Tukar ganti cermin mata setelah 4 tahun

Selasa, Jun 14, 2022

 

Tukar ganti cermin mata setelag 4 tahun

Lama nau peram la cerita ni. Tak ada mood dan idea nak nulis. Blurrrr..  tengok gambar blur. Apatah lagi bila nak bukak blog post. Mudahan keluar la dia esok lusa. 


Ceritanya untuk hari ini, Aien baru ada rezeki lebih nak buat cermin mata setelah sekian lamanya. Ikutkan sebenarnya jangka hayat sebuah cermin mata untuk sang pengguna mengikut saranan doktor adalah 2 tahun. Begitu juga dengan pemeriksaan mata. Tapi biasa la kita ni kan, selagi tak rosak tak calar. Pakai aje la. Padahal sejak bersalin perasan kadar power mata memang ada perubahan. Cumanya belom sampai lagi nak singgahnya. Sehingga anak dah keluar tiga ketul dan cermin matanya sudah tercalar teruk baru la ni haa...



Encik Suami bawak kita ke kedai NICE yang terletak di hujung jalan di Taman Universiti. Aien sememangnya selalu jugak perhati kedai ni mempunyai promo yang best-best. 


Datang di kala tengahari dan hujung minggu kedai cermin mata ini agak lenggang. Di layan oleh staff yang sangat ramah. Bermula la prosuder periksa power mata sekarang dengan power kanta yang lepas. Padan la asyik pening kepala aja, bukan disebabkan batang kaki cermin mata dah longgar dan senget sahaja. Bahkan powernya berganda teruk. T^T 


Setelah try test power baru, pilih pakej dia mau menangis jugak dengan harga spec sekarang. Maka, jaga la mata duhai anak-anak. Mau beli mata baru itu mahal nilainya. Orang rabun je kaya nak beli cermin mata sebab nak tengok orang lain. haha Dalam masa seminggu dorang akan maklumkan spec siap. Pada waktu yang sama, pening kepala sebab dah macam lega dapat tengok dengan jelas sedikit. Jenuh tunggu. 




Untuk cermin mata kali ni, Aien pilih yang jenis plastik dan fleksible daripada Flexi Premium. Memang serba fleksible jugak la, dan agak besar daripada spec yang lama. Dan apa yang penting ianya PINK! Yeheee..  Nayla kata, comel cermin mata baru ibu. Haha Harap bertahan la denganku selama yang boleh. 



Hasil dari pembelian cermin mata baru itu, oami layak mendapat cabutan bertuah sebanyak 5 kali. Dan hadiahnya adalah Cash Voucher yang bernilai RM350 yang boleh digunakan pada pembelian seterusnya. Ingatkan kalau boleh guna terus jimat la jugak. huhu Tak lupa jugak satu aksessori berupa pencuci spectikal. 


Lepas dah satu beban, boleh la tengok dengan bahagia. Walaupun tak berapa nak clear sebab katanya kalau ikut power rabun jauh betul, nanti nak baca yang dekat tak nampak. Maka dia bagi mata kita selesa dan tidak terlebih bekerja. Lagi satu mereka juga ada menyediakan pakej eyes comfortable untuk ikut power mata yang sebenar dan semestinya kena tambah lagi bayarannya. Sesungguhnya bajetku telah lari.  Dah dapat tukar yang baru cermin mata pun senang hati, tak ada la asyik nak melorot je setiap kali tertunduk. Stress jugak. Done satu kerja. Thanks encik suami melayan isteri tukar mata. 







8 ulasan

  1. saya teringin nak buat lasik sebab saya x suka pakai spec

    BalasPadam
  2. Datang kedai cermin mata sebab tolong buatkan untuk parents. Kalau tak, memang tak pernah datang ke sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Spek orang tua lagi lain harga dia. Rabun dekat, rabun jauh silau semua ada. huhu

      Padam
  3. Cakap cermin mata, baru ingat nak tukar juga.. ingat nak tukar pesen 4segi, dh bosan pulak design bulat hahahaha

    BalasPadam
  4. Uish.. Lamanya baru Aien buat spek baru..

    BalasPadam
  5. Sampaiii empat tahunnn ekkk.. Fuhhh!!! Tahniahhhh... ada mata baru dah..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤