Phewww~ meriah ek cuti sekolah kali ni. Sana sini jammed, merata lambakan manusia. Kami juga tidak ketinggalan mengambil peluang keluar daripada bangunan tinggi masuk ke hutan.
Perjalanan dari Skudai melalui susur keluar Yong Peng agak lengang jugak. Kami bertolak jam 9 pagi, tiba di Yong Peng singgah beli barang sedikit sebelum meneruskan perjalanan ke Taman Eko Rimba Sg. Bantang. Masuk aje,pheww~ kemain ramai giler orang. Jauh ke dalam hutannya, pun masih ramai orang sudi bermandi-manda di situ bawak keluarga dan sanak saudara. Best~
Taman Eko Rimba Sungai Bantang, Bekok Johor
Merupakan salah satu antara kawasan tumpuan umum di kala cuti sekolah ataupun hari biasa. Pada waktu kami pergi pun ketika cuti sekolah merangkap cuti Birthday Agong, usah dikhabarkan la berapa ramai manusia dalam tu. 🤣
Tiba jam 2:45 petang lebih kurang begitu. Anak-anak masing-masing sudah teruja nak terjun dalam sungai. Para ayah sibuk cari tapak nak dipacak khemah nanti. Orang masih ramai, jadi pilihan kurang jelas di mana lagi.
Kalau korang nak tahu, di Taman Eko Rimba Sungai Bantang ni best dan agak terjaga persekitarannya walaupun sekadar dijaga oleh 5 orang renjer. Untuk pengetahuan korang juga, jika hendak bermalam di sini harus la mendapatkan permit terlebih dahulu sebagai kebenaran perlepasan. Begitu juga dengan mendaki. Ada juga bayaran dikenakan untuk bermalam iaitu RM10 sekepala. Namun untuk setakat manda mandi dan piknik di siang hari seawal jam 9 pagi sehingga jam 6 petang tiada masalah. Kebiasaanya pasti juga netizen akan layari page Taman Eko Rimba ini sendiri untuk melihat bilangan pengunjung yang melawati tempat.
Pintu gerbang menuju ke tapak piknik dan tempat mandi manda. Kredit untuk Encik Suami la ambil gambar keliling. Bini dia ni suka menulis, tapi tak berapa kreatif dan pandai adventure.
Ikutkan peta ni. Besar sungguh la kawasan Taman Eko Rimba ni. Puas hati mandi dari atas sampai ke bawah kalau tak ada orang. Sejuk bebeno ler air dia. Bilik air, surau, tapak perkhemahan serba serbi selesa. Cumanya jika manusia masuk hampir 4k sehari, memang terpaksa beratur juga di siang hari.
Sebab tu Aien cakap, kalau setakat datang mandi mungkin tidak jugak sampai ke mari. Takkan dapat menikmati ketenangan bunyi alam di malam dan pagi hari.
Anak-anak dari celik mata sampai nak lewat malam baru kenal erti tidur. Badan over penat sampai ke hari ini masing-masing masih kurang sehat. Seronok dapat main pasir. Tengok orang ramai. Mandi sungai. Naik ke darat semata untuk mengisi perut sahaja kemudian turun semula mandi. Adeh, kadang bila diingat balik lawak jugak. Tapi seronok tengok mereka bermain.
Kali ni memang bertenang habis jugak la. Tak ada huru hara sangat sebab dah kali ke-empat selepas:
2. Mak Kiah Campsite, Kota Tinggi
Wah, tak berasa dah 4 kali ek. Rasa macam sah banyak kali aje. Orang kata biar tak ada la estetic gaya nordic bagai. Tapi cukup makan, lena tido sepanjang 3H 2M pun dah cukup bagus.
Sikit-sikit Encik Suami nak upgrade supaya lebih selesa sikit dan makanan tidak la terhad dengan makanan segera sahaja. In shaa Allah coming soon, akan lengkap jugak.
Hehe
8 ulasan
bagus anak2 minat camping :)
BalasPadamBapaknya minat, anak2 mengikut. Haha
Padamjeles betul baca citer org g camping bawa bdk2 ni... kita belum berkesempatan lagi nak bawa bdk gemok kat rumah ni tido khemah ehehhe
BalasPadamNext cuti sekolah boleh Kak Ret. Cari tempat ada sewa khemah pun best. kita sedia yang lain.
Padamjeles betul, dia dah 4 kali camping.. kita ni belum pernah lagi sedih betul
BalasPadamHahaha Boleh tu mulakan dari sekarang kumpula gadjet dia.
PadamNice tempatnya eh... Empat kali woo..Berpengalam banyak ni..Pape sy pm tanya ek..Teringin jugak... Tapi ingat nak gi yang dah sediakan peralatan khemah tu... Haha.. Lama gila tak pasang sendiri khemah... Yang penting selamat dan selesa tempat perkhemahan tu dah cukup berbaloi rasanya..
BalasPadamWah.. puas anak-anak mandi sungai ye Aien.. Takpe.. Pelan-pelan nanti lengkaplah perkakasnya..
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘
Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.
Jaga diri ❤