Jelajah Johor dengan MyBas senang tanpa tunai

Ahad, Julai 24, 2022

 


Ya Allah bertahun rasanya nak bawa anak-anak  naik bas, baru ini kali ada rezeki event #jomnaikbas untuk mereka turut sama merasai pengalaman naik bas henti-henti atau lebih dikenali bahasa kita bas ting tong. Suka amat eh bebudak ni kan. 


Buat pengetahuan korang, perkhidmatan Mybas ni baru je dilancarkan oleh YB Menteri Pengangkutan pada 20 Februari 2022 dan mula beroperasi pada 31 March 2022 secara berfasa. Ia melibatkan 19 laluan di 5 koridor iaitu Gelang Patah, Kota Tinggi, Masai, Kulai dan Pontian. 

Perkhidmatan Mybas juga di bawah salah satu inisiatif Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) yang mana sebelum ini sudah dilaksanakan di Ipoh, Kuala Terengganu, Kangar dan Seremban sejak tahun 2015 lagi. 


Mybas perkhidmatan Bas Berhenti-henti tanpa tunai dengan Manjalink


Apa lagi yang best untuk korang tahu, naik bas ni korang dah boleh tarik nafas lega pasal dia juga ada menyediakan pembayaran tanpa tunai untuk hangpa yang sekarang ni banyak bawak kad berbanding duit kertas kan? Sejak Pandemik melanda dunia ni begitu la lumrah dia nak semua tanpa sentuh dan kita pun rasa lebih selamat walaupun menaiki kenderaan awam. 


Dengan sekeping kad Manja Link  ini sangat membantu korang berjalan dengan lebih senang tanpa risau tak cukup duit pecah. Mudah kan? 

Korang boleh dapatkan kad Manjalink dengan harga RM30.60 sekeping di 5 kaunter seperti di bawah: 


a. JB SENTRAL
Lokasi:  JB Sentral Level 1, Jalan Jim Quee 80300 Johor Bahru Johor
(Di hadapan Bus Terminal Platform)
Masa Beroperasi : 5:00 AM - 9.30 PM

b. JB SENTRAL CIQ
Lokasi: Jalan Sultan Ibrahim (Antara Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor
(Sebelah barisan beratur Causeway Link)
Masa Operasi: 5:00 AM - 9.30 PM

c. GELANG PATAH BUS AND TAXI TERMINAL:
Lokasi: 
(Dalam Terminal Bas)
Masa Operasi:  5:00 AM - 9.30 PM

d. TF VALUE-MART NUSA BESTARI
Lokasi: 1, Jalan Bestari 7/2 Taman Nusa Bestari 81300 Skudai Johor
(Dalam Bangunan membeli belah)
Masa Operasi: 10.30 AM - 9:00 PM

e. CALTEX @ TAMAN DAYA
Lokasi: Jalan Nipah 2 Taman Daya 81110 Johor
Masa Operasi: 6:00 AM -11:30 PM


Kad Manja Link juga boleh tambah nilai tanpa sentuh



Dah guna kad mesti kena tambah nilai isi kandung dalamnya kan? Pasti ni korang akan tertanya jugak. Benda senang je korang. Korang boleh tambah nilai sekiranya nampak kaunter Causeway Link dan juga self service topup machine ni. 


Self service, ehhh.. senang sangat dengan setiap langkah yang mereka dah berikan di situ. Mereka juga menerima kad kredit dan mydebit sebagai cara pembayaran tambah nilai ni. Lagi banyak korang tambah nilai, makin jauh la perjalanan korang nanti. Atau lagi lama korang boleh gunapakai nanti. 


Laluan bas T40 dari Larkin Sentral ke Gelang Patah Sentral


Dalam 19 laluan yang tersedia dalam perjalanan MyBas, kami pilih route ni sebab agak dekat dengan jalan mingguan kami anak beranak jika nak pulang ke kampung. Untuk kaitkan dengan anak-anak walaupun tak naik kereta, naik bas gini pun boleh sampai rumah nenek. Gituuuh~ 


Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam setengah daripada Larkin Sentral ke Gelang Patah Sentral cukup mencuit hati apabila anak-anak teruja tengok pemandangan dari kedudukan yang lebih tinggi. Bahkan penuh tanda tanya kenapa bas selalu berhenti. Kenapa dan kenapa ditanya si Najmi. Aduhhh.  Beso sikit kita naik ye nak. Baru ler kamu faham. 

Korang boleh rujuk gambar di atas tengok betapa banyak juga perhentian yang disinggah oleh Mybas ni. Kalau jenis suka menulis ayat puitis pasti banyak ilham diperolehi daripada perjalanan ini. 

Nak lebih mudah lagi, korang boleh rancang perjalanan dengan memuat turun aplikasi LUGO untuk dapatkan maklumat terkini dan jadual perjalanan setiap route. Aplikasi boleh dimuat turun di Google Play Store sekarang atau klik di sini saja LUGO apps . 



Ni contoh macam yang Aien guna hari tu. Dari Larkin Sentral ke Gelang Patah Terminal.  murah aje kan?  



Muka excited si Nayla akhirnya dapat naik bas. Dari rumah dah menanya bila nak naik bas. Bila dah naik, wow besarnya bas. Selalu dorang tengok kartun Tayo the little bus je, kali ni merasai sendiri naik bas besa pulak. 


Jangan ditanyakan si Nadhira tu begitu. Muka ngantuk, pahtu tetiba dalam kenderaan besar macam orang ramai walaupun tak ada lah ramai. Dia penuh curiosity. 


Suasana dalam bas yang begitu banyak mendatangkan ilham. Aigu~ penulis begitu la kan. Jot down everything Kapisah! 


Ibu is happy dapat baik naik bas setelah sekian lama tinggal perkhidmatan bas tingtong ni. Memang fefeeling betul la. Last masa belajar dulu la kan?


Muka Nayla happy dah dapat naik bas. Disuruh jadi model pun dia mahu. Comel betul. Next boleh la pilih route lain lagi. Selalu jugak T31 lalu depan rumah ni kan. Nak ke mana tu tak pasti, janji dapat pusing-pusing jalan-jalan ye dak? Hilang stress bete bila dapat naik bas kan.. 

Untuk info lebih lanjut korang boleh layari di
laman web: 


Atau di Instagram mereka: 



7 ulasan

  1. Cutenya anak anak akak.. naik bas.. Senang lah g uma nenek naik bass sesekali... Hehehe.. Memang teruja kalau tak pernah naik bas.. ini dikira pengalaman lah, kann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes. Pengalaman baru buat dorang. Semua kenderaan awam dah naik.

      Padam
  2. bagus macam ni, tak payah nak bawah syiling bebanyak macam dedulu..pakai kad aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah kan. Penuh poket dok sediakan duit syiling. Haha

      Padam
  3. Thanks share. bas Causeway ni sampai ke Singapore kan? Senang jugak. Harap boleh guna dari Singapore balik ke JB, tak payah susah-susah cari 2SGD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer. Sampai singapore. Kena tau route dia aje la. Lagi jimat.

      Padam
  4. Kita pun nanti nak bawak Luth naik myBAS lagi, seronok betul budak budak

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤