Chinese Drama: Our Secret (2021)

Isnin, Mei 23, 2022

 

Cerita cina, our secret

Tajuk: Our Secret, Secrets at the Lattice 

Genre: School, Youth, Romance, Comedy 

Bil. episod: 24

Barisan pelakon: Cheng Zhu Yuan, Rainbow Xu, Wang Ze Xuan, Wang Yi Lan, Fan Zhi Xin, Liu Xhi Wei 

Sinopsis: Daripada zaman belajar sehinga ke alam universiti, kisah percintaan antara Zhou Shi Yue dan Ding Xian kekal buat selamanya. Digelar Campus God, Shi Yue sangat bijak dalam pembelajarannya mana Ding Xian digelar Cinderella Girl sangat kuat pendirian dan adorable. Walaupun pada mulanya kelihatan Shi Yue cuba mengelakkan diri daripada Ding Xian, tapi jika jodoh sudah ditakdirkan mereka tetap akan bersama. Cerita ini diadaptasi daripada novel dengan nama yang sama oleh Er Dong Tu Zi. 




Pertemuan pertama mereka sangat memalukan apabila Ding Xian dipaksa ibunya untuk berkenalan dengan keluarga Zhou ketika mereka baru saja berpindah ke daerah itu. Atas alasan mereka terhutang budi dengan keluarga Zhou kerana memperkenalkan ayah Ding Xian ke tempat kerja baru iaitu sekolah baru Ding Xian. 


Opening drama ni serius menyakitkan hati dapat mak yang control everything. Kind of annoying juga apatah lagi kita sebagai anak tetiba dengar orang kutuk mak kita. Jahat-jahat pun dia tetap mak kita. Kita gaduh dengan dia tak apa. Huhu


Bila di sekolah tak sangka Ding Xian menjadi rakan semeja dengan Zhou Shi Yue dan ini sangat tidak menyenangkan hati Ding Xian apatah lagi Shi Yue kelihatan dingin dengannya. Pada mulanya Ding Xian sangat struggle nak serasi dengan sekolah barunya. Dalam senyap, terima kasih kepada Shi Yue yang banyak membantu Ding Xian atas permintaan En. Ding. 


Beberapa episode pertama boleh lihat betapa susahnya Ding Xian untuk adap di tempat baru, kawan baru dan suasana baru. Apatah lagi dia terpaksa berhadapan dengan "Tunangan kecil" nya Shi Yue tu. 


Apabila Ding Xian mengetahui yang hakikatnya Shi Yue itu merupakan pelajar harapan sekolah dalam mata pelajaran math, dia cuba untuk belajar menjadi lebih baik agar keputusannya tidak memalukan ibunya. Secara tidak sedar, Ding Xian dan Shi Yue menjadi rapat dan cinta pun berputik. Easy simple zaman sekolah yang sangat sweet.. 


Tiba saat pemilihan universiti, Ding Xian membuat keputusan untuk mengambil jurusan sains komputer untuk kekal bersama dengan Shi Yue walaupun pada hakikatnya Ding Xian sangat berbakat dalam bidang seni. Ding Xian cuba buktikan pada ibunya yang dia boleh dapat keputusan yang melayakkan dirinya ke universiti pilihan bersama dengan Shi Yue. 


Namun, apabila keputusan keluar. Ding Xian cukup-cukup makan dan tidak berpuas hati dengan keputusannya lalu memgambil langkah untuk menduduki peperiksaan kelayakan  universiti sekali lagi. Ketika itu juga, Shi Yue diuji dengan keadaan bapanya jatuh sakit dan mula belajar melepaskan Ding Xian agar tidak membebankan gadis tersebut. 


Setahun kemudian, Ding Xian berjaya memasuki universiti dan jurusan sama seperti Shi Yue tapi sikap Shi Yue sedikit sebanyak menguris perasaannya. Ding Xian cuba berlagak biasa, kerana dia percaya Shi Yue sentiasa ada untuknya. Dalam pada masa yang sama, Ding Xian cuba buktikan pada Shi Yue untuk bersamanya di bawah kumpulan seliaan seorang professor hebat universiti. Namun, usaha Ding Xian itu tidak menyenangkan Professor kerana baginya Ding Xian cuma halangan buat Shi Yue. 


Akhirnya Ding Xian mengalah dan mula fokus terhadap bidang seni dan menghasil sebuah karya di bawah sebuah syarikat terbitan. Malangnya, syarikat terbitan itu menipunya. Dan yang membantu Ding Xian menyelesaikan masalah itu adalag senior satu kampungnya, Su Bo Cong. Ketika ini momentum drama naik sedikit. Rupa-rupanya Su Bo Cong telah lama menyimpan perasaan suka pada Ding Xian dan mula menjadi pesaing rapat dengan Shi Yue. Menyedari dia bakal kehilangan Ding Xian, Shi Yue cuba rebut nasib. 


Dan kesudahannya, jika sudah jodoh tak kemana.   Ahhh~ gituu.. simple je drama ni. Padan la peminat cerita cina kata drama childhood sweetheart. Cute.. 


Over all, okay je tengok. Tak ade la plastik sangat lakonan mereka ni walaupun baru kali pertama tengok dorang berlakon. Huish.. banyak sangat pelakon baru chinese drama ni. tiap drama je pelakon lain. jenuh heh..  

apa yang penting favorite guwe drama semalam. okay bai. 


4 ulasan

  1. banyak betul dugaan hidup Ding Xian ni, nasib baik lah happy ending jugak akhirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah. struggle betul dia nak puaskan hati semua orang.

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤