Noodle Doodle di Mamee Jonker House Melaka

Khamis, Julai 21, 2022



Bercuti Raya Haji lama di Melaka, tepu nak buat apa di rumah saja kan. Alang-alang dah jalan ke mari, ajum la kita buat aktiviti berfaedah sedikit. Triple N berpeluang masuk tempat viral lagi popular place must visit jika bersama anak-anak sekiranya ke Melaka. 


Mamee Jonker House 

Terletak di dalam kawasan Jonker Walk, Melaka. Sekiranya pergi di hari cuti umum dan cuti sekolah pasti penuh. Kami pergi di hari biasa pun agak penuh juga sebab kawasan yang disediakan tidak la terlalu besar. 

Masuk saja tempat dia, penuh dengan jajan dari syarikat Mamee ni. Rambang mata nak ui. Nasib bebudak ni tak ada request nak jajan sebab memasing dah berpuas hati dengan secawan mee tu. 

Noodle Doodle ni memberi peluang kepada masyarakat untuk menghias cawan mee mereka sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Aktiviti ini juga boleh mengasah minda kreatif anak-anak sekaligus menguji daya fokus mereka dalam menumpukan perhatian. 

Setiap cawan dikenakan bayaran RM15 dan ada 4 perisa yang korang boleh pilih berdasarkan yang korang suka. Memandangkan pergi dengan bebudak, kami pilih 2 perisa ayam dan 2 perisa kari laksa. Hanya mereka yang  memiliki cawan mee saja boleh masuk ke kawasan Noodle Doodle ni. 


Thanks ada akak tu sudi tolong amekkan gambar kami. Dia dari KL nak ke Johor. Sebelum tu singgah dulu di Melaka. Memasing so excited dapat conteng cawan tu ikut rasa hati sendiri. 


Nayla so focus dengan gaya dia sekali bila mewarna cawan Mamee tu. Anak Ibu dah boleh skool dah. Tinggal nak asah beberapa skill dan apa tu, adab - bukan.. dia punya tu la kan untuk tidak la menjadi mangsa buli di sekolah kelak. 


Ma girl so proud tunjuk hasil karya dia. Happy je. Sesekali kita spend time begini memang seronok. 



Najmi pulak, as usual think outside the box. Haha Orang suruh conteng di luar, dia pegi conteng kat dalam cawan pulak. Nasib la labu..


Terlupa amek gambar di bahagian pemilihan mee tu. Sibuk sangat rekod video terlupa pulak. Haha Okay, ni 4 jenis sayuran atau perisa tambahan yang kita boleh add on dalam mee kita. 4 je tau. Tak boleh pilih semua. 


Kedua mereka dah tak sabar. dok tanya mana mee kakak? Mana mee abang? Padahal memasing dah penat sebab kami dari Perkampungan Hang Tuah sebelum ke mari. 


Okay, gambar kenangan. Nadhira dapat dua box sebab Ibu dan Ayah punya. Balik je rumah Mak long dorang, memasing kelaparan terus bedal je mee tu. Bising la Atok kata bebudak tak elok makan mee instant. Sesekali tok, atenyee..


Last but not least, Ibu punya la malas nak pacak tripod amek aje la gambar korang bertiga. Dah siap semua, pasti dorang akan tanya - Ibu ayah mana? Padahal.. Haha Kids~ 

Jangan tak merasa tempat viral. Okay, kami done ke mari! Hehe 


3 ulasan

  1. Dah berapa kali ke Melaka, tak dapat-dapat singgah Mamee ni haaa

    BalasPadam
  2. aktiviti yg sesuai sangat utk kids.. nice

    BalasPadam
  3. ari ya pun nanggar dak uyum gi sitok dalam blog kak retna..best juak owhh

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤