Hi kawan-kawan. Salam Isnin dan~ masih monday bluess ke? Open house belom habis lagi? Ish ish... tak apa. beraya sakan sebelum Syawal melabuhkan tirainya beberapa hari lagi. Jadi sementara korang busy dengan kerja dan rumah terbuka tu, hari ni kita nak cerita one of topic yang menarik sempena tak lama lagi cuti sekolah kan?
Pertama dan utama, apabila sesuatu pasangan membuat keputusan untuk berkahwin, mereka juga ada konflik dan keraguan terhadap hubungan itu sendiri. Majoriti orang takut untuk komit? betul tak? Aihhh.. Kalau saya la kan masa suami yang pada masa tu, kawan atas talian baru pertama kali jumpa tetiba kata nak jumpa mak ayah. Teruja sangat uolls. Jenis saya pulak, if my parent setuju. Kita Go. Aahh~ gituu. Pahtu bila masuk fasa bertunang, tetiba la masa tu ada mamat confess dia suka saya la. Pahtu siap bersayang-sayang la. Till, my tunang was very pissed off. Masa tu saya rasa,
Weh, aku tak suka laki marah-marah aku tak tentu pasal, (padahal tau la kan salah sendiri?)
Sampai rasa, betul ke aku nak kawen dengan orang ni? Kenal depan-depan pun tidak. Huh. Dalam hati ada jugak rasa macam nak pulangkan cincin semua. But, It's never happen. Kami telahpun berkahwin untuk 5 tahun dan tahun seterusnya in shaa Allah.
Okay, belum terjawab lagi kan? How to know he's the one? Here the secret is..
- Trust your gut . Percaya rasa hati anda.
Kalau aku rasa sayang sangat dekat dia? Tapi parent aku mati-mati denied segalanya dan cakap macam semuanyaa takkan indah. Dan kau masih berdegil nakkan si mangkuk ayun Dan bila ko dah bercerai ko masih nak salahkan orang sekeliling sebab tak pujuk kau dengan lebih kuat lagi?
Aiguu~ darlings, bila orang sekeliling kau cakap pasal lagi tu buruk, sekian begitu, sekian begini. Trust them. Mereka melihat apa yang kau tak nampak kerna cinta itu. One of randomly word yang saya ternampak di mana saya pun tak ingat, -if you want to know more about your pasangan, asked kawan-kawan dan orang sekelilingnya. They speak the truth, beb! After that, you make decision for you own. Tak ada siapa paksa kau kawen. Tapi ada saja kan, yang mak ayah satukan tapi sudahnya bakal suami kau tu malaun yang menipu saja sebab harta kedua orang tuamu. Ni macamana pulak sister? Err.. yang ni jika terdapat beberapa sebab yang wajib kau putuskan hubungan suci itu, maka blah la kau dari si malaun itu. Taguna sungguh~ Ni kira sudah masuk topik lain bah anik. Nanti kita bincangkan lain hari. Next-
- Jangan lupa solat istikharah
Ini kan, wajib disuruh oleh setiap pasangan yang mahu menikah. 'kau buat istikharah, semoga Allah permudahkan semuanya.' Nah, jika perjalanan mu itu ke masjid yang ingin kau bina sangat sukar, jalan mana lagi yang mahu kau dustakan? Bagi saya la kan- pendapat saya begitu la. Berpayah dulu kau seorang, jika sudah kawen kau harap dia membantu, hakkkk tuihhh~ tapayah laa. Ucapkan saja selamat tinggal terlebih dahulu sebelum cerita kalian panjang lagi. Jika kau nampak- itu namanya rezeki alhandulillah. Jika tidak- itu namanya ujian buatmu. Semoga kau terus kuat.
- Doa bebanyak even you bukan alim sangat, yet still berharap untuk berubah ke arah yang lebih baik.
This one, one of most important thing in many ways. Doa itu senjata mukmin. Apapun yang kau ingin lakukan ucapkan bismillah- dengan nama Allah. jika panjang sehingga habis, lagi bagus. Setiap orang itu, tiada yang ingin masuk neraka. Bagaimana permulaan mereka, pasti mahu kesudahan itu dengan bahagia. Begitu juga dengan namanya perkahwinan. Jika dulu, saya suka mengambil kata-kata hikmah,
Marriage like a battlefield.
Namun ada yang menyangkal keindahan ayat ini kerana terlalu fokus dengan ayat -BATTLEFIELD- MEDAN PERANG. Uish sayangku dalam perkahwinan ini kan. Kau berperang dengan perasaanmu tiap hari. Sebagai wanita, berfikiran terlalu jauh dengan perkataan andai dan kalau itu terlalu banyak. Maksudnya, overthinkingmu itu bisa membunuhmu. Itu la perjuangan mu. Sama ada kau mahu lawan atau pun tidak. Apatah la jika kau duduk di rumah 24/7 dan sang suami keluar mencari nafkah. Nah, kau tahu kan maksudku? Selain daripada itu, perjuangan mu terhadap mertuamu, birasmu, iparmu, saudara maramu dan sekelilingnya. Masya Allah. Perjuangan ini jauh lagi sehingga hujung nyawa. Suamimu itu, bayangan yang harus kau jaga. Jangan sampai hilang daripada jasadmu. Maksudnya- ianya sesuatu harus kau jaga dengan nyawamu. I learn my mistake. Once its goes, its never stop. Jadi di sini, adalah----
The key that every malays couple forget. Ada yang jumpa kunci ni, tahniah! And I still try to fit this key to our masjid. Jauh lagi perjalanan kami, I felt so smol to talk about this relationship and it might turns out relation-shit to somebody.
Kita juga perlu ambil pengajaran sekeliling, yang baik ambil jadi teladan, yang buruk jadikan sempadan. Pepatah orang tua penuh hikmah. Mungkin takkan ada kita jika tanpa mereka. Somehow, memang mereka buat salah. Tapi mereka juga hidup sebelum kita. Learns everything before us. Learn with them, there is no harm. is it?
Ada ja pasangan lejen, yang masih sweet sehingga hujung nyawa. Ia bukan setakat fairytales. Kita as young people, harus sedar cerita dongeng itu untuk memberi inspirasi kepada kita untuk melakukan yang lebih baik tanpa menguris perasaan sesiapa. But, we only human. Sometimes we makes mistake. I'm sorry.
Last but not least, apapun... Setiap perhubungan ambil keperluan kedua pihak. Pandangan kedua pihak. Dua manusia - yang ingin mencipta istana bahagia milik mereka. Jika seorang bertindak, dan seorang lagi menabur janji. Susah la kemudian hari. One of my prinsip - never trust a man promise. Unless - He promise and make it true.
Got it? Rasa-rasanya kan... pernah dengar tak ayat - cari seorang lelaki yang betul-betul sayangkan kita? sebab dia akan jaga kita sepenuh hatinya walaupun masih ada khilaf, yet he is try his best to make it happen? Itu dari point of view perempuan. Untuk lelaki, mungkin perlukan another point of view lain. Sebabnya, bila laki dah buat baik.. perempuan tetiba macam hanat~ Eh. Perempuan ni asyik rasa dia ja betul. Pahtu pahtu pahtu....
Untuk lelaki, another piece opinion of mine, kak macamana nak tahu perempuan tu baik? Again - repeat the cycle di atas. You know, kalau kau memang berniat nak jaga dia seperti mana yang kau nampak dia sebelum dia jadi milik kau, hati perempuan ni lembut. Cuma jangan banyak sangat jarum cucuk. Susah. Bila dah sakit, the dark side will appear dan - you know the ending.
.
Kak, betul ke perhubungan ni susah sangat? Err.. again.. Hubungan dengan Allah SWT pun susah dik, sedangkan Dia la Maha Mencipta segalanya. Huhuhu
Tiada benda senang datang bergolek. Semua atas usaha sendiri. Bila dah berkahwin, even mak ayah kau pun takkan nampak susah kau berdua nak bangun. Walaupun pada hakikatnya mereka pernah duduk di fasa tu. The glory always reminded. Yang pahit itu ditelan sehingga dasarnya. It's not easy yoo.
Wujudkah The One- this is my side story.
Pertama saya decided nak jumpa kawan online saya hampir 12 tahun, seram sejuk. Buatnya pulak, saya nih yang pegi ke JB sorang-sorang pulak tu. Sebab kawan last minit cancel plan. Tiket dah beli, apa lagi. Kita harus teruskan misi kita. Once dah sampai Larkin dia tanya. Di mana. I spend half and hour dalam surau, solat jama' dan pray semoga dia bukan seperti momok-momok online durjana itu. Kalau ya, apalagi kita pulang terus la. Janji pada diri. Bila dah nampak dia. - satu cahaya dan guts feel- he the one. Ahh~ gitu. Macam.. macam... seseorang yang kau selesa dengan. Turns out your husband. Dan bila orang sekeliling dia always puji sikap dan tingkahlaku dia itu bermakna kau yang bermasalah.
Nahh gitu. conclusionnya. Jangan asyik nak tunding jari pada orang. Iman juga ada pasangan surutnya. Apatah lagi manusia.
Jumpa jawapan? Baca sampai habis tak ni? Semoga semoga geng single tak rushing dalam mencari jodoh atau pasangan hidup. Memang keperluan sebagai umat Nabi Muhammad SAW untuk berpasangan tapi sekiranya hatimu khuatir terlalu banyak kemungkinan yang buruk bakal berlaku. Buang la gundah mu. Yakin la, bahawa Allah sedang tunjukkan yang terbaik. Atau, kalau korang nak tahu satu rahsia dia lagi, korang akan berbuat apa saja untuk si dia. Tapi tidaklah membabi buta. Ya kan?
Panjang pulak entry ni. Yet, the one is real - NO ONE CAN GIVE THE ACTUALLY ANWSER.
7 ulasan
Ahhh bestnya entry niiii. Alahai comelnya kisah kak aien dgn hubby🥺🥺 terima kasih melayan kita punya soalan hihi 💕💕💕
BalasPadamAlhamdulillah. adakah terjawab soalan sue itu?
Padampoint no 2 tu betul. Solat istikharah is the best one. itulah petunjuk kalau he is the one.
BalasPadamKan. Kekadang kita try denied if jawapan istikharah tu bertentangan dengan apa yang berlaku masa tu
Padamsetakat ni...saling menerima dan melengkapi seadanya... masa depan tak siapa tahu bagaimana pula ujiannya
BalasPadamKan. So far, itu la kuncinya. Bertolak ansur. Sambil pasak doa banyak-banyak supaya rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.
PadamYes suka part komunikasi dan tango tu..
BalasPadamMemang kena ada komunikasi dna juga kerjasama barulah perkahwinan tu pergi jauh.. hehehe..
Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤