Rutin Ahad: Be thankful for what you have today

Ahad, Jun 26, 2022

 


*Tarik nafas, hembus!* 


Selamat berhujung minggu semua! Buat apa tu? Kami ni biasa la kan. Hari ahad baru balik dari kampung sejak Jumaat lalu. Maka, ahad itu penuh dengan kesibukan mencuci baju, masak dan kemas rumah. Rutin biasa. Tiada apa yang berubah buat saya, tapi selepas berjalan ke blog kawan-kawan. I should write down a little atleast telling people that I'M DOING JUST FINE. Walaupun hakikatnya banyak jugak benda dalam kepala padahal tak tau nak mula yang mana satu dulu. 


Khamis lalu, kami 5 beranak pulang ke Pekan Nanas. Berhujan la kan, tapi dalam kereta. Haha Minggu ni alhamdulillah hujan selalu. Pada hakikatnya ada la jugak rasa macam, hurm.. laundry aku semua tak kering sebab asyik hujan saja. Jadi I choose to be positive laa. Bukan selalu hujan. Meskipun sejak hujan anak-anak pun kurang sehat sebab sejuk. Tapi kita boleh ubah dia kan? Means, keadaan seharian tu. Mungkin bagi anak mandi awal dari jam selalunya, sebab cuaca sejuk. eh.. Menda nak bebel ntah. 


Ceritanya kena berjalan membaca kisah kawan-kawan baru ada konfiden nak cerita kisah aku yang sokmo boring. Kadang rasa malasnya nak jadi blogger nak jadi influencer. haha TAPI SEGAN EH. Aku lagi suka jadi blogger merapu meraban. Pahtu sibuk dok main wheel winner nak tengok apa yang benda aku dok serabut sangat tak tau nak mula mana dulu. Siapa yang menang. Guess what? KEEP BLOGGING. Haaa, ko nak tidakkan apanya. Mana taknya. Tengok ramai rakan blogger ni settle dorang punya adsense, aku punya masih sangkut lagi. Tadi sampai rumah je, p la geledah peti surat sejuta kali tengok ada la kot PIN adsense yang aku dah request buat kali ketiga. Eh malas laa. Tapi jauh sudut ati.. sayangnyaa. ada 22$ kot. 


Pahtu cerita selanjutnya dok meratap borosnya aku di kala inflasi melanda. Kesian tok laki cari duit bagai nak rak, bini tukang habisnya selamba. Geram jugak eh dengan diri sendiri. Ritu lepas balik dari camping kat Bekok , nyaris juga phone nak mogok. Server dia down sekejap. Menangis la kejap masa tu nak settlekan job. Nasib hidup kembali. Banyak benda berlaku di Jun. Tapi, rasa no need nak buat entry whole month lagi untuk ingatkan. Cukup la buat report book tu yang sangat menyedihkan. 


Pahtu cerita pun cerca merba. Konklusi tadi terbaca tweet Dr Khairul hasil perkongsian Sis Lin jugak la, pasal influenza ni. Ingatkan dah kena covid kebal la kan. sekali datang lagi satu penyakit berkaitan paru-paru. The problem is kena kanak-kanak yang mempunyai imunisasi yang agak lemah terutama selepas kobid. Lepas balik dari Bekok jugak la, anak-anak pass baton demam, pahtu Nadhira keep demam on off. Sekarang masih batuk-batuk yang berbunyi tebal kahak dia tu. Nayla dan Najmi pulak, sebab over penat dorang cengkung jadinya. Kesian naaw la aku nengokkan bebudak ni. Nasib la ada DIFFENZ JUNIOR. Kita ikhtiar saja la. Sejak tersengaja join Dropship Eskayvie, ini kali la aku beli guna akaun sendiri. Selalu rajin nak tambah pendapatan orang lain. Haha 


KONKLUSI CERITA RUTIN AHAD: Kita hidup untuk Allah, belajar baiki diri, hiburkan diri dan keluarga kecil mu untuk kehidupan ni. Jangan sibuk hal orang. Jalan je, sambil-sambil jaga adab dengan orang sekeliling. Gituu~ Ok Nor? 


selamat berhujung minggu teman².

 Don't worry be happy! 


9 ulasan

  1. Yuuppp! Don't worry be happy. Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

    BalasPadam
  2. Do what you love to do Aien.. tu je dah happy.. bila kita happy apa yang kita buat, semua perjalanan harian kita pun akan happy.. jangan jadi orang lain, be yourself...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah sis lin. Try untuk buat sesuatu yg mengembirakan hati. HEHEH

      Padam
  3. Haha I pun belanja untuk benda lagha je banyak bulan ni sebab ada konsert. Tak tau nak start yang mana tu selalu jadi masalah. Selalunya tulis je dulu nanti baru susun sebab blogger ada kelebihan edit time and date :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la. bila ada idea tulis terusan.. Pahtu letak je bila nak post. Haha

      Benda lagha buat hati gembira dr dikacau boleh laaa senangkan hati sendiri.

      Padam
  4. releks releks aje, aien. jgn amik serius sgt ha ha ah ah ha...
    blogging bila ada time. mcm akak la.
    kejap ada, kejap tenggelam blog tu ha ha ha ha :)

    tu la kan. influenza pulak. risau!
    anak buah da 2 minggu batuk tak bebaik.
    hingga kena amik neb pagi tadi. aduhai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Relax la ni. Nak fokus banyak benda xleh fokuss lak. Haha

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤