Beraya ke Perkampungan Lima Bersaudara, Duyong Melaka

Rabu, Julai 20, 2022

 


Jenuh la kalau selalu ke Melaka, dah tepu tak tahu ke mana nak tuju kan. Jadi kali ni En.Suami bawa kami anak beranak ke Perkampungan Hang Tuah bersaudara di Duyong, Melaka. 


Tengahari dan waktu bekerja waktu paling ideal berjalan di Melaka ni. Lagi-lagi tempat bersejarah begini. Tak ada manusia yang bersesak ke sini melainkan lawatan sambil belajar. Dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, bawah 5 tahun percuma kemasukannya memang sangat aman terasa macam kampung itu kita yang punya. Haha 


Apa lagi - bebas la anak-anak berlari bermain dan merasai keunikan rumah papan ni. Majoriti rumah sekarang batu simen. Tak ada lagi sanak saudara kami yang masih mendiami rumah papan begini. Ini la masa kita bagi mereka mengenal rumah zaman dulu kala. 


Perjalanan dimulakan dengan menziarah Muzium Hang Tuah dan mempelajari serba sedikit sejarah Hang Tuah dan saudaranya. Asal-usul keris dan beberapa sejarah Melayu yang bermula di Melaka. Seronok. Aien pun dah tak ingat berapa lama dah tak jejak kaki ke Muzium. Walaupun dulu belajar di KUIM (Kini Unimel) tempat gini bukan la kegemaran. Haha 



Tekun memerhati kapal perdagangan zaman dulu. Weh, kosong muzium weh.. Pada mulanya di pintu pagar Perkampungan ni letak tutup tau. Tapi kami tengok ada ja kereta kat dalam, tu yang masuk. Agaknya pekerja dorang tak perasan masa tarik pagar tu lupa nak tukar sign board tu. 




Jom la kita ikut orang zaman dulu berniaga. Lagi susah dari kita dulu. Well, setiap zaman ada kesukaran dan kesenangan dia. Kita sekarang semua dah mahal. Kalau dulu rasa lagi mahal, la ni. Air secawan pun jadi RM5. Padahal..  Malas la nak cakap. Haha



Last but not least, untuk dalam muzium kita snap gambar kenangan. RAW tau. Ibu baru perasan watermark tak ada. Hurm, jangan dicuri dak scammer sudah la. Ada aje manusia cerdik pandai dari engko ni terlebih rajin. Apa la seketul kapisah ni. 



Keluar je dari muzium, ternampak pulak aiskrim punya mesin tu. Jenuh la cari duit pecah sat nak belikan aiskrim deme. Haa, berehat bersama kitkat. Dengan Nadhira sekali comot. Baby girl besar tu, dah biasa dah posing gitu. 




Sebenarnya ziarah rumah Hang Tuah dulu lepas siap makan eskrem tadi, tapi macam biasa la Ibu kan - lupa snap. Kat rumah Hang Jebat baru teringat. Panas lit-lit ui. Dalam setiap rumah tu tak ada bezanya. Cuma perkenalan rumah gaya lama, perabot dan isi rumah gaya lama. Which is lagi bagus jika dibandingkan dengan zaman la ni. Kami pun berdiskusi - berapa la agaknya rumah Hang Jebat ni kalau dijual di luar. Maunya berjuta kot sebab molek bebeno rekabentuk dia. 



Rumah Hang Lekir - menunjukkan permainan orang dulu-dulu. Rumahnya dalamnya dikunci rapat. Main la kita di beranda saja. 



Best betul kalau musim angin sepoi-sepoi bertiup kita lepak luar begini. Masya Allah nikmat tak terkata. Kata Nayla - main dam. Eh, tau pulak dia. Susun la buah dam tu. Ajak jalan ke rumah lain tak mau. Penat dan panas pulak tu. Haha Nasib la anak-anak. Tengahari begitu gambar lawa. 



Rumah Hang Lekiu pun bertutup pintu. Tak jemput raya la tu. Menariknya setiap rumah kat sini molek-molek bebeno lahai. Geram pulak tengok rumah molek begini. Ibu pun dok membayangkaan kalau deko gaya klasik mesti lawa. 



Di rumah Hang Kasturi sangat la meriahnya. Anak-anak dah masuk mood penat + bosan dah. Kita harus segera meneruskan perjalanan. Ayuh! 


Singgah main di buaian depan rumah Hang Kasturi. Nak main buaian, tapi takut nak naik. Aiguuu~



Dalam rumah Hang Kasturi meriah dengan majlis perkahwinan adat resam zaman dulu. Siap dengan pelamin diraja dia yang sangat besar tu. Uishhh.. Terbaik la kalau buat outdoor fotografi kat sini. HAHA Segala hantaran dan jenis-jenis pakaian di majlis keramaian zaman dulu ada di rumah Hang Kasturi ni. Cuma Ibu dah tak ada snap gambar sebab risau tak legit je. Sama dengan gambar masa di muzium tadi. Banyak je snap-snap.. cuma, buat simpanan sendiri la kan. 



Baru dapat snap gambar signboard dia. Rumah Hang Tuah yang simple dan minimalis. Cukup seadanya dia saja. Ya la kan. adat sebuah tempat berteduh. Begitu la. 



Gambar kenangan dari Perkampungan Hang Tuah Bersaudara. Langit yang indah dan gaya klasik tu. Masya Allah Subha naallah. Dah penat! Ajum next destination! 


7 ulasan

  1. rumah zaman dulu cantik betul senibina dia. Rumah sekarang cenggitu je la sepesen itupun mark up harga serupa bina dengan tiang celup emas

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. Tak sampai setahun duduk dah retak sana sini..Risau ajee

      Padam
  2. Akak rasa dah lama giler tak ke muzium nie... Memang cantik kan design rumah dulu-dulu, penuh dengan kesenian dan halus pulak kerja pertukangannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah kak...Orang baru je smpai setelah bertahun ulang alik Melaka ni. Haha

      Padam
  3. Periginya saya pernah singgah, rumah.. tak egt.. mcm x pernah kot ... Enntah ek . beberapa kali jugak pergi Melaka dah.. huhu.. Dari kecik kecik.. sampai lebor gini.. kahhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalo periginya penah mesti rumahnya pernah sebab satu area juga.. Haha Tak apa. Melaka tu orang xpernah jemu singgah walaupun sentiasa jammed.

      Padam
  4. oh kamek rasa pernah gi sitok tapi sik masuk dalam..kat luar jak sebab tutup rasanya waktu ya..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤