Sempena Sukan Sea di Vietnam, kita cuba makanan Vietnam di Kuala Sungai Baru: Cafe in the Farm

Rabu, Mei 25, 2022

 

Cafe in the Farm, Kuala Sungai Baru

Minggu lalu, mak ayah Aien datang dari Miri untuk berjumpa cucu mereka sebab tak pulang raya ritu. Meet point kami di Melaka.  Sementara di Melaka tu kan, kakak Aien ajak la kami cuba makanan Vietnam. Eh, mentang-mentang Sukan Sea di Vietnam kan. 

Aien ni cepat takjub dan kagum la kan. HaHa Dulu cafe ni tak ada masa belajar di KUIM yang kini dah jadi UNIMel. Konsep Cafe in The Farm  sangat menarik minat orang ramai untuk makan di situ sambil cuci mata melihat pokok bunga dan haiwan ternakan lain seperti ikan koi dan lain-lain. Maaf la datang waktu malam, memang nampak ikan je la kan. 

Menu yang dihidangkan juga antara menu Vietnam yang lebih kurang masakan Melayu kita dalam gaya Vietnam. 


Menu Cafe In the Farm, Kuala Sungai Baru

Yang penting Halal toyyiban kerana tuan empunya kedai ni melayu kahwin dengan perempuan Vietnam dari Hoi Chi Minh. Tak berapa nak sempat la nak amek gambar sekeliling bila semua kalut. Nak buat review yang lebih kepada pengalaman sendiri aje la kan. 

Dan kami order: 


Kopi Vietnam - (yang lebih sama macam kopi susu kubancuh di rumah) Haha 


Ayah Aien order Kopi O Vietnam. Style begini kan. Siap member snap gambar share dengan kawan kumpulan whatsapp. Ayahku serupa paparazzi pun ada. 

Teh Vietnam di Cafe in the farm

Teh Vietnam didatangkan dengan cerek comel. Rasa tehnya light daripada Green Tea. Sedap jugak. Tak pahit. 

Kueh Habak ketam

Yang ni dalam bahasa Vietnam dia Kueh Habak Vietnam perisa ketam. Atau dalam bahasa melayu kita, cucur udang gitu. Glad we tried it. Kena makan panas-panas cicah dengan sos homemade Vietnam ni yang rasanya seperti mustard cheesy blackpepper in the light way. Pahtu akak Aien pun cakap bahasa dia malam ni -LIGHT- atau -NIPIS- Haha 

Mee Pho Daging, Cafe in the Farm Kuala Sungai Baru

Tarraaa! The Hottest menu from vietnam yang orang nak cuba tapi ragu-ragu sebagai dia duduk dalam kategori makanan ringan. Sekali bawak mai jenuh jugak nak habiskan. Mee Pho Daging yang supnya rasa seperti sup taugeh dan daun bawang. Buat mereka yang tak gemar taugeh.. Usah la cuba. Haha gituu ek. AMARAN: Harus dimakan terus sebaik serve. 

Mee Pho Daging, Cafe In the Farm Kuala Sungai Baru

Didatangkan dengan limau nipis, cili padi jeruk  dan taugeh more. Haha Aien cuma letak limau nipis je. Pun dah sedap. 

MEE pho Daging, Cafe in the farm

Kejadian Mee Pho dia yang serupa bihun dalam versi tebal. Macam sengkuang pun ada. 


Kakak dan kawannya ambil set Itik masak merah dan set Ayam masak Vietnam. Macam blackpepper je deme kata. Tapi sedap. 


Menu husband, Set Daging Masak Merah 

Manakala anak-anak makan frech fries dan ciluk-ciluk la menu malong dan Opah dia. Nadhira kongsi dengan Ibu. Suka dia makan plain mee pho tu. 

Harga makan 6 dewasa 3 kanak-kanak lebih kurang RM13-15 sekepala. Muai kan? Sedap dalam rate 4/5. Alhamdulillah kenyang juga perut anak-anak dan semua. 

Usai makan kami ke Klebang pula. huish, jauh bebeno ler nak ke bando memalam hari ni. Pahtu mula mengamit memori,, dulu dari kolej naik bas ke Masjid Tanah. Tunggu situ, naik bas ke Melaka Tengah siap boleh berdengkur. Haha Pasang lagu di telinga. Nikmat zaman muda belia. Haha 


Okay next destination.. 



8 ulasan

  1. Wow... Tak pernah makan makanan Vietnam. Nampak menarik... rindu pulak zaman belajo kat Melaka dulu... Huhu.. Selalu sesak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan.. melaka dengan jammed x dapat dipisahkan. boleh cuba kalau ke melaka.

      Padam
  2. Wah makanan vietnam. Belum pernah cuba tapi macam nak cuba

    BalasPadam
  3. tu dia sedapnya nampak gambar2 makanan tu.. terliur mama ooo

    BalasPadam
  4. Me Pho Daging tu nampak sedap.. Yang lauk macam black peper tu nampak best..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤