedai tiktok ni. Senang bangat gais~ 

Dah bayar. Korang tunggu la dia sampai. Tapi, macamana nak tengok barang kita tu dah post out ke belom dan sebagainya? 

Nah, ni dia cara korang nak tengok order pembelian korang. 


Pergi di bahagian <setting & privacy > korang akan jumpa bahagian orders tu seperti ditunjukkan dalam gambar. Klik la di bahagian tu. 

Dan akan nampak la barang yang korang beli tadi. Kat bahagian delivered tu, akan ditunjukkan proses barang korang tu dah ship out ke belom. senang kan? Paham ke tak tu?  Tak paham boleh tanya di bahagian komen ye.


Lepas dah shopping kan, korang blur mana la nak tengok bakul shopping korang tu. Nah, lihat gambar di bawah. 


Easy dan pitsy. Segala ada di situ. Memang ramai la warga tiktoker beralih ke tiktok shop lepas ni. Sebab macam lagi murah berbanding di shopee ataupun godaan dari review tiktoker sekaliannya. Aiguu~ 















9 ulasan

  1. betullll sekarangg mmg tengah rachakkkkk tiktok shop ni kan ....

    BalasPadam
  2. Sis pun ada ni Aien.. cuma jarang pakai sebab kadang kalau keluar malas nak cuci nak solat.. pakai bedak compact je biasa.. kecuali time uzur.. sbb bedak dia agak tebal menutup kulit.. so kena cuci kalau nak solat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh begitu.. Memnag flawless teruk ke sis? Haha baru nak cuba ni.. Nasib dah raya awal. bwahahaha

      Padam
  3. rupanya tiktok pun boleh shopping dah ye baru tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeee.. dah boleh shopping di tiktok mama.. meriah laa kalo tiktoker buat live. rancakkk...

      Padam
  4. Sekarang memang sana-sini heboh TikTok shop kan...
    Salam lebaran, Aien! Maaf zahir dan batin :)

    BalasPadam
  5. hahahhaa betul sangat. huda pun hari tu beli foundation la, eye liner la, gincu la, untuk raya. baru puas, eh hahaha :P

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤