Pelakon: Lucas Lynggaard Tønnessen, Alba August, Lucas Løkken, Clara Rosager, Mikkel Følsgaard
Sinopsis: The world as we know it has come to an end, due to a rain-carried virus that wiped out nearly everybody in Scandinavia. Six years after that event, two Danish siblings emerge from the saftey of the bunker where they have been staying. After discovering all remnantia of civilization gone they join a group fellow young survivors and together they head out in a danger-filled quest throughout the abandoned land in search of signs of life. The survivors think they have been set free from societal rules of the past, but they quickly find that even in a post-apocalyptic world there is pove,jealousy and other coming-of-age dilemmas that young people have always faced.
Drama survival yang best jugak ditengok dan menimbulkan kerisauan apabila melihat hujan turun. Haha
Hujan yang dicipta oleh para saintis kononnya untuk mendapat hidup abadi rupanya membunuh jutaan penduduk dunia. Mereka yang tahu sudah bersedia dengan segala kemungkinan buruk berlaku, namun malang sekali bagi yang tidak mengetahui. Hujan asid yang boleh membunuh manusia dalam sekelip mata saja.
Hampir 10 tahun terperap dalam bunker - safety house setelah ditinggalkan oleh kedua ibu bapa mereka - ibu mati akibat cuba menyelamatkan mereka berdua dari keluar dari bunker. Manakala si ayah merupakan antara saintis yang mencipta hujan itu. Apabila mereka keluar, dunia telah sepi dan manusia yang terselamat cuba berebut untuk hidup dalam keadaan takut apabila hari hujan.
Siri pertama The Rain
- lebih kepada bagaimana mereka dua beradik cuba untuk adaptasi bergaul dengan orang lain dan memahami keadaan sekeliling yang berlaku.
- berjumpa dengan sekumpulan remaja yang cuba mencari makanan dan terus kekal selamat daripada terkena hujan.
- malangnya mereka bertemu dengan pihak berkuasa yang cuba untuk mencari anti-dot akibat daripada terkena hujan itu, dan percaya atau tidak, anti-dot ada pada si adik yang cuba diselamatkan oleh si ayah beberapa tahun dahulu.
- berakhirnya siri satu, si adik cuba merelakan diri menjadi bahan ujikaji untuk kekal selamat. Padahal virus yang diserap masuk kepada hujan itu telah bermutasi dalam tubuh Rasmus.
Season 2
Rasmus dan Simone serta ahli kumpulan cuba untuk melarikan diri daripada pihak saintis apabila dapat tahu mereka cuba membunuh Rasmus demi mendapatkan anti-dot dalam badan Rasmus. Demi menyelamatkan adiknya, Simone sanggup berbuat apa sahaja.
Virus dalam badan Rasmus juga membunuh siapa saja yang mendekati Rasmus dan berniat untuk mengeluarkan mereka. Kira macam virus tu dah sebati dengan badan Rasmus.
Ayah mereka mati ditembak akibat membantu dua beradik serta ahli kumpulan mereka lari daripada pusat tawanan. Rasmus dan Simone berjumpa dengan satu pasukan saintis yang cuba mencari anti-dot yang sebenarnya.
Hujan ni sangat berbahaya sampai sesiapa yang terkena pasti mati jika virus tidak serasi dengan badan mereka. Apatah lagi bila segala tumbuhan yang terkena, akan menjadi padang jarak padang terkukur.
Konflik season kedua ni, mereka ingat mereka sudah terselamat daripada saintis yang inginkan hidup abadi dengan virus tu, rupanya tak. Sehingga Rasmus dan kumpulannya berjumpa dengan saintis lain seperti yang disarankan oleh ayah mereka sebelum mati.
Berjumpa dengan saintis lain, hasilnya tetap sama. Virus itu akan bertindak membunuh sesiapa saja yang cuba mengeluarkan mereka daripada Rasmus. Adik salah seorang daripada saintis yang terbunuh sama, Sarah melihat bagaimana Rasmus membunuh cuba membalas dendam dalam erti kata lain membunuh dirinya sendiri kerana dia juga menghidapi satu penyakit yang pelik sehingga dirinya tidak dibenarkan keluar daripada bilik. Kerana abangnya telah tiada, Sarah mengalah untuk hidup.
Tapi tidak bagi Rasmus apabila dirinya naif mula jatuh cinta pandang pertama dengan Sarah kerna merasakan Sarah sama seperti dirinya.
Pengakhiran di siri kedua ini, apabila Simone terjatuh dari empangan tempat kurungan dan dianggap mati oleh kumpulan mereka.
The Rain Siri Ketiga
Fie mengandungkan anak teman lelakinya. Rasmus mula taksub dengan kuasa virus yang ada pada dirinya sehingga sanggup membunuh si pereka virus yang konon mahu kekal abadi. Rasmus cuba mencipta sebuah koloni seperti dirinya. Namun apa yang Rasmus lambat tahu adalah kesan daripada cubaan pengagihan virus itu kepada yang lain, memakan jasadnya sendiri.
Martin mula kecewa apabila alat penjejak pada Simone tidak bertindak balas terhadap lokasi Simone. Padahal gadis itu mula sedar daripada komanya setelah di selamatkan oleh keluarga di tepi tebingan.
Simone teruja melihat Daniel, anak lelaki daripada keluarga itu mengubati pokok yang telah mati akibat daripada hujan virus itu. Setelah didesak akhirnya keluarga itu sudi memberitahu tentang antidot kepada hujan virus.
Sebuah pokok ajaib, yang bertindak balas terhadap hujan virus itu, atau dengan kata lain memakan virus tersebut. Simone teruja sekali berjumpa dengan antidot untuk adiknya. Tapi tidak bagi Rasmus yang merasakan Simone cuba untuk membunuhnya. Rasmus ni dah taksub dengan kuasa virus tu. Menjadikan dirinya hebat daripada orang lain.
Apabila Rasmus dan koloninya cuba pecah masuk ke dalam kolam tempat tinggal pokok ajaib itu, menimbulkan satu kejutan? atau lebih kurang macam bom gitu la, sebab pokok tu sedut segala racun yang ada pada Rasmus dan Sarah serta mereka yang lain.
Kesudahannya virus yang ada itu telah berjaya dimatikan dan pokok itu berjaya disemai baru oleh Daniel. Dan mereka mula bergerak mencari tempat baru untuk memula kehidupan.
Bagi Aien drama ni tergantung atau mungkin ada sequel lain sebab pokok tu masih wujud lagi. Dan mungkin Simone cuba merawat sesiapa sahaja yang terkena virus tersebut. Kita tunggu je la.
Rate untuk drama ni, 🌟🌟🌟🌟 per 5 bintang sebab walaupun plot dia agak predictable sebagai survival drama, semangat Simone memegang amanah ayahnya untuk menjaga adiknya walaupun Rasmus sering bertengkar dengannya harus dipuji. Orang cakap Simone ni naif ke, kolot ke. Dia tetap dengan pegangannya, Rasmus harus diselamatkan daripada sesiapa saja termasuk virus.
Lama juga tak tengok drama atau movie selain bahasa asia dan english ni rasa macam belajar benda baru pulak. Jangan serik dengan hujan. Remark for myself. haha
Hi, Khafisah di sini! | Sarawakian tinggal di JB | Suri rumah & Full time Blogger | Lifestyle | Drama lover | Media | FAQ email at khafisah.ashadi@gmail.com
5 ulasan
pernah nangga ceta tok di netflix... best!! selamat hari raya aien!!
BalasPadamYa kan? Kamek pun jumpa di kala boring. Ya boleh pulun marathon 3 series. Mat ri raya Kak Mim
PadamMenarik series ni, harus tonton jika ada kelapangan nanti.
BalasPadamSesekali tonton drama selain bahasa biasa di dengari. Heheh
Padamnanga season 1 & 2 aja, leka yea lost terus. slmt hari raya
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤