Barisan Pelakon: Ha Ji Won, Yoon Kye Sang, Jang Seung Jo, Min Ji Woong, Yoo Teo , etc.
Sinopsis: Lee Kang - membesar di sebuah daerah pendalaman bersama ibunya sebelum ditemui oleh keluarga mendiang bapanya -pemilik Geosung Hospital.
Moon Cha Young - Dari muda dieksplotasi oleh ibu sendiri untuk pendapatan lebih. Yang kemudian ditinggalkan di sebuah pasaraya sebelum satu tragedi berlaku meninggalkan kesan hebat dalam hidup Cha Young.
Penceritaan melalui makanan dan mengimbau masa lalu antara doktor dan chef ini bertemu semula tanpa sengaja ketika bekerja di sebuah hospice ward.
Heartwarming drama yang mungkin korang perlu tengok hasil lakonan Ha Ji Won dan Yoo Kye Sang. Semenjak drama Secret Garden dahulu Aien tak pernah tengok drama lakonan Ha Ji Won lagi sebab tak berapa berkenan dengan watak kaku dia. Actually memang perwatakan dia begitu atau bagaimana. Tapi memang tak berkenan. Haha
Namun, bezanya kali ni. Heartbreaking ketika menonton cerita chocolate ni. Bila dah sebut begini tajuk drama semestinya berkisarkan tentang makanan dan paling best termasuk kedoktoran. Aien ni jarang nak tengok drama bergenra hospital ni cause tak minat. Pasai pa? Geli dan takut. Nanti mula nak over thinking.
Sinopsis Drama Chocolate
Berkisarkan antara Lee Kang dan Moon Cha Young yang dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang pesakit psikitrias (susah naw ler nak eja) akibat daripada kemalangan yang dilaluinya ketika berusia 12 tahun serta pengalaman lampau kesan dari ditinggalkan oleh ibu kandungnya. Manakala Lee Kang pulak, dipanggil pulang ke keluarga mendiang bapanya yang memiliki hospital sendiri namun bila maknya mati, jasadnya dibakar tanpa kuburan. Membuatkan Lee Kang terpaksa survive seorang diri.
Sedih dan pilu ketika menonton drama ni. Once mengingatkan diri sendiri. Hargai orang di sekeliling kita. Ada sesetengah watak dalam drama ni macam tak perlu pun tak apa. Sebagai perencah tambahan saja seperti mak cik Lee Kang yang banyak sangat dialog tu. Kalau dia tak wujud pun macam tak apa.
Tak tau jugak nak mula daripada mana nak cerita. Hati ni masih terasa pedih betul dan mata pun bengkak jugak la tengok. One of the reason untuk menangis dengan masalah sendiri. Sebenarnya terjumpa drama ni di Netflix tanpa sengaja. Jadinya, macam best pasal makanan. Terus melekat.
Apabila Cha Young teringat bahawa Dr. Lee Kang adalah budak lelaki yang dia jumpa dahulunya, tak pasal-pasal kena warning tak nak bercinta. Haha Jadi, termati niat kawan tu nak bersapa dengan Lee Kang. Lantas Cha Young bawak diri ke Greece dan menjadi tukang masak di sana. Penambah masalah dalam drama ni, adik si Cha Young iaitu Tae Hyun yang perasan kaya tu padahal dia hidup bergantung dengan kakak dia selepas dia juga ditinggalkan oleh ibu mereka. Heh, dasar mak apaan begitu ya.
Ada juga beberapa kisah yang pasal mak tinggalkan anak:
1. Mak si Cha Young dan Tae Hyun tinggalkan mereka kerana duit.
2. Pesakit di Hospice Ward - mak dia tinggalkan dia kerana dia sakit. Pahtu bila dah kahwin baru, dia pulak jadi mangsa pukul suami taguna.
3. Juga pesakit di Hospice Ward - Dia jual anak dia yang sakit untuk duit. Bila anak dia kembali ke Korea dan menetap di Hospice Ward, sibuk mengendeng duit mak anak dia untuk kepentingan sendiri.
Sakit juga hati bete bila menaip ni semula. Semua perlu potray mak mata duitan? Sanggup tinggalkan darah daging sendiri kerana kepentingan diri. Sedih! terkilan pun ada.
Seawal episod dua Cha Young dah tahu yang Lee Kang adalah crush dia dahulu. Padahal Lee Kang tu cuba nak buang Cha Young jauh-jauh sebab dia rasa perempuan tu bala. Sikap pemurah dan suka membantu Cha Young banyak menimbulkan masalah bagi Lee Kang apatah lagi Cha Young meninggalkan kawan baiknya, Min Kyeong tergapai dalam cinta.
Macam tak faham la sendiri reviu. Aien try nak cerita balik la. Bukan nak review sangat pun cuma nak cakap Drama ni worth to watch lagi-lagi buat peminat doktor. Kalau Aien, minat tengok Cha Young masak. Semua masakan dia, membawa memori pada pesakit di Hospice Ward. Bermula dengan Min Kyeong yang terkenang pada dimsum stew Cha Young sebagai permintaan terakhirnya. Sedih giler lepas dia dah dapat dimsum stew tu, He's gone.
Sejak dari itu, Cha Young membantu tukang masak di situ, Ms. Han yang juga pesakit Alzheimer untuk memasak.
Pahtu belajar benda baru - HOSPICE WARD
Pahtu mula la cari di other side of world bila dah sakit macamana kehidupan selepas didiagnosis tiada harapan. Sebab biasa drama melayu tu an tak de harapan nak pulih. duduk rumah aje la lepas tu back up daripada pihak hospital sahaja. Mungkin kadar bayaran untuk hospice ward di Malaysia agak tinggi. Kos perubatan pun boleh tahan juga. Nanti kita sambung baca lagi. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit kronik ni.
Berbalik dengan cerita Lee Kang dan Cha Young, rupanya dalam kemalangan runtuhan tu, mak Lee Kang bersama dengan Cha Young yang pada masa tu, dia dalam urusan nak belikan Lee Kang chocolate. Sejak daripada itu, Lee Kang anti-chocolate. Once dia tahu, mak dia yang selamatkan Cha Young. Dia kembali dengan chocolate dia, untuk cipta memori yang lebih baik dengam Cha Young.
Sedihnya lagi dalam cerita ni adalah perebutan jawatan CEO Geosun Hospital oleh mak saudara Lee Kang dengan melaga-lagakan anaknya Lee Jun dengan Lee Kang. Eh geram pulak aku dengan mak cik ni. Sudahnya kedua mereka tak nak jawatan CEO tu.
Dan Lee Kang dapat kekalkan Hospice Ward yang cuba dibubarkan oleh mak Lee Jun dengan syarat sebagai pertukaran jika mak cik tu nak jawatan CEO tu tadi. BAGUS!
Actually bagi Aien, drama korea chocolate ni lebih kepada penceritaan tentang apa yang terjadi pada mereka yang menghidap penyakit kronik dan bagaimana kehidupan mereka selepas dibuang keluarga kerana penyakit mereka. Bagaimana para doktor dan jururawat di pusat jagaan berkenaan menangani emosi mereka apabila seorang demi seorang meninggalkan mereka. What is good is, keep a picture of memories. Supaya kita tak lupa mereka yang telah tiada. ❤️
mungkin mesej utama dia nak tunjuk yang darah daging pun boleh jadi watak jahat dalam hidup kita since isu ni kan sensitif dalam masyarakat asia. Boleh la tengok kalau free2 nanti
Hi, Khafisah di sini! | Sarawakian tinggal di JB | Suri rumah & Full time Blogger | Lifestyle | Drama lover | Media | FAQ email at khafisah.ashadi@gmail.com
8 ulasan
mungkin mesej utama dia nak tunjuk yang darah daging pun boleh jadi watak jahat dalam hidup kita since isu ni kan sensitif dalam masyarakat asia. Boleh la tengok kalau free2 nanti
BalasPadamYah.. begitu. tq enlight lagi review. Haha
PadamBagus jugak tolong review ni, tengah cari2 drama baru utk ditonton, hehe
BalasPadamHaha kita pun tgh boring-boring. tu yg tengok
Padamok masuk list next to be watched..
BalasPadamada lagi 3 episod hometown cha cha cha..
ammi kan tengok K-drama kan..satu nama pelakon pun ammi tak ingat. eh ada...ingat nama lee min ho sbb dia hensem ahaksss
Hahaha paarah ni ammi. Kita ingat mana yang kita minat jaa.
Padammenarik jalan cerianya boleh la masuk wishlist.
BalasPadamDrama dia main perasaan sungguh.. Sha dah tengok..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤