Prestasi blog May 2022

Khamis, Jun 16, 2022

 


Oh yaaa~ selamat berhujung minggu teman-teman semua? ke mana nih kalian? Harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan segala apa jua urusan kalian. Nah, hari ni setelah masuk mahu masuk minggu ketiga Jun baru punya semangat dan masa menaip untuk entry blog. Haha 


Disebabkan tiada kenaikan apapun yang menarik. Pageviews pun tak berapa nak rancak, kita cuba untuk meneruskan rutin bulanan keluarkan repot kad bagi blog ini. Macam biasa, saya tau apa yang menarik orang ke mari. Dan saya juga jadi blur mau menulis apa jua pengalaman saya sebab risau ia sangat membosankan. Jadi, saya tak endah semua itu.. dan terus bergerak dalam lalang yang sangat tinggi. 


EH, apa ni? Okay. Let's to our photo. 



Tetap, alhamdulillah juga daripada titik telur bukan? Bukan kena masuk kelas bahasa untuk betulkan bahasa pasar yang semakin terabur ni. 




Daftar buku pink tu memang tak pernah turun dari takhta. Dia saja yang duduk tertinggi. Hebat. Setakat ni jugak, entry ni masih kekal carian pertama di first page dengan kata kunci - Buka buku pink kedua. Tak tau la selepas ni macamana. 




Begitu, tak sangka sekarang ramai cari pengalaman semasa mengandung, selepas bersalin serta pemeriksaan anak selepas bersalin dan seterusnya. Semangat nak buat, tapi sebab bila dah balik tu dah busy dengan anak, jadi terlupa pulak. haha 



Untuk yang ni, merupakan kata kunci orang taip yang membawa mereka ke blog ni. Masih berkisarkan satu tempoh perubahan bagi seorang ibu. Seronok tengok, moga dapat membantu korang semua yang datang membaca. 


Last but not least, sejak berkongsi tentang berkhemah dan macam-macam. Ada jugak 50 jenis keyword yang bawa pembaca ke mari. Semestinya masih lagi tentang pre, current and post pregnancy. Nak kena cerita pengalaman I wish people tell me about it before I get it right? Heeee.. Nanti la. Tak ada mood nak cerita benda ni. I olls dah terminate contract kilang. Tiga ketul pun dah memadai. 


That's all untuk report blog for May. Orang masih sibuk raya. Tak apa la kan. untuk Jun kita tak tahu macamana lagi. 

9 ulasan

  1. tahniah, moga makin ramai yang singgah blog

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, nice tuu.. Ramai orang cari pasal hal buku pink ek... Saya nak tulis.. takda pengalaman pulak.. hahahah.. Moga lebih menaik la Jun dan seterusnya ni yo.. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. benda berkaitan dengan anak2 ibu² ni suka nak baca pengalaman orang lain.

      Padam
  3. selalunya artikel dari pengalaman sendiri ni memang ramai yg suka baca. tp kalau dari pageview ni biasalah aien ada pasang surut, kadang rancak kadang sendu..haha. yg penting jangan give up :)

    BalasPadam
  4. Tahniah Aien, teruskan menulis.. bab PV ni tolak kedua, yang penting blog update je selalu...

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan urusan Kak Aien untuk berkongsi pengalaman melalui penulisan.

    BalasPadam
  6. Tahniahhh kak.. teruskan menulis. In shaa Allah nanti merasa 1 juta pv

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤