Hari yang sibuk

Isnin, Julai 04, 2022

 


Phewww~ baru dapat melabuhkan badan di katil. Penat dia ke main ek. Bisa badan macam baru lepas marathon aje. Al-maklum la badan jenis manja ni payah sikit. Lasak sikit ja demam. Lasak sikit ja bisa-bisa. 


Al-kisahnya terlebih rajin hari ni memandangkan tak lama lagi nak Raya Haji kan. Jadi  Ibu pun buat-buat la sibuk kan sebab cuaca pun baik. First of all, hari isnin Ibu ni dimulakan dengan appointment di KKTU untuk pengambilan stok pil perancang. Tetiba jumpa pulak budak Sarawak duduk tak jauh dengan kami dan suami dia bekerja di Singapore. Sakan la sembang dalam bilik bayi. Haha 


Ceritanya kerusi di bahagian TriAge penuh. Hari Isnin kan. Makanya demi mengelakkan darah Ibu tinggi, ibu masuk la ke dalam bilik menyusu yang masa tu ada sorang budak ni. Sembang memula dalam bahasa sini la kan. Tapi kedengaran pelatnya budak tu, dalam hati..  macam orang Sarawak jak ni. Tapi takut nak bertanya. Sekali dah tertanya. Nah betul. Haha Anak kami sebaya. Dia check up Faiz (bukan nama sebenar) setahun. Nadhira lak 6/7. Kiut je anak dia sibuk nak dengan Ibu sebab dia ingatkan nenek di yang kat Kuching tu. Aiguu.. siap tak nak dengan mak dia lagi. Adeh.. budak ni memang make my day. Dah selesai urusan alhamdulillah pantas la jugak. Datang jam 9 pagi, sebelum jam 10 dah selesai. 


Pulang rumah, suami makan dulu sebelom balik ofis padahal Ibu cuma sempat masa nasi dan goreng ikan je. Maafin guwe dong~ Jadi tengahari tu Ibu make up dengan buatkan Roti John untuk suami. 



Buat 6 biji, sekali 2 biji dia ngap. Alhamdulillah. Kenyang suami minum petang. Dah tu, actually lepas dah balik dari klinik. Tidurkan si Nadhira yang penat bangun awal. Bebas sikit la nak buat apa kan. Terfikir nak repair langsir di bilik kedua. Hari tu kena tegur dah dengan ummi. Kenapa la tak dipasang langsir. Pahtu desas desus mulut berkata, tak suka tengok rumah tak ada langsir. Me be like -aku banyak je beli langsir, cuma rail langsir je tak ada  🤣 


Dengan otak yang tak berapa nak kreatif ni, pigi la pasangkan dawai hijau baki dari buat ampaian hari tu, ikat di apa tu. Besi tingkap tu. Janji boleh gantung hook langsir tu. alhamdulillah Ibu berpuas hati dengan kerja cincai ni. Haha 


Kemas aje kan? walaupun hakikatnya Menangis jugak nak panjat tanpa tangga. Sebelum ni, Ibu cuma alaskan tingkap tu dengan window tinted yang bercorak. Tapi kesian juga kalau bangun pagi terus cerah gitu. Dan sejak pasang langsir black-out ni, memang gelap bilik walaupun siang hari. I was berpuas hati. Good job, Nor! Haha Jadikan komentar orang itu untuk kau berusaha lebih baik. Haa gituu. Bukan tak pandai, pandai. cuma M besar di hadapan. Tu yang terbengkalai semuanya. Alhamdulillah ni dah selesai. Okay la tu walaupun tiada juga orang mau tiduran di rumah kita kan? Haha 


Makanya bila petang, anak-anak pakat senyap tengok kartun. Rupa-rupanya tv yang nonton mereka. Ibu pun amek peluang, kemaskan segala mainan bertaburan dan tutup tv tu. Tak sampai 5 minit, Nayla bangun minta bukakkan kartun balik. Eh anak ni..  Pesen susah tido siang. Geram aje tau. 

Sekali, bila malaam menjelang. Bisa badan menyerang. adeh~ sakit betul. Terpaksa minum teh detox untuk legakan sikit. Pahtu urut sikit² dengan Minyak Lavender dari Mama's Choice. Lega rasanya dan wangi bau menenangkan. Semoga esok bangun dengan badan yang segar. Aamiin.. 


10 ulasan

  1. rehat secukupnya kak ye.. jaga diri

    BalasPadam
  2. Now kalau sakit badan, tambah demam batuk selsema ngerii.. area Sis ni semua tengah red zone Denggi... moga Aien baik-baik aja

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kawasan merah denggi. Tu yg sentiasa berjaga-jaga kalau bebudak ni yg sakit.

      Padam
  3. Tuelah, bila kita mula mengemas rumah, memang tak habis-habis, lebih-lebih lagi kalau ada perayaan... Pastu baru perasan badan jadi letih yang amat.. i can feel that too, hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. Hahaha lepas tgk rumah kemas sana sini selesai. lega~

      Padam
  4. Begitulah zaman studi dolok... bila terdengar jak org kelakar serawak alu lah gago negur... padahal bkn kenal pun... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya laa teq.. lalu la jadi bestfriend jak bunyi. padahal nama pun sik tauk. haha

      Padam
  5. kena beli tangga satu simpan, jenuh la jadi spiderman tiap kali nak pasang langsir tu..hehe

    BalasPadam
  6. Samalah kita. Bujang trang tang tang ni pun buat banyak keje lebih badan stat sakit. Salute orang bergelar ibu ni tau

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤