Pilihan kereta rakyat Malaysia selepas endemik: Re-cond , terpakai atau baru?

Rabu, Jun 15, 2022

 


Tahukah korang, pada tahun 2021 yang lalu, hampir 60 juta kereta yang dikeluarkan di seluruh dunia?  Banyak kan? Walaupun pada ketika itu, dunia dilanda pandemik dan di Malaysia saja kita boleh lihat betapa dengan memiliki  sebuah kereta memang memudahkan sesiapa saja untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat tanpa perlu menyusahkan orang lain. Namun begitu, dengan setiap penambahan kenderaan bergerak ini menimbulkan kesesakan lalu lintas yang mungkin membuatkan kita berfikiran susahnya memiliki kenderaan dari aspek yang berbeza. 


Korang tahu jugak tak, sekarang menjadi trend di kalangan pembeli kereta di Malaysia membeli kereta re-cond berbanding dengan kereta terpakai mahupun yang baru? Hee, apa ni? tak pernah dengar pun.. Cer cerita sikit.  


Apa itu kereta re-cond? 

Buat pertama kali Aien dengar kereta re-cond ini daripada adik yang memang mengemari bidang automotif ini. Me like? What se det? Rupa-rupanya kereta re-cond itu adalah kereta yang dibaikpulih daripada luar negara dan dibawa masuk ke dalam Malaysia terutama kereta jenama mewah seperti Toyota Vellfire,  Estima dan banyak lagi. Apabila kereta-kereta ini dibawa masuk, ia ibarat kereta baru kerana mereka tidak mempunyai rekod dengan bank negara. Nah, sama saja kan beli kereta baru tapi dalam keadaan yang terpakai. Best kan? 


Kenapa kereta re-cond ini menjadi pilihan rakyat Malaysia sekarang? 

Tak ada la nak katakan semua rakyat Malaysia meminati kereta re-cond ini, namun bagi mereka yang bekerjaya tinggi atau senang cakap mereka yang founder cepat kaya ni kebanyakan memang akan memilih kereta re-cond untuk tayang kekayaan mereka. pakai sebagai kenderaan harian. Jadi, untuk orang tak tahu macam Aien it's a new ilmu tau. Sejak bila kereta re-cond ni mempengaruhi warga Malaysia agak-agaknya ye? 

Jika dilihat pada kebanyakan artikel yang ditulis di carian google, kereta re-cond ini mula mendominasi Malaysia di awal tahun 2008. Aien baru 18 tahun ketika tu. Uish, aku kalau dah bekerja masa tu la kan berangan nak angkat Proton Kelisa ja. Haha Comel. Tak sangka masa tu kalau wang cukup boleh angkat kereta mewah satu. Haha Berangan aje ek. 

Selain daripada kereta re-cond menjadi kereta baru di Malaysia ini juga beberapa sebab kenapa ia menjadi pilihan mereka juga: 


kredit gambar: pexels

  • Spec kereta re-cond sama saja dengan kereta baru.
Apa maksudnya begini adalah contoh seperti Toyota Vellfire baru dijual dengan harga RM320k manakala kereta re-cond cuma RM260k namun kedua mereka memiliki aksessori asas yang sama. Lagi untung bukan untuk membeli kereta re-con jika dibuat kira-kira dengan lebih baik. 

kredit gambar: pexels

  • Mileage 
Kata mereka yang pakar, mileage kereta re-cond itu lebih sama dengan kereta baru. Namun ada juga di kalangan sesetengah dealer yang mengubahsuai mileage demi keuntungan mereka. Hal ini boleh dielakkan sekiranya kita berjaya memilih dealer yang lebih baik. 

kredit gambar: Pexels

  • Kadar interest
Kadar interest kereta re-cond lebih murah berbanding dengan kereta terpakai yang ada di Malaysia.  Jika terjumpa dengan sesetengah dealer yang bijak, pasti saja orang ramai memilih lebih keuntungan yang sudah jelas untuk  dirinya sendiri. 



Ish sudah jelas lagi nyata kan bahawa kereta re-cond ini memang lebih baik daripada kereta terpakai dan jauh lebih berbaloi daripada kereta baru. Padan la syarat-syarat dari pihak JPJ sangat ketat untuk membawa masuk kereta mewah ini daripada negara luar. Kereta re-cond yang biasa menarik minat warga Malaysia adalah kereta mewah daripada Jepun terutamanya seperti yang saya nyatakan di atas tadi. Dan kini juga ada kereta mewah dari negara lain juga mendapat sambutan seperti Mercedes, BMW dan Humvee. 


Kalau korang pulak macamana? Suka kereta jenis yang bagaimana? Bagi Aien kereta re-cond ni sesuai untuk mereka yang suka kereta mewah tapi nak save bajet. Jika difikirkan dari sudut engine juga ya, contoh kereta re-con itu dibaikpulih macamana pun engine dia tetap engine lama. Means, kalau kereta tu dari tahun 2015, maka itu la umur engine dia. 


Mau fikir bagus-bagus juga jika hendak membeli kereta. Kerana kita bakal membawa orang lain terutamanya keluarga kita untuk satu perjalanan yang tak diduga. Itu pendapat Aien aje la. Korang pulak macamana? 

2 ulasan

  1. Haa

    pilihlah yang terbaik untuk jangka masa panjang.. setakat ni sy beli yg terpakai g kerja dan dedekat... dan baru tu untuk keperluan jalan jauh.. simpan leklok... Hhaa.. Kereta recon lom pernah try.. kena pilih bebetul sebelum membeli mana mana kereta.. huhu

    BalasPadam
  2. Better beli yang baru.. hehehe..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤