Pheww~ ingatkan beraya di rumah orang penat, rupanya beraya di hutan pun penat. Bertambah penat bila anak-anak dalam mood yang tak berapa nak memberi kerjasama, but end up pada hari terakhir, masing-masing tak nak balik pulak sebab dah jumpa kawan. Alhamdulillah, usai tamat program, dorang tido awal dan memberi peluang untuk ibu update blog yang lama jugak bersawang ni.
[disclaimer: update lu, nanti campak gambar. line takkuat]
APA ITU DEER CREEK?
Untuk pertama kali Aien dengar jenama ni, padahal buat mereka yang memang kaki camper ni Deer Creek merupakan jenama barang-barang untuk aktiviti outdoor yang lasak terutamanya baik dari segi khemah, sleeping bag, aksessori hiking serta macam-macam lagi la.
Dengan tagline - barang mahal yang mampu milik, Deer Creek telah bertahan dalam industri selama 55 tahun dan akan terus maju dalam masa akan datang.
Jika di Malaysia ni, Deer Creek Outpost ada cawangan di Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor termasuk Sarawak dan Sabah. Selain daripada itu, produk DEER CREEK ini mudah didapati di AEON, LoTUS, SoGo dan Aeon Big. Untuk di Johor punya, sempat bertemu dengan pemiliknya, Kak Nora serta suami (idok sempat guwe tanya namanya) untuk cawangan Kipmart, Tampoi dan Tebrau.
Berbalik to our story Raya Camp ni tadi, bertempat di Nurjannah Camp & Eco-Resort berlokasi di Pekan Nanas, Pontian Johor. Dekat amat ni dengan kampung suami. Apa lagi, amek ler kesempatan ke mari. Kalau bukan dek anjuran ni, mana maunya datang. Sebab boleh dikatakan Nurjannah Camp terpencil sikit dari Pekan tu. Dan bermacam aktiviti boleh dilakukan di sini. Next time kita update cerita pasal tempat ni pulak.
Program anjuran Deer Creek dari Kuala Lumpur ini sangat mengalu-alukan semua pemilik khemah jenama DEER CREEK dari seluruh Malaysia untuk menyertainya. Bermula pada 13 Mei hingga 15 Mei 2022 seramai 10 buah keluarga yang ambil bahagian. Family Camp Johor (FCJ) first admin pun turun padang. Apa lagi, husband dia punya teruja dia lain macam. Lagi-lagi taiko park khemah sebelah dia. Zap zap zap dah pacak. Husband terkial-kial lagi. Haha Maap ler. newbie be like. Husband lak pasang sorang. Iklan anak lagi banyak dari pemasangan khemah tu.
Selain daripada itu, berjumpa kita dengan kenalan baru daripada pelbagai latar belakang yang berbeza. Ada seorang cikgu sekolah membawa pelajarnya dari Kelab Pengakap kalau tak silap dalam 6-7 orang begitu. Team kekacang mereka gelarkan diri mereka. Adeh, tetiba rindu zaman muda belia pulak. Mengamit memori gitu tengok anak muda kan.
Seawal jam 10 pagi ada keluarga yang dah datang daripada Pasir Gudang, Johor. Kami merupakan keluarga kedua. Seterusnya En. Qudin daripada FCJ sampai. Setelah azan zohor berkumandang, kaum lelaki bergegas menunaikan solat Jumaat di Masjid Pekan Nanas.
Setelah itu, aktiviti bebas sehingga jam 4.30 petang, sesi menganyam ketupat diadakan. Ini betul raya mengejut. Malam nak buat potluck Open House, petang baru nak anyam. Aish, mana mungkin ni. Masak pun gunalah pressure cooker. Alhamdulillah jam 8.30 malam dah boleh bedal ketupat dan lemang mengejut ni. Alhamdulillah sedap belaka menunya.
Anak-anak kecil siap dapat duit raya lagi uolls. Allah, semoga Allah murahkan rezeki akak dan abang semua. Serba serbi tak lokek. Program begini la buat kita sedar bahawa apapun kita dapat harus bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan, kemudian pasti Allah akan tambahkan lagi. In Shaa Allah.
Bukan setakat duit raya, potluck open house. Ada juga mercun dan bunga api untuk anak-anak. Hee, mana tak teruja uolls. Nayla dan Najmi dalam fasa tak sehat sejak dari hari raya pertama tibai main mercun, bunga api dan etc dengan pak cik dan mak cik dorang. Hee, serik la deme.
Alhamdulillah, malam pertama program berjalan dengan lancar dan paling tak tahan kepanasan haba siang sampai ke malam habis satu power source dikerjakan. Berkhemah ni laut, satu pun payah gak nak habis. Berkhemah di sungai boleh tahan dua biji power source. Nasib la boleh re-charged. Itu pun tak cukup. Aigu aiguu~ mungkin sebab monsun masa kami pergi kurang sesuai agaknya sebab baca komen lain kata di situ agak sejuk sikit.
Hari kedua aktiviti bebas di siang hari. Dan BBQ di malam hari. Wahh, ada bakar-bakar lagi. Memang mantap geng Deer Creek ni la. Kami pun jadi segan lahai, sebab anak kecik asyik merap je. Tak ada la membantu sangat akak-akak geng ketupat tu. Dorang memang terbaik habis!
Bila dah aktiviti bebas di pagi hari tu kan, kami anak beranak pergi la mandi di kolam. Uishhh, rugi tak bawak pelampung. Tapi tu pun si Nayla syiok sangat mandi tak ingat nak balik. Pulang dari mandi, masak untuk makan tengahari dengan menu nasi putih lauk ikan mackerel serta telur mata, licin. Tak tinggal jejak. Alhamdulillah kekenyangan. Masing-masing lena sampai petang. Haha bahagia ati mak ko nak.
Malam pula, dah kenyang makan bakar-bakar. jam 10 malam dah masuk khemah. Aik.. sebab mood dorang di hari kedua ni dah baik sikit berbanding semalam. Alhandulillah senang sangat diuruskan. Sambil-sambil tu pihak penganjur selit-selit untuk pertandingan khemah tercantik antara 10 keluarga ni. Aish, khemah kami yang tak ada apa tu pun dapat sagu hati. Syioknya hati.. Macam-macam rezeki dapat dari program ni. Korang nak tahu, kena la turun sama dengan syarat ada khemah Deer Creek. Pasti boleh join.
Di hari penutupan, ucapan daripada pihak penganjur serta pemberian hadiah dan juga sleeping bag bagi 10 orang yang mendaftar awal. Selesai semua, sesi bergambar sebagai tanda kenangan. Dapat la t-shirt kenangan. Jauh di sudut hati, memang tak rugi husband join ni. Banyak kawan baru dia. Ibu ni masih merap ngan anak-anak lagi. Kalau jumpa depan pun, aktif sangat bercakap sampai orang tak tahu nak cakap apa. Maap la yer..
Kami siap berkemas dan husband siap bukak semua dalam jam 12 lebih. Mau pukul 1 jugak tak. Dalam perjalanan ke rumah mentua hari pun hujan. Alhamdulilah.
Tamat sudah raya camp kami. Next camping dengan team Deer Creek katanya ke Kuantan Pahang. Hati kata nak pergi, kita tengok tarikh dan fulusnya dulu. Hahaha
Next trip husband kata nak pergi Segamat. Tengah tunggu permit je lagi. Hehe kalau jadi in shaa Allah ada update.
Kita up dulu. nanti gmbr naik kemudian. Thank you for reading~
5 ulasan
bestnyaaa.. bilalah nak pergi bercamping..
BalasPadamkumpul gadjet camping pelan². in shaa Allah boleh go..
Padamseronoknya campinggggggg, kita pi berkhemah ni time sekolah je hahahaha, selpastu tak pernah lagi join camping... mesti syok kan kalau pi dgn kengkwn, dgn familyyy
BalasPadamtu laaa. akak tak sangka husband minat. kita ikut jee. buat kenangan ngan anak²..
PadamPaling manang ba makanan nya ni. ngam2 raya punya lumayan nikmat.
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤